Ramai yang akan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidil Adha esok.
Tapi sebelum itu anda haruslah servis kereta dengan sebaiknya agar perjalanan lancar dan tak terganggu.
Antara komponen kereta yang kita sangka sangat simple tapi bila ia rosak memang boleh buat kita rasa nak hempuk kepala sendiri adalah bateri.
BACA: Selain Jangan Pakai Pewangi Gel, Ini 4 Sebab Anda Wajib Tutup Tingkap Kereta
Bayangkan anda nak cepat tapi bila kereta dihidupkan ia tak mahu hidup. Bila dipulas kunci akan keluar bunyi pelik.
Itu maknanya bateri anda telah kong atau rosak! Sebagai pemilik kenderaan anda harus sentiasa menjaga dan servis bateri kereta setiap masa.
Jadi apa fungsi bateri kereta? Dalam bahasa mudah ia membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Selain itu ia juga menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.
Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :
Ikuti tip yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta:
Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.
Pastikan air bateri mencapai tahap bawah sedikit dari maksimum. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.
BACA: 12 Tip Servis Kereta Yang Wajib Anda Tahu!
Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.
Cara untuk membersihkan terminal bateri;
Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.
Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri.
Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.