Nampaknya artikel MASKULIN tentang kebaikan senaman jump rope mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada anda pembaca setia. Benarlah telahan kami bahawa jump rope merupakan aktviti kecergasan yang menjadi trend popular masa kini.
MASKULIN tertarik dengan beberapa komen di ruangan Facebook bertanyakan jenis-jenis jump rope yang ada di pasaran. Untuk menjawab persoalan anda, MASKULIN kongsikan beberapa jenis jump rope yang boleh anda pilih bersesuaian dengan jenis senaman yang ingin dilakukan.
Pertama sekali, sebelum membeli jump rope anda perlu mengukur kemampuan sendiri. Adakah anda seorang beginner atau mungkin sudah advance dan mahu sesuatu yang lebih mencabar?
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa jenis jump rope.
Ini merupakan jenis tali jump rope yang paling asas. Kebiasaannya ia dijual pada harga tidaklah mahal dan paling murah dalam semua kategorinya. Basic jump rope mempunyai tali yang lebih tebal berbanding speed jump rope namun ia lebih ringan berbanding weight jump rope.
Jenis basic ini juga biasanya diperbuat daripada bahan plastik PVC dan pemegangnya pula dari getah atau foam untuk membantu genggaman baik.
Sesuai dengan namanya speed jump rope digunakan untuk aktiviti lompatan yang lebih laju. Ia merupakan jenis jump rope yang paling ringan dan digunakan bagi aktviti pantas. Kebanyakan speed jump rope diperbuat daripada cord vinyl dan dihasilkan untuk kegunaan indoor.
Ia bagi mengelakkan berlakunya kerosakan apabila bergesel dengan permukaan keras seperti jalan tar atau permukaan berbatu. Bagi anda yang ingin melakukan lompatan dengan pergerakan pantas, inilah jump rope paling sesuai.
Weighted jump rope dihasilkan untuk anda yang ingin meningkatkan kekuatan bahu dan tangan. Dengan berat tambahan yang terdapat pada jump rope, ia memberikan beban yang lebih berat lalu memerlukan lebih banyak tenaga.
Selain itu, ia juga mempunyai resistance tambahan dan cukup digemari oleh pengamal aktiviti jump rope yang berpengalaman dan ingin membina kekuatan otot. Ia mungkin lebih perlahan namun memberikan cabaran yang maksima kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Beaded jump rope juga dikenali sebagai segmented jump rope juga boleh digunakan oleh mereka di peringkat beginner. Walau bagaimanapun ia lebih sinonim digunakan untuk aktiviti lompatan yang mempunyai ritma kerana bunyi yang dihasilkan.
Talinya mempunyai nylon inner cord dan beratnya juga adalah sederhana sahaja. Ia boleh digunakan untuk aktiviti indoor dan juga oudoor.
Kesimpulannya gunakan jump rope yang sesuai dengan kemampuan fizikal atau jenis aktiviti anda. Selamat bersenam!