Sedang Berdiet Tapi Anda Jenis Suka Makan, Ini Petua & Solusinya!

Share

Dugaan paling besar untuk orang yang sedang mengamalkan diet ialah menahan diri daripada makan makanan yang digemarinya.

Apatah lagi jika anda seorang yang memang suka makan atau dalam erti kata lain foodholics! Sebagai seorang pencinta pelbagai jenis makanan dugaan dan cabaran yang anda hadapi adalah berkali ganda lebih hebat berbanding orang lain.

Tapi adakah benar anda harus tinggalkan secara sepenuhnya makanan kegemaran anda selama ini? Sebenarnya ada cara yang anda boleh lakukan untuk terus menikmati makanan tersebut tetapi dengan syarat anda harus patuh dengan petua dan langkah di bawah.

Makan awal

Makan setiap 3 atau 4 jam. Ini adalah cara terbaik untuk anda kawal nafsu makan. Ini kerana apabila anda kerap makan (tapi dalam jumlah sedikit) setiap 3  ke 4 jam, secara tak langsung ia tak beri ruang untuk anda berasa lapar.

Kerap Minum Air

Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman manis. Malah, air kosong ini tidak mengandungi sebarang gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah. Minum masak dengan kerap agar anda kurang rasa lapar. Serius, ini sangat membantu.

Kunyah- kunyah secara sihat

Jenis yang kuat makan ni, mesti suka makan depan TV, bukan? Jadi, jika anda gemar mengunyah & makan ketika menonton TV pada lewat malam, sediakan snek yang sihat di rumah. Contohnya adan boleh gantikan snek makanan ringan dengan baby carrot. Bukan sahaja ranggup tetapi rendah kalori.

Jangan Mulakan Dengan Pencuci Mulut

Elakkan pencuci mulut ini sebagai permulaan hidangan, kerana gula dari pencuci mulut akan meningkatkan lagi selera makan anda. Sentiasa lah bermula dengan makanan yang lebih mengenyangkan (berserat & protein)

Kurang Kasih Sayang

Berapa banyak karektor dalam filem yang mengaitkan ais krim dan coklat setiap kali menghadapi kekecewaan dalam bercinta? Terlalu banyak, kan? Jadi carilah seorang kekasih dan cintai dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan hormon dan emosi anda.

Kongsi makanan anda

Teringin merupakan perkataan yang paling susah nak elak. jadi, untuk menikmati makanan seperti donat, goreng pisang atau kerepek anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Amalkan pengambilan separuh,supaya anda tidak makan banyak. Dengan ini, dalam pada masa yang sama anda masih boleh menikmatinya tanpa perlu memakan dalam kadar yang banyak.

Published by
Farizul Izwany