Kita boleh hilang fokus bila sakit kepala atau migrain menyerang. Sampaikan tak boleh apa-apa kerja sebab sakit kepala atau migrain yang berdenyut-denyut.
Biasanya kalau sakit kepala atau migrain datang, kita akan ambil Panadol ataupun ubat tahan sakit. Selain Panadol atau ubat tahan sakit, sebenarnya ada cara alternatif yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan derita sakit kepala atau migrain yang anda alami.
Kini anda tak perlu lagi ambil Panadol. Menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Hanisah Nordin berkongsi petua hilangkan sakit kepala dan migrain menggunakan tiga bahan yang boleh anda amalkan.
Semoga perkongsian petua cara mudah ini dapat membantu mengatasi masalah sakit kepala dan migrain anda.
Saje saya nak share. Saya @ suami kalau sakit kepala / migrain ini la ubat kami. Suami saya kerap kena magrin kadang-kadang sampai Panadol pun x jalan. Tapi dengan 3 bahan nie berkesan dan suami dah lama x amik Panadol kalau sakit kepala. Senang citer dekat rumah kami x de stok Panadol @ ubat hospital. ?
* Cuka apple dan madu 1 sudu besar dicampur dalam air suam. Pastikan sudu plastik tau sebab sudu besi x sesuai untuk madu sebab boleh hilangkan zat madu 2.
* Baca selawat 3x terus minum. Nak bilas air masak untuk hilangkan rasa masam pun boleh.
* Lepas mnum terus tidur.
Insya Allah lepas bangun tidur sakit kepala 2 terus hilang. ? Boleh la sapa-sapa yang ade sakit kepala / migrain 2 try cara nie. Mana tau berkesan. ?
* Cuka apple nie memang masam tinggi asid tapi di dalam tubuh dia berubah jadi alkaline. Fungsi die macam lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab yang jadi asid kalau kita minum masa dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.? Banyak kebaikannya. Kalau ada yang waswas boleh refer pada doktor. Jazakallah.
Selain mencuci dalaman badan, ia juga membantu menurunkan berat, menghasilkan toksin secara semula jadi dan tidak berbahaya, merehatkan tubuh serta memperbaiki sistem penghadaman.
ANTARA KESAN YANG BOLEH BERLAKU DISEBABKAN KEHADIRAN TOKSIN BERBAHAYA DI DALAM BADAN:
Keletihan, tahap tenaga yang rendah atau kualiti tidur yang tidak baik.
Sistem penghadaman lemah atau kekurangan zat makanan
Lemah sistem imun atau mudah terdedah kepada jangkitan
Kesukaran untuk mengawal berat badan, berat badan berlebihan atau berkurangan
Peredaran darah yang kurang baik atau hati berlemak
Warna kulit kusam
Alahan ketidakseimbangan hormon
Keradangan
Emosi atau tidak dapat mengurus tekanan
Penyakit kronik seperti darah tinggi atau kencing manis
Secara amnya, proses ‘pembersihan’ toksin dalam badan membantu memperbaiki sistem imun, penyerapan nutrien dan meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Proses penyingkiran toksin berbahaya ini boleh dilakukan menerusi amalan menikmati jus yang diambil daripada gabungan beberapa jenis sayur dan buah yang mempunyai banyak manfaat.
Buah dan sayur boleh membantu membersihkan dalaman badan kerana ia mengandungi enzim yang berfungsi menguraikan toksin berbahaya.
Selain itu, ia juga mengandungi sumber vitamin, mineral, antioksidan, bioflavonoid dan fitonutrien. Bagi yang mahu menghasilkan sendiri jus untuk mencuci dalaman badan daripada toksin berbahaya, Kathryn ada berkongsi resipi mudah membuat teh herba.
Lakukan sebulan sekali untuk membantu mencuci badan menggunakan gabungan kebaikan herba yang mudah didapati di dapur seperti serai dan pelbagai jenis dedaun – pudina, selasih serta mulberi.
Minuman teh herba berkenaan baik untuk mengimbangi jumlah kandungan asid atau alkali dalam badan terutama ketika musim jerebu.
CARA PENYEDIAANNYA:
SEDIAKAN serai, daun pandan , pudina, selasih dan mulberi (atau mana-mana kombinasi bahan ini).
REBUS semua bahan bersama air minuman atau reneh menggunakan periuk masak perlahan dan siap untuk diminum.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Skill bola adalah antara satu sebab mengapa kita menonton perlawanan bola sepak selain kita meminati kelab atau pemainnya. Kebolehan pemain ‘menari’ dengan bola di kaki adalah satu kemahiran yang sangat berguna untuk menewaskan pemain lawan dalam situasi 1v1. Terdapat beberapa pemain yang sangat berbakat sehingga mampu mencipta skill mereka sendiri (signature skill). Oleh itu, kami kumpulkan 10 pemain yang mempunyai signature skill mereka sendiri.
The Maradona Turn/Roullette
The Maradona Turn adalah sesuatu yang ramai kanak-kanak praktikkan kerana ia sangat berguna ketika sedang bermain di waktu lapang. Tidak banyak peluang atau kesempatan yang ada untuk melakukan aksi ini dalam sesebuah perlawanan, tetapi ia mewakili satu daripada banyak tipu helah yang terkenal dalam bola sepak.
Zinadine Zidane juga antara lagenda yang kerap menggunakan teknik ini untuk melepasi kawalan pihak lawan.
