Tidak dapat dinafikan antara jenama jam yang sudah beberapa generasi lamanya popular di negara kita ialah SEIKO terutamanya di kalangan lelaki berkerjaya profesional.

Dan diantara model SEIKO yang terkenal dan sentiasa mendapat sambutan ialah SEIKO 5 Sorts. Kini ia telah melakukan comeback dengan memperkenakalkan sebanyak 16 model menarik yang boleh didapati di pasaran tempatan.

MASKULIN bersekempatan mengikuti majlis pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini. Meraikan kelahiran semula SEIKO 5 Sports,dua wakil khas dari SEIKO Watch Corpration iaitu Junpei Matsue dan Atsushi Shinkai telah diterbanghkan kahs dari Jepun.

SEIKO 5 Sports Kini Comeback Dengan Rekaan Jam Lebih Elegan SEIKO 5 Sports Kini Comeback Dengan Rekaan Jam Lebih Elegan

Ads

BACA: 6 Perkara Penting Dalam Memilih Jam Tangan Sesuai

Untuk pasaran Malaysia, Thong Sia Sdn Bhd bertindak selaku pengedar sah. Pengurus Besar Thong Sia Sdn Bhd, Michael Lim berkata, “Terdapat permintaan yang tinggi daripada peminat jam dari golongan muda. Mereka sentiasa mahukan jam yang lebih sporty dan boleh mencerminkan gaya hidup aktif serta muda.

Ads

“Kerjasama syarikat kami dan SEIKO Watch Corporation sejak sekian lama menyaksikan model ini diperkenalkan untuk penggemar di Malaysia”.

Ads

SEIKO 5 Sports Kini Comeback Dengan Rekaan Jam Lebih Elegan

Terdapat beberapa varian pilihan ditawarkan iaituSports, Suits, Specialist, Street dan Sense. Setiap satu daripada padanan rekaan memberikan elemen individualiti berbeza dan unik.

SEIKO 5 Sport kini boleh didapati di butik jam SEIKO dan juga pengedar berlesan di seluruh negara.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI