Jangan kerana ingin mengikut trend anda sanggup potong rambut mengikut sesuka hati. Bukan apa, kalau tersalah potong rambut boleh mencacatkan penampilan sekali gus membuatkan wajah nampak serba tak kena.

Oleh itu sebelum potong rambut, pastikan anda semak dahulu bentuk wajah. Ini kerana gaya rambut anda akan nampak kena jika anda memotong rambut mengikut bentuk wajah.

Sekiranya anda buntu dan tak tahu nak pilih potongan rambut, apa kata tengok idea-idea ini agar pilihan fesyen rambut yang anda pilih tepat dan wajah anda nampak segak.

BACA: ‘Spray’ Tonik Ini Pada Kulit Kepala, Hasilnya Rambut Di Kawasan Botak Kembali Tumbuh!

1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR

Sebelum Potong Rambut Semak Dulu Bentuk Wajah. Kalau ‘Blur’ Nak Pilih, Idea Ini Boleh Bantu!

Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.

IKLAN

2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG

Sebelum Potong Rambut Semak Dulu Bentuk Wajah. Kalau ‘Blur’ Nak Pilih, Idea Ini Boleh Bantu!

Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.

BACA: Cara Bajet Lumur Air Garam Pada Rambut Untuk Elak Gugur, Berminyak & Berkelemumur!

3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK

Sebelum Potong Rambut Semak Dulu Bentuk Wajah. Kalau ‘Blur’ Nak Pilih, Idea Ini Boleh Bantu!

IKLAN

Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.

4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR

Sebelum Potong Rambut Semak Dulu Bentuk Wajah. Kalau ‘Blur’ Nak Pilih, Idea Ini Boleh Bantu!

Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dnegan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.

IKLAN

BACA: 10 Idea Anda Boleh Ubah Gaya Rambut Agar Tampil Lebih Smart & Stailo!

5. PETAK: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN

Sebelum Potong Rambut Semak Dulu Bentuk Wajah. Kalau ‘Blur’ Nak Pilih, Idea Ini Boleh Bantu!

Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.

6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI

Sebelum Potong Rambut Semak Dulu Bentuk Wajah. Kalau ‘Blur’ Nak Pilih, Idea Ini Boleh Bantu!

Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI