Berbeza dengan kaum wanita, aksesori untuk lelaki tidaklah banyak seperti mereka. Bagi wanita mereka boleh menyerlahkan personaliti menerusi pelbagai aksesori seperti gelang, rantai, cekak rambut, skarf dan pelbagai lagi.
Lelaki pula tak banyak pilihan. Dan satu-satunya aksesori yang paling biasa untuk lelaki ialah jam tangan.
Jika dulu jam tangan membawa fungsi sebagai pemberitahu waktu kini jam tangan lelaki sudah membawa pelbagai fungsi untuk pelbagai acara atau aktiviti.
Kelas-kelas jam seperti jam mewah, jam kasual, jam digital, jam pintar dan jam khusus buat aktiviti senaman atau larian kini ditawarkan dengan cukup banyak di pasaran.
Jika anda ingin membeli jam tangan terdapat beberapa perkara penting yang harus anda ambil kira.
Sekiranya rutin harian anda lebih kepada business casual, maka jam tangan kasual sesuai untuk anda. Namun, jika anda seorang eksekutif yang kerap menghadiri majlis-majlis maka dress watch pilihan anda.
Sebelum mahu membeli jam, pastikan anda mempunyai bajet yang mencungkupi. Jumlah wang penting untuk menentukan sama ada anda boleh membeli jam yang berjenama besar atau sebaliknya.
BACA: Senarai Kedai Gunting Hipster Di Lembah Klang Yang Boleh Anda Cuba
Kenali kriteria jam yang anda inginkan. Adakah anda tercari-cari jam analog atau jam digital? Adakah anda memerlukan tarikh dan jam loceng? Memilih jam bukan sekadar melihat pada jenama dan harga saja tetapi beberapa faktor lain.
Jika anda sudah memikirkan jenama, ia memudahkan masa pencarian di gedung beli belah jam nanti. Namun, jika anda tidak mempunyai idea untuk memilih jenama apa yang digemari, rujuk majalah dan Internet untuk perkembangan jenama terkini.
Adalah penting untuk mengetahui jangka hayat jam yang mahu dibeli. Biasanya jam tahan lama boleh membantu anda lebih berjimat kerana anda tidak perlu membeli banyak jam setiap kali rosak. Misalnya, jam yang banyak dijual di pasar malam cepat kehabisan bateri dan akan membuatkan anda kerap membeli jam lagi.
Jam tiruan yang kononnya terdiri dari jam berjenama semakin banyak terjual di kedai-kedai dan pasaraya. Sebaiknya, anda perlu membeli di syarikat atau pengedar yang mempunyai nama yang baik. Jika anda mampu, adalah lebih baik anda memilih satu jam yang terkenal.