Sebelum Beli Produk, Lelaki Kena Fahami Dulu Jenis Kulit Agar Mudah Nak Atasi Masalah

Share

Setiap lelaki mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi sebelum ingin membeli produk penjagaan wajah yang sesuai, pastikan anda memahami jenis kulit terlebih dahulu.

Adalah penting untuk anda memahami jenis kulit sendiri agar ia benar-benar sesuai, sekali gus membantu untuk mengatasi apa jua masalah kulit yang anda hadapi.

Secara jujur, kulit akan berubah bergantung kepada pelbagai keadaan seperti cuaca, tahap kelembapan, pendedahan matahari dan sebagainya.

Ini merupakan lima jenis kulit yang berbeza-beza dan cadangan yang boleh memenuhi keperluan jenis kulit anda.

1. Kulit Sensitif

Sekiranya kulit anda sensitif dengan produk baharu, cubalah sederhanakan rutin dengan produk yang lembut dan mudah. Kemudian, perlahan-lahan selitkan produk yang anda inginkan supaya anda tahu dengan tepat produk atau ramuan apa yang bertindak balas negatif dengan kulit anda.

Sekiranya anda mengalami sensitiviti atau kemerahan biasa, cuba gunakan pelembap dengan bahan yang boleh melegakan kulit. Produk dengan kandungan zink oksida pelindung matahari yang fizikal adalah bagus untuk menenangkan kulit.

2. Kulit Normal

Sekiranya anda benar-benar tidak mempunyai sebarang masalah pada kulit wajah, anda dikategorikan miliki kulit normal. Anda boleh memberi tumpuan untuk mencuba bahan-bahan yang berbeza, bahkan berpeluang untuk melihat produk yang paling sesuai untuk anda.

Satu cadangan adalah anda perlu mendapatkan produk pengelupasan secara tetap dan menambahkan vitamin C pada kulit anda seperti penggunaan serum atau pelembap. Kombinasi pengelupasan dan menambahkan vitamin C dapat membantu mengekalkan kitar pemulihan semula jadi pada kulit anda, walaupun tona kulit dan pendedahan kulit anda sihat.

3. Kulit Berminyak

Lebih dari pengeluaran sebum (minyak semula jadi kulit anda) boleh disebabkan oleh banyak perkara. Banyak produk untuk kulit berminyak sebenarnya boleh mengeringkan kulit anda.

Kulit anda pada mulanya kelihatan kurang berminyak, tetapi kelenjar sebum anda menghasilkan lebih minyak untuk menampung kulit. Oleh itu, penting untuk memastikan kulit anda terhidrat secukupnya untuk mengurangkan aktiviti kelenjar sebum.

Menurut HeSpokeStyle.com, untuk memerangi kulit berminyak, lawankan minyak dengan minyak merupakan kaedah yang sangat berkesan. Penggunaan minyak semula jadi yang tidak menyumbatkan liang seperti minyak Argan atau minyak Rosehip yang dipakai semalaman dapat membuatkan kulit terhidrat sepenuhnya.

Kemudian, pada siang hari, anda boleh menggunakan pelembap ringan yang terdapat dalam bentuk cecair atau gel untuk mengekalkan kelembapan tanpa sebarang kulit berminyak.

4. Kulit Kombinasi

Jenis kulit gabungan adalah salah satu yang paling mengelirukan. Sejujurnya, kita semua mempunyai kulit kombinasi. Bidang tertentu di wajah kita menghasilkan lebih banyak minyak (di sekitar pusat wajah dan hidung) dan kawasan lain menghasilkan kurang (seperti di sekeliling mata kita).

Jika anda miliki kulit kombinasi, cuba guna produk yang menekankan keseimbangan kulit. Menggunakan pelembap yang berkesan dan ringan dapat membantu menangani masalah kedua-dua kulit kering dan berminyak.

5. Kulit Kering

Biarpun jenis kulit ini kurang menghasilkan minyak dan sebum, masalah yang anda hadapi adalah kekeringan kulit. Kekeringan yang ketara lebih jelas kelihatan pada bahagian bibir lantas memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering.

Liang pori-pori ada ketikanya tidak kelihatan langsung. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak kulit mengelupas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit wajah.

Untuk rejim penjagaan kulit wajah, hindari produk pembersih wajah yang mengandungi banyak bahan kimia khususnya salicylic acid. Carilah pembersih wajah dengan kandungan minyak kelapa dan pelembap daripada bahan aloe vera atau minyak zaitun agar kulit anda tidak terlalu kering.

Elakkan mencuci wajah dengan air panas kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada kulit anda. Jangan cuci wajah dengan pembersih lebih daripada sekali sehari. Waktu terbaik untuk anda mencuci wajah agar terhindar daripada kekeringan adalah pada waktu malam.

Published by
Roselinda