Saksikan aksi-aksi Maradona di bawah.
The Cruyff Turn
Ini yang dikatakan kebijaksanaan yang asli. Mungkin bagi sesiapa yang mencubanya buat kali pertama akan gagal dan terjatuh. Itu adalah perkara biasa. Agak sukar untuk melakukan teknik ini tanpa kemahiran yang tinggi namun dengan latihan yang berterusan ia mampu menjadi sesuatu yang praktikal dalam sesebuah perlawanan.
The Ronaldinho Gaucho Snake
The Snake atau Elastico adalah satu teknik yang rumit untuk dihasilkan. Mungkin ia juga adalah teknik yang paling sukar dalam bola sepak.
Beberapa pemain pernah melakukan teknik ini selain Ronaldinho, seperti Rivelino dari Brazil yang dianggap pencipta sebenar gerakan yang unik ini namun The Magician, Ronaldinho adalah pemain yang telah mempopularkan gerakan pemusnah ini.
Buktinya jelas dapat disaksikan dalam video yang disediakan di bawah. Lihat sahaja bagaimana bintang Brazil ini menewaskan pihak lawan dengan sangat berkesan. Anda boleh mencuba melakukannya jika mampu.
The Ferenc Puskas Pullback
Teknik Ferenc Puskas sentiasa diangkat sebagai pemain Hungary terbaik dalam sukan bola sepak dan beliau telah mencipta satu teknik yang digelar “Pullback V” ketika zaman kegemilangannya.
Pada masa kini, teknik ini telah digunakan secara meluas dan adalah ‘aset’ yang perlu ada pada diri setiap pemain.
Video dibawah adalah bagi mengenang lagenda Real Madrid tersebut. Saksikan bagaimana beliau melakukan teknik ini.
The Juan Roman Riquelme Move
Teknik atau kemahiran ini jarang dapat anda saksikan. Kenapa ya? Kerana ia adalah sangat sukar untuk dilakukan dan hanya pemain yang sangat berbakat yang berani melakukannya dalam suatu perlawanan rasmi. Juan Roman Riquelme adalah salah seorang pemain yang sangat berbakat yang telah mewarnai permainan bola sepak dan beliau dianugerakan sepasang kaki yang hebat untuk menjayakan teknik ini.
Sangat menakjubkan bukan?
The Robinho Pullback
Satu lagi teknik yang sukar, tetapi Robinho menjadikannya kelihatan mudah.
Gerakan ini sangat berkesan dalam ruang yang sempit, jika anda memiliki keseimbangan dan ketangkasan yang baik.
The Scissor/Bicycle Kick
Siapakah pemain yang menciptanya? Pemain Peru, Chile, Brazil, Itali dan banyak lagi negara semuanya mengatakan mereka yang telah mencipta teknik ini. Namun Pele adalah pemain terkenal yang pernah menggunakannya dan membuatkan dunia mengenali teknik yang hebat ini. Ia adalah antara teknik yang sukar untuk dilakukan memandangkan anda mungkin akan hilang keseimbangan dan berada dalam keadaan terbalik.
Video dibawah menunjukkan antara gol-gol cantik yang dihasilkan melalui teknik Sciccors atau Bicycle Kick.
Jay-Jay Okocha – The Rainbow
Terdapat kesangsian tentang siapakah pencipta teknik The Rainbow ini, namun Jay-Jay Okocha telah menjadi pemain yang mempopularkan gerakan ini dalam perlawanan bola sepak yang kompetitif. Video yang disediakan menunjukkan bagaimana Okocha melakukan teknik The Rainbow. Beberapa teknik lain di dalam senarai ini juga telah dihasilkan lagenda Nigeria tersebut di dalam video ini. Anda tidak akan jemu menonton aksi beliau.
The Step-over
Siapa pula pencipta The Step-Over? Ramai pemain dari era terdahulu telah menampilkan teknik yang sangat efektif ini terutamanya pemain-pemain Brazil, seperti Ronaldo, Denilson, dan Amantino Mancini. Kemudian datang pula pemain seperti Robinho dan Ronaldinho yang dilihat berjaya mempraktikkan teknik ini dengan sempurna berbanding pemain-pemain lain. Pada hari ini, pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Riyad Mahrez, dan beberapa lagi pemain lain telah meneruskan teknik yang menghiburkan ini.
Saksikan video dibawah yang menyaksikan bagaimana pemain lawan yang tertipu dengan helah dan gerakan kaki yang pantas ini.
Kerlon – The Seal Dribble
Satu teknik yang jarang dipraktikkan, tetapi tetap sesuatu yang agak menarik untuk disaksikan, iaitu Seal Dribble. Pemain yang tidak begitu terkenal namun terkenal dengan teknik ini adalah Kerlon, juga dari Brazil. Beliau mempu untuk lari dalam jarak yang agak jauh sambil mengimbang bola di kepalanya, dengan menanduk bola perlahan-lahan secara berulang kali.
Namun agak malang teknik ini sering kali menyebabkan beliau disiku dibahagian kepala oleh pihak lawan.
Saksikan aksi Kerlon dalam video dibawah.
Pada masa kini, terdapat banyak video yang mengajar kita semua bagaimana untuk melakukan teknik-teknik yang menarik ini. Anda juga mungkin boleh mempelajarinya dan mempraktikkannya. Semoga berjaya!
Rujukan: bleacherreport.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.