Selain 10 Kelebihan Lelaki Simpan Janggut, Isteri Pun Dapat ‘Tempias’ Untungnya!

Share

Kini lelaki berjanggut bukan satu perkara yang pelik, malah ia sudah menjadi satu trend. Lelaki berjanggut juga menjadi pelengkap untuk lelaki yang ingin kelihatan jantan. Mengikut kajian sebuah universiti luar negara mengatakan, 70 peratus wanita di seluruh dunia gemarkan imej lelaki berjanggut.

Malah Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik dan juga seorang pendakwah, dalam satu ceramahnya mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat lelaki berjanggut. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Ini 10 kelebihan jika lelaki berjanggut. Bukan anda seorang saja yang dapat kelebihan, isteri anda pun akan dapat manfaatnya.

1. Melembapkan kulit wajah

Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak menegeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Menyimpan jambang yang tebal akan membantu melindungi kulit wajah daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

2. Elak masalah jerawat

Menyimpan janggut juga sebenarnya boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat. Vulgaris juga mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.

3. Beri perlindungan daripada sinaran UV

Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahawa bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan. Ini sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.

4. Kurangkan gejala asma dan alahan

Jika anda mengalami alahan debunga, debu dan gejala asma, jambang sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.

5. Pahala buat isteri

Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami. Kemudian usap lembut jambang suami dari dagu hingga ke penghujungnya.

6. Galakkan kesuburan wanita

Kajian yang dilakukan oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid, selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada jambang atau janggut suami.

7. Sensasi ciuman yang berbeza

Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli, sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.

8. Calon ayah yang baik

Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal yang bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.

9. Sesuai dijadikan pasangan romantik

Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjanggut dan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.

10. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda

Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang berjanggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.

Published by
Roselinda