Mendaki gunung atau bukit memang memuaskan hati selain dapat mengeluarkan peluh, anda juga boleh nikmati pemandangan yang menghijau serta menarik.
Ikuti kisah yang dikongsikan oleh Arma Moh Fyzal di Facebook yang berkongsi pengalaman mendaki Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir di Terengganu.
Katanya ini kali pertama dalam seumur hidupnya dia menikmati hiking. Tidak pernah terlintas langsung di fikirannya akan lakukan aktiviti begini.
Malah dia turut berkongsi beberapa tip untuk orang ramai jika ingin mendaki, antaranya seperti;
Saya buat training atleast two weeks before pergi and of course sangat2 penting to build my stamina mentally & physically.
Make sure body cukup nutrients yang diperlukan ( protein, carbs, etc). Jangan nak acah2 tak makan itu tak makan ini, kang takde energy mcm mana nak mendaki.
Perlu bawak peralatan yang wajib untuk beginner : trekking pole (tongkat) ini sangat2 membantu. Glove, insects repellent, pakaian yg lights dan cepat kering utk 3D2N , kasut specific for hiking. I wore decalthon je pon ok dah. And bring slippers too. Dan brg2 lain yg perlu & penting tapi takyah la banyak sangat kang berat beg.
Salah satu sebab meyakinkan saya untuk hiking CBL ni adalah bila tgk review & facilities yang dah upgraded dkt campsite ( ada toilet with toilet bowl ye bukan gali lobang tau, pili air paip( air dari gunung katanya) utk memasak, minum, ambil wuduk. Surau pun ada dan peralatan memasak macam periuk, kuali, senduk semua ni juga tersedia dekat semua campsite.
Hanya celcom phone line je yang available, tu pun dekat tempat tertentu je. Line phone lain macam maxis tak dapat. Takpe boleh jimat battery untuk snap gambar banyak2.
Dia turut menggalakan orang ramai untuk pergi hiking kerana pemandangan yang lawa dan harus dinikmati seumur hidup.
Ini antara gambar-gambarnya ketika berada di sana, memang cantik tempat-tempatnya;
Sumber: Facebook Arma Moh Fyzal