Gedung serbaneka mewah Jepun, Seibu telah dibuka secara rasmi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Upacara pembukaan disempurnakan dengan kehadiran Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko, Pengerusi SEIBU KL Datuk Alfred Cheng, Pengerusi SOGO KL Datuk Khadar Merican, Naib Pengerusi SOGO KL Datuk Andrew Lim, Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Runcit Lendlease Malaysia Mitch Wilson, dan Pengarah Urusan SEIBU KL Nobuharu Yutani.
Dengan pelaburan kolektif melebihi RM150 juta bersama rakan kongsi, Seibu bertujuan menjadi destinasi membeli-belah utama di Malaysia dan menyediakan peluang pekerjaan untuk ribuan pekerja.
Ads
Menempati empat tingkat dengan keluasan 265,000 kaki persegi, Seibu menjadi butik mewah pertama di Malaysia yang mempamerkan lebih daripada 700 jenama antarabangsa, yang mana lebih dari 100 daripadanya pertama kali diperkenalkan di pasaran negara ini.
Ads
“Seibu mempunyai Beauty Hall terbesar di Malaysia. Selain itu, Seibu juga menjadi rumah kepada pilihan terbesar kasut dan beg mewah dalam butik dan membawa pilihan terpilih jenama perhiasan mewah, menetapkan piawaian baru untuk butik di Malaysia,” kata Nobuharu Yutani selaku Pengarah Urusan SEIBU KL.
Ads
“Kami berharap untuk menyambut semua pengunjung ke Seibu. Di Seibu, kami bukan sahaja butik, tetapi tempat untuk membeli belah, makan, minum, bersosial, dan malah untuk dimanjakan! Kami bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan ‘omotenashi’ terbaik dalam gaya Jepun,” tambah Yutani.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tentunya dalam kehidupan pekerjaan sekarang, ketelitian dari penglihatan merupakan faktor yang teramat penting untuk diambilkira dalam menyelesaikan tugas. Untuk itu rawat dan jaga mata anda dengan 6 cara ini, seperti yang dilaporkan oleh Lifehack.org, Isnin (16/1/2017).
Rutin ke doktor mata
Rajin ke doktor mata untuk memeriksakan mata anda, akan mengurangi pelbagai risiko yang tidak diinginkan. Mata akan diperiksa mulai dari penangkapan cahaya, tekanan darah, hingga fokus pandangan mata. Dengan cara ini, mata akan tetap terjaga dan siap untuk bekerja seperti setiap harinya.
Tidak diragukan lagi, mengambil pelbagai makanan sihat akan memberikan manfaat baik untuk tubuh, termasuk mata anda. Biasakan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A dan mineral yang penting untuk menjaga kemampuan mata. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga baik untuk diambil demi kesehatan mata.
Faktanya banyak gangguan yang terjadi ketika mata kering. Selain kesalahan dari kelenjar mata, beberapa penyebab juga sering menjadi alasan mengapa mata sering kering, seperti keadaan lingkungan sekitar, penuaan, dan perubatan. Mata kering dapat menyebabkan pandangan tidak fokus dan sensitif dengan cahaya yang terang.
Baik pekerjaan di dalam ruangan dan di luar ruangan, mata sebagai alat penglihatan harus sentiasa dijaga dengan merehatkannya. Memandang komputer terlalu lama juga dapat menyebabkan kelelahan pada mata anda. Keadaan lainnya yang dapat terjadi adalah pusing, mata kabur, dan tidak fokus.
Banyak pekerjaan yang menuntut keamanan mata. Dalam keadaan ini jangan segan-segan untuk menggunakan kacamata untuk menghindari berbagai hal yang boleh membahayakan mata anda. Sangat dicadangkan untuk membeli sebuah kacamata yang melindungi mata dari sinar UVA dan UVB.
Lensa kontak memberikan banyak kenyamanan jika dibandingkan dengan kacamata, namun lebih banyak perawatan yang harus dilakukan agar mata kekal sihat saat menggunakan lensa ini. Selalu patuhi aturan penggunaan lensa kontak sehingga terhindar dari risiko penyakit yang boleh ditimbulkan dari lensa.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Satu tamparan yang cukup besar dirasakan oleh kita semua apatah lagi ketika kita menyambut Hari Kebangsaan. Namun, itulah hakikat yang kita harus hadapai dengan berita terkini mengesahkan rayuan kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara lontar peluru F20 telah ditolak.
Persembahan luar biasa Ziyad yang menyaksikan dia telah memecahkan rekod dunia serta rekod Paralimpik. Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM).
Ziyad yang merupakan juara bertahan dan berhak mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu mencatatkan catatan lontaran terbaik dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo.
Lebih mengagumkan catatan tersebut turut memecahkan rekod lontar peluru atlet normal dan kebangsaan yang sebelum ini dipegang oleh Adi Alifuddin Hussin pada Sukan SEA 2011.
Bagaimanapun, kemenangan bersejarah buat Ziyad telah dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’ (bilik pemeriksaan).
Kontinjen negara telah melakukan rayuan bagi mengekalkan kemenangan Ziyad namun nasib tidak menyeblahinya, ia telah ditolak. Lebih mengharukan, wira negara ini telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia menerusi Instagram kendaliannya.
“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya”.
Namun rakyat Malaysia telah berpusu-pusu memberikan komen untuk Ziyad tidak patah semangat.
Antara komen yang menarik perhatian ialah dari Menteri Kesihatan yang baharu, YB Khairy Jamaluddin berkata, “Tak perlu nak minta maaf, Yad. Keputusan yang tidak adil. Awak paling hebat dalam dunia. Awak luarbiasa. Teruskan.”
Malah ribuan lagi komen menyeru Ziyad untuk tidak patah semangat. Bagi kita semua dia masih lagi juara! Selain itu, ramai juga berharap agar ganjaran sama diberikan seperti mana pemenang pingat emas yang lain kepada Ziyad.
Stay strong Ziyad!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia bukan sekadar destinasi pelancongan. Dengan ketinggian 3,726 meter dari aras laut, ia adalah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia yang sering menjadi medan ujian ketahanan fizikal dan mental buat para pendaki.
Bagi Muhammad Salihin Md Noor, atau lebih mesra dipanggil Piji, pengalaman menawan Rinjani bersama 11 rakan pendaki dari Malaysia baru-baru ini meninggalkan 1001 kenangan – ada getir, ada keindahan, malah ada detik yang benar-benar menyentuh jiwa.
Piji mengakui suasana mendaki Rinjani cukup berbeza berbanding gunung di tanah air. “Cuaca di sana pelik – kalau panas, terik menyengat. Kalau sejuk, memang mencengkam tulang. Trek pula berdebu dan berpasir, memang perit pada tekak,” jelasnya.
Mereka berkhemah dua malam, pertama di Pelawangan dan kedua di Danau Segara Anak. Dari kawasan berkabus sejuk hingga pemandangan menghijau luas seperti ‘wallpaper Windows XP’, setiap checkpoint menuntut semangat juang yang tinggi.
Dalam keterujaan mendaki, detik cemas berlaku apabila seorang rakan, Yana, terkena pedih ulu hati ketika perjalanan ke Pelawangan. Tanpa berfikir panjang, Piji bersama dua lagi sahabat sanggup memperlahankan langkah demi memastikan Yana tiba dengan selamat.
“Dalam pendakian, kita kena jadi moral support antara satu sama lain. Bukan soal menyusahkan, tapi soal sama-sama kuat. Itu baru semangat pasukan,” tegasnya.
Sampai di Pelawangan, Piji menitiskan air mata melihat panorama matahari terbenam menghadap Tasik Danau Segara Anak. Namun, perjalanan ke puncak tidak kesampaian apabila beliau diserang AMS (altitude mountain sickness).
“Saya terpaksa akur. Kalau terus paksa diri, risikonya besar. Bagi saya, ini bukan kegagalan, tapi tanda saya perlu kembali lebih kuat,” katanya penuh tekad.
Walaupun tidak sampai ke summit, Piji berpeluang melalui laluan Torean ketika turun. Laluan itu seakan membawa pendaki ke dalam filem “Jurassic Park” dengan pemandangan hutan purba, deruan angin dan panorama epik yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Itu saat yang paling indah, seolah-olah mimpi jadi kenyataan bila dapat tengok dengan mata sendiri,” tambahnya.
Bagi Piji, pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk kembali menjejakkan kaki ke puncak Rinjani suatu hari nanti. Baginya, setiap langkah di gunung bukan sekadar tentang sampai ke puncak, tetapi tentang nilai persahabatan, kepimpinan dan kekuatan jiwa seorang lelaki.
“Ini bukan pengakhiran. Saya pasti akan kembali untuk tinggalkan tapak kaki di summit Rinjani,” tutupnya penuh yakin.
1. Latihan Fizikal Sebelum Berangkat – Fokus pada kardio seperti larian jarak jauh, hiking berbeban, serta latihan kekuatan kaki. – Amalkan stamina training sekurang-kurangnya 2–3 bulan sebelum ekspedisi.
2. Gear Wajib – Jaket tahan sejuk & windbreaker kerana suhu boleh turun sehingga hampir 0°C. – Hiking pole untuk kestabilan di trek berpasir dan berbatu. – Mask atau buff bagi elak habuk & debu gunung berapi.
3. Pengurusan Nutrisi – Bawa makanan tinggi tenaga seperti energy bar, coklat, kacang & kurma. – Minum air secukupnya untuk elak dehidrasi, terutama di kawasan berdebu.
4. Elak AMS (Altitude Mountain Sickness) – Naik secara perlahan, beri masa tubuh adaptasi dengan altitud tinggi. – Jangan paksa diri jika rasa pening, loya atau sesak nafas. – Pastikan rehat cukup dan tidur berkualiti setiap malam.
5. Mental & Teamwork – Ingat, mendaki gunung bukan soal ego individu. Ia soal kerjasama, saling sokong dan bertahan sama-sama. – Bawa semangat positif, kerana di puncak nanti yang lebih penting ialah pengalaman dan persaudaraan, bukan sekadar ‘sampai atas’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.