Setiap wanita berhak mencari pasangan hidup yang sesuai dengan pilihannya. Ketahuilah bahawa kaum wanita tidak pernah mendambakan seorang lelaki yang sempurna kerana mereka juga manusia biasa.

Jika anda penuhi beberapa kriteria, sudah memadai untuk mereka jadikan pasangan hidup. Ini kerana, sebuah ikatan yang bakal dibina bukan untuk sehari dua, sebaliknya untuk kekal hingga ke akhir hayat.

Bagi mengelakkan pergaduhan hingga ke tahap perceraian, psstikan anda sebagai lelaki mempunyai serba sedikit garis panduan yang MASKULIN cadangkan ini.

BACA: Kalau Isteri Bagi Kita Pergi Snooker, Tak Salah Kita Bagi Dia Karaoke Dengan Kawan!

1. Menghargai dan menghormati wanita

Selain Ada Masa Untuknya, Ini Ciri-Ciri Lelaki Yang Selalu Wanita Idamkan Untuk Bina Masjid

Ads

Wanita amat suka jika teman istimewanya sentiasa menghargai walau apa jua yang dilakukannya. Biar kecil sesuatu perkara itu, namun jika lelaki tersebut ‘appreciate’ itu sudah buat si dia jatuh hati.

2. Tidak terlalu cemburu

Selain Ada Masa Untuknya, Ini Ciri-Ciri Lelaki Yang Selalu Wanita Idamkan Untuk Bina Masjid

Dia juga ada masa untuk bersosial bersama teman sekolah, kawan sekerja biarpun bercampur lelaki dan wanita. Percayalah jika ada kepercayaan di dalam hubungan, semuanya mudah untuk anda.

3. Ada masa untuknya

Selain Ada Masa Untuknya, Ini Ciri-Ciri Lelaki Yang Selalu Wanita Idamkan Untuk Bina Masjid

Ads

Walau sesibuk mana pun anda, sekadar text ‘buat apa?’ sudah cukup untuk membuatkan perasaan wanita berbunga-bunga. Tak percaya cuba text sekarang.

4. Menyokong cita-cita dan impiannya

Selain Ada Masa Untuknya, Ini Ciri-Ciri Lelaki Yang Selalu Wanita Idamkan Untuk Bina Masjid

Ada segelintir lelaki yang nak berkahwin mengharapkan bakal isteri berhenti kerja. Lelaki kena tahu, ini adalah BIG TURN OFF. Walau kaya manapun anda hingga boleh menanggung isteri, apa yang dia buat sekarang adalah impiannya dan jangan sesekali anda halang. Beri sokongan adalah yang sepatutnya anda buat selagi ia tidak melanggar undang-undang.

Ads

5. Tidak menyuruh dia menjadi orang lain

Selain Ada Masa Untuknya, Ini Ciri-Ciri Lelaki Yang Selalu Wanita Idamkan Untuk Bina Masjid

Jika dia boleh menerima buruk dan baik anda, kenapa tidak anda sebagai lelaki bersikap terbuka untuk menerima dia seadanya. Wanita memang tidak suka dipaksa, tambahan lagi jika disuruh melakukan perkara yang melanggar prinsip hidupnya.

BACA: Untuk Rujukan Bakal Bapa, Ini 6 Cara Anda Nak Cuci & Uruskan Uri Bayi!

6. Selalu ada di saat susah dan senang

Selain Ada Masa Untuknya, Ini Ciri-Ciri Lelaki Yang Selalu Wanita Idamkan Untuk Bina Masjid

Jika anda tidak boleh bersama si dia ketika susah, jangan pernah bermimpi untuk berdampingan dengannya saat ketika dia sudah berjaya. Nak ke jadi lelaki yang hidup atas kesenangan wanita? Mesti tak nak kan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI