Ungapan seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya, sama sekali tidak boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak yang menghidap Autisme. Mungkin ada segelintir masyarakat Malaysia tidak mengerti sejauh mana kanak-kanak ini akan menjadi ‘liar’ jika tidak dijaga dengan baik.

Masyarakat menganggap kanak-kanak dalam golongan ini sebahagian daripada cacat dan kurang upaya yang tidak harus diberi pendedahan pada dunia luar. Namun, golongan ini juga manusia biasa yang menginginkan kehidupan bebas seperti insan lain.

Filem Redha arahan Tunku Mona Reza mendedahkan kepada orang ramai bahawa bukan suatu perkara yang biasa apabila mereka menggelarkan ia sebagai anak syurga. Sifat kanak-kanak ini kurang normal dianggap menganggu kenteteraman awam dan dipandang serong oleh masyarakat.

Redha – Viral Trailer ENG SUPERS with ENG SUB

Our official viral trailer in our effort to raise the Autism awareness through 'Redha' please help support our cause. Redha will be out in cinemas coming 14th April 2016 and it will have English & Mandarin subtitles…please asked family and friends to come and watched Redha n understand something about Autism. Please share and viral this. Thanks all❤️

Posted by Beautiful Pain – REDHA on Monday, 29 February 2016

 

IKLAN

Filem yang dilakonkan oleh Nadiya Nissa dan Namron serta barisan pelakon handalan yang lain ini dilihat sebagai ‘amazing’ kerana ia bukan sahaja mendidik, malah cerita ini juga diadaptasi dari kisah benar bagaimana seorang ibu mempelajari menuruskan anak autistik.

Dalam pada masa yang sama, ia membuka mata kepada umum yang tidak mahu menerima hakikat bahawa mempunyai anak kurang upaya yang makin menular hari ini.

Filem ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada keluarga di luar sana untuk menerima kenyataan bahawa mereka mempunyai anak autistik dan bagaimana untuk mengawal anak ini supaya tidak terus menjadi hinaan masyarakat. 

IKLAN

Namun, ia bukanlah kehendak mereka, anak syurga ini tidak langsung tahu akan apa yang sedang berlaku terhadap diri mereka, kerana mereka tidak berfikir menggunkan akal, tapi hanya kepada apa yang mereka sering lihat dan praktikkan.

Apa yang dilakukan oleh anak-anak ini lebih kepada sikap manusia yang menjaga mereka. Diibaratkan seperti ibu bapa yang mencorakkan kain putih anak-anak, begitu juga tindakan anak-anak autisme ini jika mereka melakukan sesuatu perkara yang aneh atau di luar norma masyarakat.

Ekoran dari apa yang menimpa salah seorang warga autistik yang viral akibat ia digari oleh pihak polis kerana telah meraba wanita di sebuah taman permainan di Subang Jaya, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada para selebriti yang mempunyai anak autisme seperti Fynn Jamal. Selebriti ini juga turut meluahkan perasaannya terhadap netizen yang sering berkata-kata.

IKLAN

 

View this post on Instagram

sbb ni aku tak bawak juna pergi playgroud. sbb ni aku tak bagi dia lepas sgt. sebab ni aku tak biasakan playdate dgn anak orang. sbb ni aku lebih galakkan dia buat aktiviti sorang2. . sebab dia autism. dia kurang upaya utk fikir. . dan orang sentiasa sibuk nak decide apa yang patut dan tak patut kami buat. cuba handle sehari la. tengok larat tak larat. . ye. memang ada anak autism hafal quran. habis tu, berapa ramai anak normal hafal quran, kenapa kau tak hafal sekali? . sorry tone aku pagi ni kedengaran sedikit keras. tapi apa yang aku tonton di @mstaronlineofficial pagi ni betul2 jentik tangkai jantung aku. . sbb juna macam dia. . aku tak pernah cerita sbb xde rasa nak cerita. belum lagi. . sampai pagi ni. . ada banyak spektrum autism. dan banyak juga jenis masalah stimulasi yg mereka ada. variasi. tak pernah sama sentiasa. . juna, seperti lelaki 22 tahun ini, ada sedikit sama. curious with anatomy. . aku tak tau ttg lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan utk membincangkan ttg dia; tapi juna amat taksub dgn memahami tekstur kulit, bentuk jasad dan sebagainya. . semuanya; utk seni lukisan / playdoh dia. . selalu dah juna tiba2 kejar amoi2 seksi sbb dia nak faham curves. pernah dia pegang dada kakak2 kat pool. badan mummy daddy mmg habis dah dia explore. dia duduk sejengkal dari kulit kita. korek mata kita, kutil2 pusat. renung lama2. nak cuba paham. . sebab itu anak dara aku SENTIASA PAKAI SELUAR. . juna ada obsession dgn anatomi. jasad orang; DAN jasad dia. . dia pernah ada fasa genggam tangan tak mau bukak. pernah ada fasa jalan terkepot2 macam tahan kencing tu— kaki kiri belah kanan, kaki kanan belah kiri. pernah ada fasa konon2 lumpuh separuh badan. bergerak mengengsot. bayangkan dia naik tangga pun sanggup tak mau guna kaki. . autism is no fun. betul. . but it could be kalau yang menyaksikan cuma kita yg menerima dia. dan bukan engkau2 yg tak habis2 nak expect semua budak autism ni kena genius dan hafal quran. . itu sbb aku lagi happy dia kat rumah. sbb aku tak pernah kisah dia nak selongkar satu rumah satu badan ke— sbb dia tak kacau orang. . sbb hakikat yg paling benar adalah— no one REALLY cares. . siapa je kisah kalau kami mati. mmg الله je.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Jadi, tepuk dada tanya selera, adakah anda sudah arif mengenai Autisme? Jangan terlalu menghukum dan mengecam. Anda harus tahu apakah itu Autisme dan bagaimana cara untuk anda kawal jika mempunyai dan bertemu dengan kanak-kanak ini. 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI