Satu demi satu lagu rancak dimainkan dan peserta seakan-akan enggan berhenti walaupun ramai yang kepenatan. Nyata hayunan kaki dan tangan berjaya memujuk diri untuk terus menari hingga tamat sesi.
Sememangnya senaman zumba bukan rejim senaman biasa. Sekali pandang ia seperti aerobik, tapi zumba lebih tertumpu kepada gerakan tarian di samping latihan tentangan mudah.
Seiring pentingnya menjaga kesihatan menerusi senaman berterusan, pendedahan dan kesedaran mengenai aspek itu juga perlu dititikberatkan.
Zumba bermula dengan pergerakan tarian lalu mencipta dinamik senaman yang menarik, menyeronokkan serta berkesan.
Setiap sesi zumba menggabungkan irama perlahan dan pantas yang membantu kepada pembentukan otot tubuh yang lebih baik.
Zumba juga menjadi alternatif kepada mereka yang tidak gemar bersenam menggunakan peralatan atau mesin kerana ia menekankan aspek keseronokan ketika bersenam.
Hampir kebanyakan tarian antaranya salsa, soca, samba, jazz, hip hop dan pop disatukan menjadi program senaman lengkap.
Menariknya, zumba bukan saja membantu meningkatkan kecergasan tubuh, malah turut membentuk otot tangan, mengempiskan perut serta memejalkan punggung, kaki dan paha.
Zumba sememangnya mudah diikuti wanita, juga lelaki, pelbagai peringkat usia terutama antara empat hingga 65 tahun kerana rentak tarian yang mudah diikuti.
Ads
Zumba adalah kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang koreografer sekitar 1990an sebagai program kecergasan di Colombia . Sejak itu, zumba semakin popular.
Tarian kecergasan zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan di samping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
Jangan tidak percaya, satu sesi zumba boleh membuatkan anda membakar 500 hingga 1000 kalori dalam masa antara 30 hingga 60 minit.
Jika anda seorang yang aktif, suka menari dan suka untuk mencuba ‘aerobic dance workout’ yang berlainan, apa kata anda masukkan zumba dalam senarai aktiviti anda.
Ads
6 Kebaikan Senaman Zumba
Zumba, rutin ‘workout’ dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan yang menawan, langsing dan ‘fit’ ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!
1. Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?
2. Tubuh lebih mantap
Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih mantap dan tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
Ads
3. Kenalan baru
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
4. Lebih bertenaga dan menyeronokkan
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
5. Bebas tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
6. Sesuai semua usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak. Sudah bersedia untuk berzumba? Ayuh, mulakannya sekarang!!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kami sangat gemar melihat Instagram Pipi Razi ini atau nama sebenarnya Mohd Nor Afifi Bin Mohd Razi, 29 tahun yang sentiasa kemas dan tersusun rapi dengan gambar-gambar peribadi yang memaparkan gaya harian atau stail OOTD yang sangat menarik. Stailnya sering menjadi rujukan para pecinta fesyen untuk mendapatkan produk juga item yang digayakan. Namun, masih ada segelintir haters yang kurang senang dengan apa yang dimiliki kini. Bersama Maskulin kita mendekati model juga influencer ini yang semakin mencipta nama di industri fesyen tempatan.
Maskulin : Masyarakat sering memandang serong terhadap lelaki yang kacak di sosial media, apatah lagi bila anda mempunyai pakej lengkap sebagai seorang model?
People always got something bad to say.To me personally i saya tidak ambil kisah langsung mengenai kata-kata orang. Lagipun saya tahu siapa diri saya dan tidak pernah pun menyusahkan orang lain. Selalunya yang bagi pandangan serong ini kebanyakannya haters. They don’t go through pain at the gym 5-6 days a week.So better kenal dulu someone tu before nak bagi pandangan serong.
Maskulin : Apa yang membuatkan anda ingin membuat perubahan pada fizikal anda?
Saya memang minat pada dunia kecergasan, sebelum ini pun mungkin sebab tiada ilmu mengenai perkara tersebut, At one time i decided with my cousin untuk pergi gym dan selepas itu terus melekat.
Maskulin : Berapa berat sebelum ini dan sekarang?
Saya mengambil masa selama 8 bulan untuk dapatkan bentuk badan ini, sebelum ini berat saya sekitar 75 kilogram dan kini 70 kilogram/
Maskulin : Part paling anda suka pada tubuh anda?
Dada, haha
Maskulin : Bagaimana anda mengurus sosial media anda?
My instagram is like my profile, So i dont post benda-benda yang tak related to my brand or image. I akan jaga content feed whether fitness,fashion or photography. No negative content
Maskulin : Rejim grooming yang anda amalkan?
Cleanse,tone and mosturize 2 kali sehari! Jangan lupa apply sunscreen. Saya juga ambil multivatimins dan paling penting minum banyak air mineral!
Maskulin : Item fesyen paling penting dalam setiap OOTD?
Tiada yang spesifik item it can be shoes pants or jacket!
Maskulin : Apa perkara paling menjadi keutamaan anda sebelum post sesuatu gambar di Instagram
Good quality picture!
Maskulin : Impian anda?
Have my own label soon. InsyaAllah
Maskulin : Ciri wanita idaman
Pandai hormat orang
Understanding
Good personality
Sumber : Instagram Pipirazi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap manusia pasti akan mempunyai masalah badan berbau. Dari manakah punca bau badan kita? Bagaimanakah ianya terjadi?
Sebenarnya bau badan datang dari dua kelenjar yang bertugas untuk menghasilkan peluh, iaitu Eccrine dan Apocrine. Terma sains yang digunakan ini mungkin agak susah untuk difahami, jadi admin mudahkan pemahaman anda iaitu Eccrine yang bertanggungjawab terhadap proses peluh yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Yang tujuan utama untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Eccrine pada dasar sifatnya tulen dan jernih seperti air, tidak menghasilkan bau.
Manakala untuk kelenjar Apocrine, cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh. Selalunya kelenjar peluh Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut. Seperti ketiak, serta tempat sulit seperti kemaluan. Di sini terdapat terma sains digunakan.
Untuk memudahkan lagi pembaca, protein yang pecah masuk ke dalam peluh oleh bakteria, boleh menyebabkan ketiak, kaki, badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Pencernaan
Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi oleh kerana system pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal di dalam badan.
Pemakanan
Individu yang dikenalpasti banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang menyumbang untuk mendapat bau badan yang busuk. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Tahukah anda kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan? Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.
Penyakit
Dinasihatkan juga pada anda yang merasakan badan anda berbau, walaupun dah pelbagai wangian anda cuba. Mandi pula selang sejam, tetapi masih berbau. Sila mendapat rawatan nasihat doctor. Bimbang kerana bau badan juga boleh datang dari penyakit. Seperti masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kencing manis, dan toroid. Jangan ambil mudah ya?
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai menanti-nantikan filem Tombiruo Penunggu Rimba kerana merupakan filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang sedai maklum merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia. Menariknya filem ini, PELAKON Zul Ariffin akui beliau terpaksa menurunkan berat badan 13KG untuk watak Ejim atau Tombiruo. Bukan sahaja perlu sesuaikan diri, selebriti berusia 31 tahun ini juga melalui proses diet ekstrem selain alami pelbagai kecederaan kerana melakukan aksi lagak ngeri.
“Sebenarnya, agak sukar saya terjemahkan watak Ejim. Lagi pula, watak ini terlalu misteri dan ia hanya bercakap apabila perlu.
“Jadi, untuk melaksanakannya saya bukan saja baca novel, tetapi juga buat rujukan pada penulisnya, Ramlee.
“Saya cuba bawa watak yang dah ada peminat sejak 20 tahun lalu dan karakter ini sangat mencabar,” katanya.
Lantaran itu, Zul berhempas-pulas dapatkan susuk tubuh tegap demi hidupkan karakter tersebut di layar perak.
“Terpaksalah saya ‘jual’ badan bagi mengisi imaginasi pembaca novel Tombiruo atau sekurang-kurangnya hampir menepati ciri-ciri Ejim yang bermain dalam minda khalayak.
“Saya pun tak naklah lari sampai bergegar-gegar badan, tapi hanya nak nampak nice dan fit. Semua itu saya lakukannya sendiri dalam tempoh lima minggu,” katanya.
Pada masa sama, Zul akui ralat apabila tidak dapat melakukan aksi lagak ngeri sepenuhnya lantaran kecederaan slipped disc.
“Watak saya banyak melibatkan babak pertarungan, tetapi mungkin kerana terlalu teruja saya cedera.
“Ralat juga kerana seboleh-bolehnya saya ingin lakukan sendiri aksi lagak ngeri, tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melupakan hasrat itu.
“Akibat kejadian itu juga saya terpaksa berehat selama lapan bulan dan melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% ini menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran pada masa hadapan agar lebih berhati-hati dan membuat persediaan awal sebelum melakukan aksi berbahaya.
Selain Zul, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.
Sinopsis Filem
Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.