Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal sepanjang masa. Itulah frasa yang sering diungkapkan dalam masyarakat kita sehingga hari ini.
Bercerita tentang Hari Ibu dan Hari Bapa, realitinya Hari Ibu disambut lebih meriah di mana-mana negara termasuk Malaysia.
Hari Bapa pula, ada yang tahu namun sambutannya sangat sepi seolah-olah tiada apa-apa yang penting berlaku dan perlu diraikan.
Memang ia bukan perkara yang wajib tetapi selagi ia tidak bercanggah dengan agama, rasanya tiada masalah untuk menyambutnya.
Namun begitu, tahukah anda bagaimana tercetusnya Hari Bapa ini? Jom baca 4 fakta menarik mengenai sambutan ke atas kasih sayang seorang bapa.
Idea sambutan Hari Bapa dicetuskan oleh seorang wanita kelahiran Arkansas, Amerika Syarikat yang bernama Sonora Dodd pada tahun 1910.
Oleh kerana bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara ditinggalkan isteri lalu membesarkan enam orang anak secara sendirian di sebuah ladang kecil, Sonora Dodd mahu melakukan sesuatu untuk mengenang bapa kesayangannya itu.
Menurut rekod, Hari Bapa yang pertama disambut pada tahun 19 Jun 1910 itu diambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri.
Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.
Apa-apa pun, Hari Bapa merupakan hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan sekali gus memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa.
Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.