Hilangkan Derita Sakit Kepala Atau Migrain Cara Mudah Dengan Cuka Epal & Madu!

Share

Kita boleh hilang fokus bila sakit kepala atau migrain menyerang. Sampaikan tak boleh apa-apa kerja sebab sakit kepala atau migrain yang berdenyut-denyut.

Biasanya kalau sakit kepala atau migrain datang, kita akan ambil Panadol ataupun ubat tahan sakit. Selain Panadol atau ubat tahan sakit, sebenarnya ada cara alternatif yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan derita sakit kepala atau migrain yang anda alami.

Kini anda tak perlu lagi ambil Panadol. Menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

, Hanisah Nordin berkongsi petua hilangkan sakit kepala dan migrain menggunakan tiga bahan yang boleh anda amalkan.

Semoga perkongsian petua cara mudah ini dapat membantu mengatasi masalah sakit kepala dan migrain anda.

BACA: Anda Kerap Sakit Kepala Atau Migrain? Nak Legakannya, Letak Ketulan Ais Di Titik Feng Fu!

Saje saya nak share. Saya @ suami kalau sakit kepala / migrain ini la ubat kami. Suami saya kerap kena magrin kadang-kadang sampai Panadol pun x jalan. Tapi dengan 3 bahan nie berkesan dan suami dah lama x amik Panadol kalau sakit kepala. Senang citer dekat rumah kami x de stok Panadol @ ubat hospital. ?

BACA: Cara Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Untuk Rawat Stres, Elak Sakit Kepala & Penat Badan!

Bahan:

1. Air suam
2. Cuka apple organik
3. Madu ori

Cara:

* Cuka apple dan madu 1 sudu besar dicampur dalam air suam. Pastikan sudu plastik tau sebab sudu besi x sesuai untuk madu sebab boleh hilangkan zat madu 2.
* Baca selawat 3x terus minum. Nak bilas air masak untuk hilangkan rasa masam pun boleh.
* Lepas mnum terus tidur.

Insya Allah lepas bangun tidur sakit kepala 2 terus hilang. ? Boleh la sapa-sapa yang ade sakit kepala / migrain 2 try cara nie. Mana tau berkesan. ?

* Cuka apple nie memang masam tinggi asid tapi di dalam tubuh dia berubah jadi alkaline. Fungsi die macam lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab yang jadi asid kalau kita minum masa dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.? Banyak kebaikannya. Kalau ada yang waswas boleh refer pada doktor. Jazakallah.

BACA: Bukan Semua Sakit Kepala Itu Migraine, Doktor Jelaskan Ciri-Ciri Sebenar Penyakit Ini!

Published by
Roselinda