Dalam kesempatan pulang ke kampung, pasti ramai yang membeli lemang di tepi jalan tanpa mengetahui sama ada lemang tersebut elok atau tidak.

Ini kerana ada sesetengah pembeli yang kurang bernasib baik terbeli lemang yang keras dan tak cukup masak. Bila buka lemang di rumah hanya suku sahaja yang boleh dimakan dan selebihnya tak masak dengan sempurna. Kan dah rugi!

Harris Rosli yang berpengalaman selama 15 tahun membantu ayahnya menjual lemang ketika bulan puasa dan hari raya telah berkongsi sembilan tip membeli lemang di tepi jalan.

Semoga dengan perkongsian beliau ini, anda sebagai pengguna akan lebih berhati-hati ketika membeli lemang agar tak terbeli lemang yang tak elok.

Tips nak beli lemang

Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!

Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!

Haihh lama tak post thread panjang-masing. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan-kawan dan rakyot marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.

Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersalin minggu raya. So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan?

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

Ads

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil

Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yang sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak

Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

Ads

Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan.

So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya

Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

Ads

8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab

Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual.

Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali.

Kena viral pulak, terus lingkup. Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.

* Pengalaman saya menjual dan membakar lemang sejak umur 10 tahun pun rasanya tak cukup lagi ni. Setakat 100 batang sekali bakar, 35 minit je. Tapi, sejak dah berkecimpung dengan dunia perkapalan, susah sikit nak bagi komitmen meniaga lemang sekarang ni, dengan rezeki anak sulung lagi.

*Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya.

Walaupun tahun ni saya tak buka gerai Lemang Cukup Tua (boleh search kat fb) di Permatang Pauh, saya still supply buluh kepada mereka-mereka yang nak meniaga lemang. Boleh pm saya kalau sesiapa nak meniaga lemang. Akhir kalam, saya Harris Rosli izinkan sapa-sapa nak share artikel ni.

Selamat Hari Raya semua!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI