Kesihatan

Sebelum Doktor Suruh Bersenam, Baik Saya Buat Dahulu – Ameng Spring

Share

Meskipun sudah berusia 56 tahun, vokalis kumpulan rock Spring, Ameng masih kekal aktif dengan bersenam setiap hari.

Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail beliau mampu menguatkan semangat untuk kekal disiplin bersenam setiap hari demi menjaga kesihatan semampunya.

“Satu hari nanti bila kita dah sakit, bila kita ke hospital, doktor pasti suruh kita bersenam,” katanya kepada Maskulin.

Lambat laun, pasti dirinya juga akan dinasihatkan untuk bersenam sama ada dilakukan sendiri ataupun melalui rawatan fisiologi di hospital, ujarnya.

“Jadi saya fikir sebelum orang suruh, baik saya buat dulu”.

Tambah Ameng, sekurang-kurangnya beliau sendiri sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan diri dari pelbagai sudut kemampuannya.

Jika ditakdirkan ditimpa sebarang penyakit kelak, itu semua di luar batas kemampuannya dan bukannya gara-gara beliau tidak berusaha.

Dahulu Bersenam Bersama Datuk Awie

Ameng yang ditemui Maskulin di sidang media Konsert Rock Legenda Berzaman itu juga berkongsi yang pada awalnya beliau mula aktif bersenam bersama Datuk Awie.

“Masa tu Awie kan membina badan. Saya ikut dia masa itu,” kongsinya.

Bagaimanapun, Datuk Awie tidak meneruskan aktiviti itu selepas mengalami masalah kesihatan.

“Tapi saya masih teruskan. Bersenam ini sudah menjadi rutin hidup saya,” katanya lagi.

@maskulinmyBaru sikit je mereka belanja, dah terikut nak nyanyi sekali. Nak dengar lebih lagi, nantikan Konsert Legenda Rock Berzaman pada 3 Mac hadapan di mana sembilan legenda rock tanah air dihimpunkan di atas satu pentas. #konsertlegendarockberzaman #rockkapak #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Published by
Ruszaini Ruslan