Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang. Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya. Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.
2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ramai di kalangan perempuan hari ini sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan! Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju.
3. Genetik dan faktor keluarga.
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk. Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan.
Ads
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome. Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat.
5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
Ads
6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan
terganggu,benar bukan? Bila anda tertekan, marah, stres, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda. Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7. Merokok.
Ads
Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh. Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar. Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada. Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan. Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin meningkat usia semakin merosotlah kondisi gigi. Apatah lagi buat mereka yang kurang mengamalkan penjagaan gigi yang baik atau mengamalkan gaya hidup yang boleh menjejaskannya seperti merokok, minum minuman keras dan banyak mengambil makanan bergula.
Melakukan penjagaan gigi yang baik telah sekian lama terbukti berkesan memanjangkan hayat gigi anda. Namun dengan peredaran masa mahu atau tidak gigi pasti akan mula rosak dan mereput.
Di sinilah perlunya kita mencabut gigi tersebut kerana ia tidak boleh dibiarkan terus rosak di dalam mulut.
Mencabut sebatang gigi itu perkara yang cukup normal. Tapi bagaimana pula jika mencabut lebih dari satu? Terdapat beberapa risiko perlu anda ketahui.
Jangan pula kejadian malang menimpa anda seperti yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas di Thailand meninggal dunia selepas mencabut 12 batang gigi.
Kejadian malang menimpa warga emas itu menyaksikan kecuaian daripada beberapa pihak yang tidak peka dengan kondisi pesakit yang berdepan dengan masalah pendarahan selepas prosedur tersebut.
Sebenarnya risiko mencabut lebih dari satu batang gigi bergantung kepada beberapa faktor. Ia termasuklah keadaan gigi dan kondisi keseluruhan mulut. Secara umumnya doktor gigi akan melakukan penilaian beberapa faktor berikut tersebut sebelum melakukan prosedur pencabutan.
Kesihatan Pesakit
Jika seseorang menghadapi masalah kesihatan yang serius, risiko pencabutan gigi boleh meningkat. Doktor gigi akan meneliti sejarah perubatan pesakit sebelum menentukan jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut.
Kondisi Gigi Ingin Dicabut
Jika gigi-gigi tersebut terletak pada kawasan yang sukar atau mempunyai keadaan khas, risiko pencabutan lebih daripada satu gigi boleh meningkat. Doktor gigi akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menentukan sama ada gigi-gigi tersebut boleh dicabut dengan selamat dalam satu sesi atau perlu dibahagikan kepada beberapa sesi.
Kaedah Bius Digunakan
Proses mencabut gigi biasanya melibatkan penggunaan bius tempatan atau umum. Jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut dalam satu sesi bergantung kepada jenis bius yang digunakan dan toleransi pesakit terhadapnya.
Pencabutan gigi selalu melibatkan risiko komplikasi seperti pendarahan, jangkitan, dan kerosakan kepada struktur sekitarnya. Doktor gigi akan menilai risiko ini dan membuat keputusan berdasarkan situasi khas pesakit.
Kerana setiap individu mempunyai keadaan dan keperluan yang berbeza, hanya doktor gigi yang boleh memberikan penilaian yang tepat tentang jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut dalam satu sesi.
Disarankan untuk berjumpa secara langsung dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan sesuai dengan keadaan anda.
Jangan lupa subscribe YouTube & TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dunia kini masih lagi bergelut dalam menangani penularan COVID-19. Walaupun vaksin telah dicipta dan mula diedarkan namuin kerisauan terhadap pandemik ini masih lagi tinggi.
Walaupun begitu ramai berpendapatan kehidupan masih perlu diteruskan dengan mengambil langkah pencegahan yang baik. Kehidupan dalam norma baharu. Itulah yang kita sering dengar.
Di negara kita sendiri hampir kesemua kegiatan ekonomi dan sosial kini telah dibenarkan namun perlu mematuhi syarat dan peraturan SOP yang ketat. Dengan kepatuhan yang tinggi sahaja mampu mengelakkan berlakunya sekali lagi gelombang kes yang melonjak tinggi.
Tapi sejauh manakah aktiviti sosial yang dilakukan di dalam jumlah orang yang ramai selamat dilakukan? Di Barcelona, Sepanyol lebih lim ribu orang peminat muzik telah mengambikl langkah yang cukup drastik semata-mata ingin bersama-sama menyaksikan sebuah konsert.
Lebih lima ribu pengunjung menghadiri acara konsert muzik yang berlangsung tanpa sebarang penjarakan sosial. Namun difahamkan kesemua daripada mereka telah menjalani ujian calitan COVID-19 dan didapati negatif menerusi ujian antigen hari yang sama.
Peminat muzik tersebut membanjiri Palau San Jordi untuk menyaksikan persembahan beberapa buah band indie. Persembahan yang mendapat kelulusan khas daripada badan kesihatan negara tersebut merupakan antara percubaan yang dilakukan dengan melakukan ujian pantas untuk acara seperti konsert.
PERCUBAAN
Mereka mahu melihat sama ada sistem ujian pantas begini boleh mengelak penularan virus pada masa akan datang. Namun sepanjang konsert berlangsung, setiap penonton diwajibkan memakai pelitup muka bagi tujuan keselamatan.
Kesemua penonton menjalani ujian di tiga lokasi berbeza di Barcelona sebelum diberikan kebenaran untuk menghadiri konsert tersebut. Seramai 80 orang petugas kesihatan telah ditugaskan untuk menjalankan ujian calitan.
Sepanjang ujian tersebut mereka mendapati tiga orang positif dan seorang dikenali pasti sebagai kontak rapat. Sekali gus tidak dibenarkan untuk menghadiri konsert tersebut.
Eksperimen ini juga dilihat sebagai salah satu cara untuk merancakkan semula ekonomi terutamanya di dalam sektor muzik dan persembahan secara langsung.
Adakah langkah ini benar-benar selamat untuk dilakukan? Pakar dan juga warganet pastinya mempunyai pandangan masing-masing.
Bagi MASKULIN ia satu langkah yang sangat berisiko. Tidak perlulah kita mendedahkan diri dalam kondisi risiko tinggi semata-mata untuk berhibur.
Semoga kita terus cekal dan tabah berdepan ujian ini.
Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN untik update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hari ini, rakyat Malaysia pilu dengan pemergian 6 anggota bomba yang lemas akibat cuba menyelamat seorang remaja yang depercayai lemas di kawasan lombong, Puchong malam tadi. Disebalikt rragedi yang menimpa Malaysia ini, Pencetus Ummah Azman dan Pencetus Ummah Amin menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa.
Ini merupakan reaksi PU Azman menerusi laman Instagramnya.
“Semoga Allah mengampunkan mereka dan menempatkan mereka di kalangan para hamba Nya yang soleh. Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di Sulawesi. Semoga kita di Malaysia ini menjadi jiran dan insan yang paling cepat menghulurkan sebarang bantuan yang termampu sama ada materi atau maknawi.”
Tidak memberi komen yang banyak, inilah reaksi PU Azman mengenai perkara ini.
Sementara itu PU Amin mengeluarkan post di laman Instagram turut menunjukkan rasa sedih dan hiba atas pemergian 6 Anggota terbabit.
” Dua orang dalam gambar-gambar ini adalah kenalan saya. Allah menjemput kalian dahulu. Besar jasa kalian. Hidup didunia untuk memberikan manfaat pada manusia lain. Kematian kalian menghidupkan hati kami. Moga kalian hidup selama-lamanya di Syurga. Kalian pejuang. Moga berjumpa disana nanti duhai pewira.”
Anggota yang terlibat ialah, Mohd Fatah Hashim, 34 tahun, Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun, Mazlan Omar Baki, 25 tahun dan Yahya Ali, 24 tahun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Video viral ketika 6 anggota bomba lemas semasa menyelamat.
Terkini, kesemua jenazah telah selamat di sembahyangkan dan kita bergerak ke kampung halaman mereka untuk dikebumikan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, ketika kejadian keenam-enam anggota berkenaan berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan meninggal dunia sewaktu operasi mencari seorang remaja lelaki tersebut. Walaubagaimanapun, remaja tersebut masih belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.
*Sumber Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.