Sebelum Makan, Pastikan Tahu Jenis Oat Mana Sesuai Untuk Kurus Atau Perut Berangin!

Share

Oat merupakan makanan kesihatan yang digemari ramai. Selain untuk mengurangkan kolesterol, oat juga popular untuk mereka yang ingin berdiet ataupun menurunkan berat badan.

Namun dengan adanya pelbagai jenis oat di pasaran, pastikan membuatkan anda keliru oat yang mana sesuai untuk dimakan.

Hakikatnya bukan semua orang sesuai mengamalkan oat kerana setiap jenis oat ini mempunyai perbezaan untuk pelbagai keperluan orang yang berbeza.

Ikuti perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman tentang jenis-jenis oat yang sesuai diambil sama ada untuk yang nak kurus ataupun untuk mereka yang mengalami perut berangin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

JENIS OAT BERBEZA SERASI UNTUK ORANG BERBEZA

Bukan semua jenis oat serasi dan menyihatkan semua orang. Malah mungkin memudaratkan jika kita salah pilih. Beri perhatian ilmu oat ni dan sebarkan ilmu rare ni untuk manfaat ramai. Insha Allah.

BEZA JENIS OAT

– Quick Oat lebih nipis berbanding Rolled Oat.
– Steel Cut dipotong dadu lebih kenyal susah dikunyah.

Lebih halus dan mudah hancur, lebih tinggi pencernaannya dan peningkatan gula dalam darah.

ORANG NAK KURUS ATAU ADA KENCING MANIS

✔Pilihlah rolled oat atau lebih baik ialah steel cut oat.
✔ Oat lebih susah cerna ini lambat diserap..maka lebih lama perut kita penuh dan kenyang. Bagus untuk kurus.
✔ Gula darah pun meningkat secara perlahan. Bagus untuk diabetes.

✖ Jika kita ambil quick oat, gula darah naik mencanak dan ini meningkatkan risiko komplikasi insulin dan gula tinggi seperti masalah jantung, strok dan kerosakan organ.

ORANG “ANGIN” DAN SENSITIF

❗Jika perut usus bermasalah, kita nak pilih makanan mudah serap seperti bubur nasi..atau quick oat lah berbanding rolled atau steel cut oat.
❗Oat yang lambat diserap akan jadi makanan kuman perut dan usus. Kuman ini menghasilkan GAS⚠️
❗Gas menyebabkan kembung, sendawa dan kentut, badan dan mental jadi stres.

👆 Gas akan lemahkan dan rosakkan sistem pencernaan..dan sebabkan badan jadi SENSITIF🆘️

⚠️Perut kembung.Angin kentut sokmo.
⚠️Cirit, sensitif makanan atau sembelit.
⚠️Badan lemah lesu..cepat mengah.
⚠️Perut radang gastrik, refluks.
⚠️Badan stres akan simpan lemak.
⚠️Perut rosak akan kurangkan serapan zat.

Perut problem akan ganggu mental dan jiwa🎭

Pengajaran dari keserasian oat ini:

# Orang perut angin, makan Quick Oat lebih selamat berbanding oat lain.
# Penderita diabetes atau mereka yang berat badan lebih molek, ambil Steel Cut atau Rolled Oat.


# Penderita diabetes biasa ada masalah angin dan overweight, eloklah ambil nasi je atau Quick Oat dalam kuantiti sikit saja.

Baiki perut dulu. Bila dah pulih masalah angin dan sensitif boleh la jika nak amalkan Rolled atau Steel Cut Oat.

Semoga perkongsian bermanfaat bagi yang menderita masalah yang saya sebut di atas.

Hafiz Sulaiman
– Pejuang Kesihatan

Antara oat vs nasi, nasi juga jadi pilihan ? ada sebab dan hujah saintifiknya kemudian saya share ye.

Published by
RY