Pernah tak anda mengalami situasi dimana semasa memandu, hilang tumpuan dan mungkin terlelap seketika? Nah, itu dinamakan microsleep. Ia terjadi tanpa amaran, apabila badan menjadi letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan sedang memegang stereng kereta.
Biasanya, microsleep terjadi apabila seseorang itu memandu dalam jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu.
Terbaharu, empat kru produksi filem dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman. Kemalangan dikatakan berpunca daripada microsleep.
Microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kerana itu, penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan sekiranya sudah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali ketika memandu, korang perlu berhenti berehat sebentar dan bukanlah meningkatkan kelajuan kerana ia sebenarnya tidak membuatkan korang menjadi lebih peka ketika memandu.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, individu tersebut akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Berhenti segera jika korang mengalami simptom-simptom tersebut semasa memandu:
• Kelopak mata kuyu
• Tersengguk-sengguk
• Menguap berulang kali
• Mata terkebil-kebil
• Tersasar dari lorong
• Tatapan kosong
• Mengelamun
Untuk mencegah tragedi ngeri, apa yang boleh dibuat?
• Berhenti di tempat selamat
• Lakukan power nap
• Berehat setiap 2 jam perjalanan
• Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri/ahli keluarga/teman untuk mengganti tempat pemandu
• Mengambil vitamin atau kafein
• Berbual dengan teman seperjalanan
• Jangan memandu jika mengantuk
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan pastikan selepas ini jika korang mengantuk, jangan memandu dan berhentilah seketika untuk berehat. Paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Selamat bercuti semua.
Sumber: (1)
Artikel ini di ambil dan di olah dari REMAJA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Bila dah bersusah payah bekerja, apa salahnya kita ‘self reward’ sekali sekala kan? Tapi kereta dorang bukan biasa-biasa hehe #maskulin#maskulinauto#selebritilelaki#selebritiwanita#keretamewah #fyp #learnontiktok #fypシ #porsche #mclaren #mercedez ♬ original sound –