Sapa tak putus harapan, kalau hari-hari ke gym untuk bersenam namun badan tak juga sado. Jadi sebelum ke gym dan nak badan sado, langkah pertama yang amat penting ialah kenali dulu bentuk tubuh badan.
Lelaki mana yang tak mahukan badan yang tegap dan mantap. Buat senaman tak tentu hala pun tak guna, kalau anda tak tahu bentuk badan anda tergolong dalam kategori yang mana.
Oleh itu, jom kenali jenis-jenis tubuh badan anda.
1. BENTUK SEGI TIGA
Bentuk tubuh segi tiga memiliki ciri-ciri ini:
– Dada kecil berbanding pinggul
– Bawah badan lebih berat daripada atas
– Garisan bahu jatuh
Lelaki dengan bentuk badan segi tiga termasuk dalam kategori ectomorph di mana anda nampak kurus dan athletic dengan dada yang kecil. Bila anda alami penambahan berat badan, ‘berat’ itu akan tertumpu pada bahagian dada, wajah dan abdomen hingga menyebabkan bentuk tubuh jadi tidak seimbang.
Bentuk tubuh ini dianggap bertuah kerana mempunyai tahap kandungan lemak yang rendah dan mudah untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, pemilik bentuk tubuh ini perlu berusaha lebih sekiranya mahu badan yang sasa kerana ia agak sukar untuk membina lean muscle.
– Lengan atas besar
– Perut buncit
– Kaki lebih kurus berbanding bahagian atas badan
Bentuk badan bujur mempunyai bahu jatuh dan tulang pinggul yang lebih rendah, di samping belakang badan besar, punggung leper dan leher yang pendek. Lelaki dengan bentuk tubuh ini asetnya terletak pada kaki yang kurus.
3. BENTUK SEGI TIGA TERBALIK
Ads
Bentuk tubuh segi tiga terbalik memiliki ciri-ciri ini:
– Pinggang/ pinggul yang kecil
– Atas badan yang lebar
– Binaan otot baik pada bahu, dada dan lengan
– Atas badan lebih besar dari bawah
Untungnya pemilik bentuk segi tiga terbalik ini. Anda mudah mengenakan apa sahaja stail pakaian kerana mempunyai dada yang bidang dan pinggang yang kecil.
Bentuk tubuh segi empat sama memiliki ciri-ciri ini:
– Dada, pinggang dan pinggul sama saiz
– Bentuk tubuh yang tegak
Lelaki dengan bentuk tubuh segi empat sama senang keran miliki bahu, pinggang dan pinggul yang selari seperti pembaris. Nak gayakan apa saja jenis pakaian juga mudah asalkan bahagian bahu dijadikan titik fokus. Cuma masalahnya, pemilik bentuk badan ini kena berusaha lebih untuk mendapatkan otot yang sasa.
5. BENTUK TRAPEZOID
Bentuk tubuh trapezoid memiliki ciri-ciri ini:
– Bahagian atas badan lebih besar
– Dada dan bahu yang lebar
– Saiz pinggang dan pinggul yang sederhana kecil
– Perkadaran tubuh yang seimbang
Bentuk tubuh trapezoid boleh dikatakan ciri-ciri bentuk badan lelaki yang seimbang kerana mempunyai dada bidang, lengan yang berotot dan pinggul yang kecil. Untung lelaki kalau sudah mempunyai bentuk tubuh semula jadi seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amalan mencuci wajah sebelum tidur tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan wajah korang kekal bersih dan sihat. Ini kerana setelah seharian berada di luar pasti wajah korang terdedah dengan kekotoran dan debu.
Jangan disebabkan sikap malas dan letih, korang mengabaikan hal yang penting ini. Jika wajah tidak dicuci, ia boleh mengundang pelbagai masalah kulit. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Ingat! Selewat mana pun korang pulang ke rumah, rutin mencuci kulit wajah perlu diberi perhatian.
Ini lima alasan kenapa korang perlu tahu cuci wajah sebelum tidur.
1. Antara bahagian yang paling kotor
Tanpa korang sedar dalam satu hari, pasti tangan korang banyak kali menyentuh kulit wajah. Ini menjadikan kulit wajah korang sebagai salah satu daripada bahagian yang paling kotor. Inilah pentingnya mencuci wajah sebelum tidur bagi mengelakkan penyebaran bakteria sekali gus menyebabkan jerawat dan cela pada keseluruhan wajah.
2. Elak kulit berjerawat dan berminyak
Jerawat terjadi disebabkan oleh liang-liang kulit wajah yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan, ditambah dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria melekat pada ruang tersebut, gumpalan akan terbentuk dan menutupi pori-pori kulit. Jika kulit wajah dicuci sebelum tidur, ini bermakna korang boleh mengelak munculnya jerawat dan kulit berminyak pada wajah.
3. Beri ruang untuk liang-liang kulit bernafas
Ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaikpulih dengan sendirinya. Jadi adalah penting untuk wajah korang bersih agar kulit boleh bernafas dan membentuk tisu-tisu baru. Malah kulit wajah yang bersih mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehingga korang dapat tidur nyenyak.
4. Beri kesan anti-penuaan terbaik
Ketika tidur akan berlakunya proses regenerasi pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah korang dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sulfat atau gel pembersih yang mengandungi AHA/BHA bersama serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Kulit nampak segar setelah bangun tidur
Jika korang mencuci wajah sebelum tidur, keesokan harinya kulit korang akan halus, bersih dan tidak kusam. Malah minyak pada wajah korang juga akan berkurangan. Namun jika wajah tidak dicuci, kulit korang nampak tidak sihat dan kelihatan lebih tua daripada usia. Jadi, ingat cuci muka sebelum tidur!
Tip perlu ikut!
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya. Namun jika korang malas untuk cuci wajah dengan pencuci muka, lapkan kulit wajah dengan tisu pelembap untuk mencuci kekotoran pada wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Triceps adalah bahagian belakang dari otot lengan bahagian atas yang memiliki tiga kepala seperti outeratau lateral head, inner head, dan long head. Otot lengan yang baik akan memberi kesan pertama kepada susuk tubuh menjadi bentuk yang lebih athletic.Triceps merupakan 2/3 bahagian dari lengan bahagian atas, ini kerana apabila anda ingin membesarkan otot lengan atas, otot tricepslah yang sebenarnya perlu dilatih dengan keutamaan yang lebih tinggi daripada otot biceps. Selain itu, tanpa otot triceps, Anda juga tidak akan dapat melakukan pelbagai jenis latihan. Otot triceps dikenali sebagai otot penyokong yang sangat penting dalam latihan-latihan untuk bahu, dada, lengan, dan punggung. Mulakan dan ikuti bagaimana latihan senaman triceps yang sangat mudah ini dapat membantu anda untuk mendapatkan otot lengan yang lebih kuat dan menarik.
STEP 1: Close grip push-up
Mulakan dengan posisi tekan tubi dan kedua-dua belah tangan haruslah rapat.
Rendah kan tangan sama seperti gerakan latihan senaman tekan tubi.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 2: Triceps dip
Tempatkan kedua tangan di kerusi dengan jari menghadap ke depan sehingga lengan lurus dan triceps sejajar dengan sandaran kerusi.
Luruskan kaki sepenuhnya di hadapan anda dan menempatkan tumit di tanah.
Turunkan tubuh badan ke bawah dan naik semula untuk mendapatkan ketegangan di bahagian triceps.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 3: Triceps extensions
Mulakan dengan posisi menegak dan letakkan dumbell kedua kedua tangan.
Tolak kedua-dua belah siku ke atas.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 4: Punches
Angkat kedua-dua belah tangan seolah-olah seperti ingin menumbuk
Lepaskan tumbukan di mulakan dengan tangan kanan dan selepas itu diikuti dengan tangan kiri
Tumbukan tersebut haruslah difokuskan pada otot triceps dengan sedikit twist.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.