Buat anda yang sudah berjinak-jinak dengan aktiviti larian secara serius pastinya sudah maklum akan cabaran melakuan larian sejauh 10 kilometer atau lebih popular dengan gelaran 10K.
Jadi tidak hairanlah mengapa larian 10K menjadi impian buat ramai orang yang baru mula berlari. Melakukannya tidaklah semudah yang disangkakan.
Larian 10K menuntut bukan sahaja kekuatan stamina tetapi kesungguhan, kekuatan mental serta motivasi diri yang tinggi. Dan jika berjaya melakukan larian 10k, mereka sebenarnya sudah tidak jauh untuk meningkatkan larian kepada jakrak half-marathon.
Buat anda yang baru ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini, MASKULIN nasihatkan agar melakukan persediaan. Selain bersedia dari segi fizikal dan mental anda juga harus makan dengan cara yang betul.
Ads
JENIS MAKANAN & TABIAT BAIK SEBELUM LARIAN 10K
Ingat, sasaran anda ialah menghabiskan larian pada jarak 10k dengan selamat dan selesa. Sebelum mulakan larian anda harus makan dengan betul. Ikuti beberapa tip daripada MASKULIN di bawah.
1. Pastikan pada malam sebelum hari larian anda minum air dengan cukup. Pada sebelah pagi semasa buang air kecil perhatikan warnanya. Jika ia terlalu kekuningan itu bermakna anda sangat kekurangan air. Jauhi minuman yang boleh menyebabkan anda alami dehidrasi.
Ads
2. Sebelum larian makanlah sedikit makanan berasaskan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda ambil ialah pasta, nasi, roti, bijirin dan kentang. Sedikit protein juga tidak mengapa namun jauhi makanan tinggi lemak seperti keju, pastri dan krim.
3. Sebaiknya makanlah sebelum 2 hingga 3 jam sebelum anda mulakan larian. Menu yang anda boleh ambil adalah seperti yang kami kongsi di atas.
Ads
4. Minum air secukupnya sebelum melakukan larian. Sebaiknya minum minuman sodium atau minuman mengandungi elektrolit. Badan anda memerlukan air mencukupi untuk menjalani larian sejauh 10 kilometer.
Selamat mencuba dan maju jaya kepada anda yang baru-baru ingin berlari pada jarak 10K. Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pertama sekali, anda perlulah menjaga kebersihan kaki anda. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:
1. Berus Kaki
Bunyi macam mudah, tetapi sekadar memberus dengan air sabun semasa mandi masih tidak memadai. Tujuan utama adalah untuk menghilangkan bakteria dan sel kulit mati pada kulit.
Jadi, apabila anda membasuh kaki anda, exfoliate sekali dengan tuala, berus dan lain-lain. Jangan lupa untuk berus celah jari kaki ya.
2. Keringkan Kaki
Apabila sudah selesai membersihkan kaki, maka sebaiknya anda mengeringkannya dengan sempurna. Kelembapan, tidak kiralah ia peluh atau air, ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.
Oleh itu, ambil sedikit masa untuk mengeringkan kaki anda dengan sempurna dan jangan lupa, celah jari kaki!
3. Gunakan Sanitizer
Bunyi macam pelik, tetapi percayalah bahawa sanitizer tangan yang baik boleh membunuh kuman yang terdapat pada kaki dan mencegah pembiakan/pertumbuhan bakteria.
4. Gunakan Antiperspirant
Jenis antiperspirant yang anda letak di bawah ketiak itu juga boleh digunakan pada kaki. Cuma pastikan anda menyediakan yang khusus untuk ketiak dan khusus untuk kaki.
Sapukannya pada kaki yang kering dan bersih pada waktu malam. Ia boleh membantu kaki anda untuk kekal kering dan segar sepanjang hari.
5. Gunakan Serbuk
Anda juga boleh menggunakan beberapa serbuk di bawah untuk menghilangkan bau kaki. Antaranya adalah:
i. Bedak – ia boleh mengeringkan kaki anda, pada masa yang sama mempunyai wangi-wangian.
ii. Baking soda – memberikan sifat alkali yang tidak sesuai untuk bakteria.
iii. Corn starch (kanji jagung) – membantu menyerap peluh.
Segarkan Kasut
Selain daripada penjagaan kebersihan kaki, anda juga perlu titikberatkan kebersihan kasut dan selipar anda. Berikut adalah beberapa cadangan:
1. Pakai Sandal Atau Selipar
Memakai sandal atau selipar membenarkan peredaran udara sekitar kaki anda, menjadikannya sejuk dan mencegah daripada mengeluarkan peluh yang banyak. Apabila anda berpeluh, ia akan cepat kering kerana persekitaran membantu.
2. Tukar Stoking Setiap Hari
Stoking menyerap peluh apabila anda memakainya, dan ia akan kering apabila anda membukanya. Apabila anda memakai kembali stoking yang sudah digunakan semalam, ia akan mengeluarkan bau peluh.
Oleh itu, tukar stoking setiap hari, terutama apabila kaki anda berpeluh dengan banyak.
Semasa anda membasuh stoking pula, pastikan anda terbalikkannya, agar sel kulit mati boleh dikeluarkan dengan sempurna.
Pada masa yang sama, cuba dapatkan stoking yang diperbuat daripada benang atau bulu. Jenis kain yang tidak menyerap, seperti nilon boleh memerangkap kelembapan pada kaki anda.
