Cuaca panas yang tidak menentu sekarang memberikan cabaran buat anda yang tidak mempunyai aircond di dalam rumah. Pastinya nak tidur pun rasa tidak selesa.

Namun ada beberapa cara dan langkah yang anda boleh lakukan untuk menyejukkan ruang di dalam rumah. Lebih menarik, perkongsian MASKULIN kali ini tidak melibatkan kos yang tinggi pun!

Ikuti cara-caranya di bawah!

AIR DALAM BESEN

Salah satu cara menyejukkan ruang di dalam bilik contohnya ialah dengan meletakkan bekas atau besen berisi air. Pernah tak anda terfikir mengapa bilik air sering saja sejuk? Ya, ia disebabkan ada air terisi di dalam bekas.

Untuk melegakan haba dalam bilik, letakkan besen berisi air dengan kuantiti yang agak banyak. Sebagai contoh letaklah dua atau tiga besen. Barulah anda dapat tidur pun dengan aman, nyaman dan tenteram.

Ads

KETULAN AIS

Gunakan gabungan kipas angin berdiri dan ketulan ais dengan penuh efisien! Letakkan beberapa ketulan ais di dalam bekas. Letakkan bekas tersebut betul-betul di hadapan kipas angin.

Jadi angin yang bertiup akan datang dengan haba sejuk dari ais. Pastinnya ia lebih menyamankan ruang yang panas dan ada bahang. Kosnya pun tidaklah mahal pun.

Ads

GUNA LAMPU LED

Sejukkan Ruang Dalaman Rumah Tanpa Aircond Dengan Beberapa Cara Ini
Abstract vector created by macrovector – www.freepik.com

Menggunakan lampu LED adalah lebih mesra alam, murah dan juga tidak mengeluarkan haba. Berbeza dengan lampu mentol yang lama, ia mengeluarkan haba agak panas. Apatah lagi jika terdapat beberapa buah mentol digunakan senrentak di dalam bilik.

KIPAS KE TINGKAP

Teknik halakan kipas ke arah tingkap juga boleh membantu anda mengeluarkan haba panas dari bilik. Bila cuaca panas, sebelum anda nak tidur halakan kipas ke luar atau menghadap tingkap. Lakukan selama 10 ke 15 minit nescaya bahang panas akan berkurangan.

Ads

Sejukkan Ruang Dalaman Rumah Tanpa Aircond Dengan Beberapa Cara Ini

TUTUP LANGSIR

Pada waktu siang, tutuplah langsir tingkap atau sliding door. Ini terutamanya jika rumah anda menerima pancaran matahari secara terus. Dengan langkah ini, cahaya matahari tidak akan menembusi dan memasuki ruang di dalam rumah. Sekali gus mengelakkan bahang terperangkap.

FABRIK YANG BETUL

Mahu tidur yang selesa? Pilihlah fabrik cadar yang baik terutamanya dari jenis kain ‘sejuk’ seperti cotton.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat serta menghadirkan keselesaan dalam kehidupan seharian anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI