Sebelum masuk ke Thailand menggunakan kenderaan sendiri, pastikan kereta anda sudah didaftarkan dengan beberapa insurans yang wajib untuk menyelamatkan keluarga anda sepanjang perjalanan di Thailand.
Ini penting bagi mengelakkan kenderaan dan diri anda menghadapi pelbagai masalah apabila berada di sana, selain memastikan trip anda bersama keluarga menggunakan kenderaan sendiri ke Thailand berjalan lancar.
Seorang wanita bernama Norzaini Elias membuat perkongsian di Facebooknya tentang jenis insurans yang wajib serta patut anda beli sebelum masuk ke Thailand. Ikuti perkongsiannya.
Sebelum memandu ke Thailand, biasanya rakyat Malaysia akan singgah di kedai-kedai insurans Thai di sempadan untuk membeli insurans Thailand. Harganya pun agak murah antara RM18 ke RM20 sahaja untuk kereta selama 9 hari. Ramai yang tak tahu insurans ini hanya melindungi perkara berikut:
1. Kecederaan pihak ketiga 80K baht (perlindungan rakyat Thailand sahaja)
Ads
2. Jika pihak ketiga meninggal atau hilang upaya 300K baht (perlindungan rakyat Thailand sahaja)
Harta benda pihak ketiga tidak dilindungi. Jika kita ingin melindungi harta benda pihak ketiga, boleh ambil ‘voluntary insurance’. Tapi ‘voluntary insurance’ hanya lindungi kenderaan pihak ketiga sahaja. Harta lain seperti kedai, lampu isyarat, pagar dan sebagainya tidak dilindungi. Jumlah perlindungan adalah 200K baht.
Apa yang berlaku jika anda cuai dan menyebabkan kemalangan, dan jumlah insurans Thailand ini tidak mencukupi? Kebanyakan insurans perjalanan (‘travel insurance’) ada perlindungan ‘personal liability’. ‘Personal liability’ ini melindungi kita dari tuntutan kerugian yang dibuat melalui peguam atau mahkamah disebabkan kecuaian kita.
Contoh petikan ‘policy wording’ dari AXA Travel Insurance:
Selain itu, ada insurans kemalangan diri (‘personal accident’) yang mempunyai manfaat ‘personal liability’. Tapi pastikan PA anda mempunyai manfaat perlindungan di luar negara. Contoh petikan dari policy wording AXA SmartPA Enhanced:
Ads
‘Travel insurance’ dan ‘Personal accident’ juga penting untuk anda melindungi diri sendiri jika berlaku kemalangan atau kerugian lain seperti dirompak. Jika anda memandu ke Thailand, lebih selamat jika anda ada salah satu dari insurans ini.
Ramai tidak tahu yang insurans kenderaan kita boleh ‘extend’ untuk melindungi kenderaan kita di Thailand. ‘Extension’ ini boleh ditambah semasa anda membeli insurans kenderaan. Jika insurans sudah berjalan, boleh buat ‘endorsement’ untuk tambah ‘extension’ ini. Untuk melancarkan urusan, seeloknya hubungi pihak insurans atau ejen insurans anda 2 minggu awal sebelum perjalanan jika ingin buat ‘endorsement’.
Sedikit pesanan jika anda terlibat kemalangan di Thailand, anda perlu buat perkara berikut:
1. Telefon talian kecemasan 911 atau jika kemalangan kecil hantar mangsa ke hospital
Ads
2. Tunjuk salinan insurans kepada polis atau hospital Thailand
3. Buat laporan polis di balai
4. Minta polis tolong buat laporan kepada insurans untuk tujuan tuntutan insurans
Akhir kata, pesanan jika anda ada penyakit sedia ada (‘existing illness’) dapatkan nasihat doktor sebelum ke luar negara. Insurans hanya melindungi kos perubatan ke atas insiden yang bersifat tidak sengaja atau ‘accidental’ sahaja. Untuk penyakit sedia ada, kos perubatan atau pemindahan hospital adalah tanggungan anda sendiri.
Lampu kereta yang kekuningan pasti menyakitkan mata. Manakan tidak, kereta yang sering terdedah dengan cuaca membuatkan lampu menjadi kusam dan akhirnya nampak kekuningan.
Kalau anda nampak lampu kereta kekuningan, tak perlu tukar baru dahulu. Cuba tip yang dikongsikan Khairul Anwar Tumingan ini agar lampu kereta yang kuning dan kusam kembali berkilat serta nampak baharu.
Modalnya jimat tak sampai RM15 hanya menggunakan kertas pasir dan metal polisher. Jom ikuti perkongsiannya.
Hari ini bro nak share cemana nak clearkan dan gilap headlight yang sudah kuning and kusam dengan modal tidak sampai RM15.
Ada macam-macam lagi cara dan produk untuk tujuan ini, tapi ini antara yang berhasillah. Yang penting kena gigih menggosok yeh. Selamat mencuba!
(Ini untuk headlamp plastik sahaja)
Langkah-langkah ada dalam caption setiap gambar.
Lampu asal. Setelah bertahun-tahun, lampu akan menjadi kekuningan dan kabur kerana oksida. Berbahaya terutama untuk drive malam sebab lampu akan jadi kurang terang.
1. Dimulakan dengan Bismillah. Saya pakai kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kabur.
2. Gosok dengan menggunakan air. Masa ini nampak kesan kotor dan kuning itu tertanggal.
3. Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning sudah berkurangan.
Sebagai pengguna kereta mesti anda tahu bahawa antara perkara yang boleh buat kita sakit jiwa adalah bila gearbox rosak!
Kalau rosak memang anda kena sediakanlah wang yang agak banyak juga untuk baiki. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku anda sebenarnya kena sentiasa servis kereta ikut pada masanya.
Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?
Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
1.
Berdepan kesukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.
2.
Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.
3.
Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.
4.
Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
5.
Bacaan RPM naik jadi jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.
Foto: motorbiscuit.com
6.
Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.
7.
Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.
Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
1. Tukar minyak auto
2. Tukar mounting gearbox
3. Tukar pin pada panel gear
4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercakap tentang minyak enjin mungkin anda sendiri sebagai pemilik atau pengguna kenderaan pastinya sudah sedia maklum.
Kebiasaannya apabila sudah cukup tiga bulan atau 10,000km perjalanan kita perlu menukar minyak enjin bagi memastikan operasi enjin berjalan dengan baik dan sekali gus mengelak berlakunya kerosakan yang tidak diingini.
Minyak enjin atau dikenali sebagai minyak hitam bertindak sebagai bahan untuk melincirkan pergerakan dan menyejukkan komponen dalaman enjin. Tugas yang dijalankan oleh minyak enjin ini secara tidak langsung mampu mengelak kereta berdepan kerosakan akibat panas melampau.
Jika kita sebagai pemilik kereta atau kenderaan gagak tukar minyak enjin pada waktu yang sepatutnya ia boleh menyebabkan enjin menjadi terbeban dan menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang.
Sebab itulah sangat penting untuk kita semua melakukan pemeriksaan secara berkala selain melakukan servis setiap 3 bulan. Salah satunya ialah memeriksa takat minyak enjin dari semasa ke semasa.
Mungkin bagi anda yang sudah biasa lakukan perkara ini anggap ia tugas biasa sahaja. Namun sejauh manakah anda yakin cara anda lakukan itu betul dan dapat becaan tepat?
Berikut MASKULIN kongsi beberapa cara bagaimana untuk periksa takat minyak dengan cara yang betul!
BUKA
Sebagai langkah pertama anda perlu buka pengukur celup yang berada di sebelah enjin.
TARIK & LIHAT
Tarik pengukur celup dan lihat takat minyak.
LAP & MASUK SEMULA
Lap penyukat minyak enjin dengan kain dan masukkan semula bagi mendapat bacaan dengan teliti.
Penyukat minyak enjin mempunyai dua sukatan yang menunjukkan aras maksimum dan aras minimum. Periksa dahulu takat minyak berada pada aras mana.
ISI JIKA KURANG
Sekiranya berada pada takat minimum, anda perlu mengisi minyak hitam. Jangan isi melebihi paras maksimum kerana ia boleh menyebabkan kerosakan lain.
ULANG SEMULA
Ulang langkah tiga dan empat beberapa kali untuk mendapatkan bacaan tepat bagi paras minyak tersebut.
TUTUP
Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula pengukur celup ke tempat asal dan menutupnya dengan rapat.
Semoga perkongsian tip ini mampu membantu dan memberikan manfaat yang baik untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.