3. Gunakan Baking Soda
Baking soda boleh menyerap kelembapan dan bau pada stoking. Setelah anda gunakan stoking, anda boleh letakkan baking soda padanya.
4. Bertukar-Tukar Kasut
Anda dinasihatkan agar bertukar-tukar kasut agar boleh memberikan masa untuknya kering.
5. Kerapkan Basuh Kasut
Basuh dengan sabun dan rendamnya semalaman. Kemudian, pastikanya betul-betul kering sebelum anda menyarungnya.
6. Buka Kasut
Apabila ada peluang, buka kasut anda. Ini boleh membantu kaki dan kasut anda kekal kering.
Gunakan Remedi Untuk Menghilangkan Bau Kaki
Mahukan cara alternatif untuk menghilangkan bau kaki? Berikut adalah beberapa cara yang boleh diguna pakai.
1. Gunakan Peluntur
Masukkan 2 sudu teh peluntur ke dalam satu gelen air suam. Celupkan kaki anda ke dalam air tersebut selama 5-10 minit setiap hari selama seminggu.
Gunakan peluntur semasa mencuci stoking anda. Rendamkannya selama 30 minit, kemudian bilas. Keringkan dengan sempurna sebelum memakainya semula.
2. Rendam Dalam Teh
Rendamkan kaki anda ke dalam teh selama 30 minit setiap hari selama seminggu. Tannic acid yang terkandung di dalam teh boleh mengeringkan kulit anda.
3. Gunakan Air Garam
Masukkan satu sudu besar untuk setiap 1 liter air. Kemudian, rendamkan kaki anda selama 30 minit.
Selepas rendaman, biarkannya kering tanpa sebarang bilasan.
4. Gunakan Campuran Baking Soda
Masukkan satu sudu teh serbuk baking soda untuk setiap 1 liter air. Kemudian rendamkan kaki anda.
Ia boleh memberikan kulit anda lebih beralkali, yang mana boleh mencegah pembiakan bakteria.
5. Guna Campuran Cuka
Kali ini, ia akan menyebabkan kulit lebih berasid. Apabila kulit terlalu berasid, ia tidak sesuai untuk pembiakan bakteria. Tiada bakteria, tiada bau.
Masukkan 1/2 sudu cuka untuk setiap 1 liter air. Kemudian, celupkan kaki anda.
6. Masukkan Bedak Bayi Ke Dalam Kasut
Masukkan bedak bayi atau baking soda ke dalam kasut dan stoking anda boleh mempercepatkan proses pengeringan.
Tips Tambahan Atasi Kaki Berbau
1. Sekiranya anda dalam keadaan terdesak, boleh gunakan tisu swipe untuk membersihkan kaki.
2. Pastikan anda mendapat nutrisi zink yang mencukupi, kerana kekurangannya boleh menyebabkan kepada bau kaki.
3. Gunakan deodorant yang bersifat pepejal, bukannya cecair.
Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
Tidak melakukan secara penuh
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Bentuk badan salah
Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila seharian kita berjalan, pasti anda akan alami rasa sakit lutut, kaki dan pinggul. Kalau tidak dipulihkan, takut melarat pula rasa sakitnya.
Jadi nak kurangkan rasa sakit lutut, kaki dan pinggul itu, ada cara mudah yang anda boleh lakukan. Dengan 7 latihan ini, akan membantu mengurangkan rasa sakit lutut, kaki dan pinggul yang anda alami.
Mula-mula, ambil kerusi dan berdiri di belakang kerusi.
Sambil memegang kerusi, angkat kaki kiri sehingga paras lutut.
Perlahan-lahan jengketkan kaki kanan biar hujung kari rasa ketegangannya.
Perlahan-lahan letakkan kembali tumit di atas lantai.
Ulangi latihan ini 10-15 kali untuk setiap kaki.
Ia akan menguatkan pergelangan kaki dan otot sekeliling lutut anda.
2. Jengketkan tumit sambil berjalan pantas
Ini adalah satu latihan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa dan di mana saja. Anda hanya perlu berjalan kaki secara pantas sambil menjengketkan kaki. Latihan ini akan menguatkan bahagian betis dan jari kaki. Buat latihan ini selama 5-15 minit atau sehingga anda rasa letih.
3. Pusingkan pergelangan kaki
Jika pergelangan kaki anda lemah, anda perlu lakukan ini:
Anda boleh lakukan sambil duduk atau berdiri. Kemudian, naikkan satu kaki.
Perlahan-lahan putarkan pergelangan kaki anda dalam gerakan membulat.
Ulangi 10 kali dalam bulatan ke dalam dan 10 kali dalam lingkaran keluar untuk setiap kaki.
Sambil duduk, anda letakkan bola tenis di bawah telapak kaki.
Kemudian secara perlahan-lahan, golekkan bola tenis tadi kedepan dan kebelakang seolah-olah anda sedang mengurut kaki.
7. Urutan pada kaki
Bagi mengurangkan rasa sakit pada kaki, letakkan kedua-dua jari pada titik-titik seperti dalam gambar (antara jari kaki 1 dan 2 serta jari 4 dan 5; kira-kira 1cm atau setengah inci dalam). Picit secara perlahan selama 15 minit. Anda akan rasakan kelegaan selepas melakukan urutan tersebut.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...