Sehun EXO Dan William Chan Lancar Koleksi XXX Ermenegildo Zegna

Share

Ermenegildo Zegna tampil sekali lagi dengan aksi yang begitu berani dengan menggabungkan, William Chan dan Sehun, bintang terkenal di Asia memperagakan imej terbaru yang diberi nama XXX Ermenegildo Zegna.

Koleksi universal ini bakal menemui anda bandar-bandar terkenal antaranya Seoul, Shanghai, Hong Kong dan Miami. William Chan, penyanyi dan pelakon Cina yang telah memenangi pelbagai anugerah di hasil dari lakonan yang mantap, dan Sehun, salah seorang ahli kumpulan Korea Selatan iaitu EXO, kumpulan K-pop yang paling berpengaruh.

 

 

Ermenegildo Zegna XXX,  sesuai untuk dipakai oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia bersifat universal kerana gabungan street wear dan tampak elegen sepadan dengan gaya kontemporari masa kini. Sentuhan fesyen Ermenegildo Zegna Artistic Director, Alessandro Sartoriekarang, menjadikan pemakai berasa seperti golongan atasan dengan fabrik yang selesa serta harga yang berpatutan sekaligus menjadikan XXX sebagai fesyen muda elit alaf baru.

Koleksi kali ini lebih kepada penggayaan berjiwa bersahaja dan tidak terlalu mematuhi ‘dress code’, namun tetap menonjol dan tampak segak buat si pemakai. Lelaki millennial terutamanya, harus memiliki koleksi ini kerana ia benar-benar menunjukkan identiti anda yang sebenar.

 

Published by
Maiya Deen