Dalam tempoh beberapa hari lalu timbul spekulasi yang ramai menganggapnya tidak berasas terhadap bintang asal Korea yang juga terkenal menerusi program ‘Running Man’, Kim Jong Kook.
Spekulasi yang bertiup kencang tersebut mengatakan Kim Jong Kook memiliki tubuh badan sasa bukan secara semula jadi dan menuduh Kim Jong Kook mengambil bahan tambahan bagi mengekalkan bentuk badannya.
Seorang jurulatih dan atlet bina badan dari Kanada, Greg Doucette memuat naik video mengatakan fizikal Kim Jong Kook dibina dengan bantuan bahan asing bukannya secara semula jadi.
Namun kini, Kim Jong Kook telah memberikan respon terhadap tuduhan tersebut. Walau bagaimanaun Kim Kong Kook tidak menyebut nama atau mana-mana pihak.
Dalam sebuah video yang dimuat naik olehnya di saluran YouTube kendaliannya, Kim Jong Kook berkongsi bahawa beliau akan menganbil sebanyak 391 ujian doping berdasarkan regulasi Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) 2022.
Menerusi perkongsian tersebut Kim Jong Kook menjelaskan dia sanggup untuk berkorban masa dan wang demi menjelaskan dan membersihkan apa-apa tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.
“Ia akan mengambil masa dan wang yang banyak namun saya percaya ia akan berbaloi. Saya akan jalani sebanyak 391 ujian bahan yang digariskan di bawah WADA, termasuklah ujian terhadap bahan terlarang.
“Senarai ujian ini merupakan yang terkini dan terbaru sejak 1 Januari 2021. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang telah memabantu.
“Saya akan ambil peluang ini untuk lakukan semua ujian di dalam senarai tersebut, bukan sahaja ujian hormon. Diharapkan dengan proses ini kita semua dapat belajar dan lebih terbuka untuk menghormati perbezaan antara satu sama lain,” jelas Kim Jong Kook.
Itulah antara cabaran yang harus dipikul oleh selebriti terkenal. Ramai yang mungkin sangsi terhadap apa yang dicapai mereka. Diharapkan Kim Jong Kook dapat lalui kontroversi ini dengan tabah!
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN!
Sumber: Koreaboo