Sebelum Balik Kampung, Ingat Untuk Ambil Langkah Keselamatan Ini Bagi Elak Penularan Covid-19

Share

Sejak semalam sudah ramai anak perantauan mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan perayaan Hari Rya Aidil Adha. Memandangkan ramai yang tidak dapat pulang pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu disebabkan PKP, ramai yang akan pulang ke kampung.

Namun dalam tempoh beberapa hari lalu terdapat peningkatan kes Covid-19 yang cukup merisaukan. Kerajaan telah mengumumkan SOP untuk sambutan perayaan dan majlis korban pada tahun ini.

Selain mematuhi SOP itu, kita juga harus sentiasa peka dan tidak leka untuk terus mengamalkan penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri. Ikuti langkah berikut untuk kesejahteraan bersama.

1. Periksa Kondisi Kesihatan

Pastikan anda dan sekeluarga memantau kesihatan diri masing-masing sebelum pulang ke kampung. Periksa suhu badan dan jika ada yang kurang sihat dengan simptom seperti demam dan batuk, tangguhkanlah dahulu niat pulang ke kampung.

2. Jangan Bergegas Peluk Mak Ayah

Sebagai anak semestinya anda mahu memohon restu dan kemaafan selepas tidak dapat melakukannya di pagi Raya. Namun usah terlalu teruja. Jangan bergegas dahulu memeluk, mencium dan bersalaman dengan mereka. Sebaliknya pastikan diri anda dibersihkan dahulu.

3. Sentiasa Pastikan Hand Sanitizer Ada

Amalan sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair sanitasi perlu diteruskan. Sentiasa bawa cecair pencuci sanitasi ke mana sahaja anda pergi.

Teruskan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.

4. Bila Sampai Mandi & Bersihkan Diri Dahulu

Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas anda perlu membersihkan dahulu diri sebelum melakukan kontak dengan ibu bapa. Bila sampai pastikan anda dan keluarga membersihkan diri dahulu. Cuci pakaian yang dipakai dengan segera atau rendam dalam air sabun.

5. Rancang Waktu Perjalanan Sebaiknya

Bagi mengelakkan anda terperangkap dalam kesesakan luar biasa, rancanglah perjalanan dengan sebaiknya.

6. Jangan Berhenti Lokasi Terlalu Ramai Orang

Melakukan perjalanan jauh dengan menaiki kereta pastinya memenatkan dan memerlukan untuk anda berhenti rehat. Tapi buat masa sekarang anda perlu elak berhenti di lokasi yang ramai orang.

7. Sentiasa Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Walau di mana sahaja anda berada tidak kiralah ketika dalam perjalanan atau sudah berada di kampung sentiasa patuhi segala SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan.

8. Penjarakan Sosial 1 Meter

Walaupun kadar jangkitan sudah menurun namun usah lalai dan teruskan melakukan penjarkan sosial.

9. Elak bersalaman dan letak tangan di dada

Selain penjarakan sosial anda juga harus elak daripada melakukan sentuhan dengan orang lain seperti bersalaman atau berpelukan. Cukup sekadar meletakkan tangan ke dada sebagai tanda hormat.

10. Usah terlalu terburu-buru dan teruja

Biar lambat asal selamat. Usahlah terlalu teruja dan terburu-buru. Patuhi segala undang-undang jalan raya dan sampailah ke kampung dengan selamat.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim