Gaya Hidup

Semak Perkara Penting Ini Dulu, Kalau Tak Nak Bank ‘Reject’ Permohonan Pinjaman Rumah!

Share

Banyak kita dengar atau baca rungutan di media sosial tentang bank ‘reject’ permohonan sesetengah individu kerana tidak menepati syarat yang diperlukan oleh pihak bank. Kadangkala bank reject permohonan adalah sebab kesilapan kita sendiri.

Proses membeli rumah tidak semudah sepertimana kita membeli pakaian dan barangan lain. Ia melibatkan banyak pihak daripada kita sebagai pembeli rumah, urusan peguam dan sebagainya. Kalau tidak betul cara permohonannya, bank ‘reject’ permohonan anda dengan mudah.

Berikut adalah antara sebab bank menolak permohonan kita yang mana ia dikongsikan oleh Hartabumi.

BACA: Walaupun Bergaji RM2K, Lelaki Ini Dedah Bagaimana Dia Mampu Beli Rumah Corner Lot

1. Mohon di bank yang salah

Sebelum buat permohonan, kaji selidik dahulu kriteria permohonan setiap bank yang anda ingin mohon.

2. Skor pemarkahan rendah

Skor pemarkahan ke atas setiap permohonan pinjaman atas tujuan menganalisa profil pelanggan seperti umur, tempat tinggal, tahap pendidikan, pendapatan dan sebagainya.

3. Bankrap

Jika anda diisytiharkan muflis, secara langsung anda tidak layak untuk memohon pinjaman, membiayai semula ataupun kemudahan penambahan pajak gadai janji.

4. Peratus DSR tinggi

DSR adalah tahap kemampuan pembiayaan pinjaman. Ia adalah penanda ukur bagi setiap bank untuk menilai kemampuan anda membayar balik pinjaman yang diberikan. Semakin tinggi peratusan DSR anda, semakin sukar pinjaman anda untuk diluluskan.

BACA: ‘Beli Rumah Lebih Baik Dari Beli Kereta’, Konsultan Ini Jelaskan Kenapa Rumah Boleh Jana Duit!

5. Memalsukan dokumen

Pemalsuan dokumen pendapatan adalah satu kesalahan yang berat kerana pendapatan anda turut di rekodkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan Kumpulan Wans Simpanan Pekerja (KWSP).

6. Pekerjaan kurang daripada enam bulan

Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja di syarikat yang sama untuk meyakinkan pihak bank bahawa status pekerjaan anda adalah stabil.

7. Harga pasaran tidak sesuai

Nilai hartanah tidak menepati harga pasaran semasa menyebabkan bank menolak permohonan pinjaman anda.

8. Pemaju bankrap

Berhati-hati sebelum membeli rumah dengan membuat analisa penuh mengenai pemaju projek perumahan tersebut di forum-forum hartanah.

Sumber: Hartabumi

Published by
arif.karim