Selain Rasa Berputar Lembut, Ini 7 Cara Periksa Minyak Hitam Kereta Yang Betul

Share

Sebagai pemandu kenderaan, antara perkara asas yang perlu diambil berat adalah berkenaan paras minyak hitam bagi mengelakkan enjin jadi rosak atau bermasalah.

Selain memastikan minyak pelincir untuk enjin ini sentiasa mencukupi, pemeriksaan minyak hitam juga membolehkan kenderaan anda bergerak dengan lancar.

Dalam masa sama anda dapat mengenal pasti dengan lebih awal jika berlaku kebocoran minyak hitam tanpa disedari yang menyebabkan minyak hitam kurang atau pun minyak hitam yang baru ditukar tidak mencukupi atau terlebih.

Cara periksa minyak hitam

1. Buka hood kereta (ada yang panggil bonet hadapan).

2. Kenal pasti kedudukan pelaras pemeriksa. Biasanya bertangkai dan bersebelahan dengan enjin.

Sumber Foto: SPANCO

3. Tarik ke atas dengan perlahan. Biasanya akan dapat rasa ianya akan berpusing. Ikut putaran semasa tarik dengan lembut.

4. Terdapat dua sukatan yang menunjukkan aras maksimum dan aras minimum yang dicadangkan oleh pengeluar kereta. Dan juga bahagian hujung yang berpilin (twist) adalah normal.

5. Berikut adalah contoh aras minyak yang normal. Ulang langkah 3 dan 4 beberapa kali untuk benar-benar pasti paras minyak hitam tersebut.

Sumber Foto: SPANCO

6. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula ke tempat asalnya dan pastikan ianya ditutup rapat.

7. Jika, aras minyak melebihi aras maksimum atau kurang dari aras minimum, dapatkan nasihat dari bengkel berkaitan masalah yang dihadapi untuk memastikan enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Dinasihatkan juga semasa melakukan pemeriksaan ini, kereta haruslah berada dalam keadaan yang mendatar.

Published by
Akyem Samad