
Ini senaman yang boleh anda lakukan setiap pagi. Memandangkan hari ini hari raya, apa kata sebelum anda makan lemang ketupat rendang yang terhidang di atas meja tu, anda lakukan senam ringan ini kejap. Sekurang-kurangnya tak ada lah anda rasa bersalah sangat apabila anda telan semua makanan yang penuh dengan kalori itu.
- Push up
Kami nasihatkan anda luangkan masa 2 minit untuk lakukan senaman ini. Anda pun tahu kelebihan push up kan? Ia dapat membantu mengurangkan lemak di perut dan kuatkan otot pada lengan. Untuk beri efek yang menarik pada gambar OOTD anda pump sedikit badan anda. Baru banyak like!
- High knee
Sebelum anda mandi solat sunat hari raya, apa kata anda lakukan senaman ini sebanyak 3 set dengan 15 rap. High knee boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak berpanjangan walaupun anda sudah habis solat sunat hari raya. Walaupun hari raya, dan memasukkan kalori yang banyak, dalam masa yang sama, anda teleh mengeluarkan lemak juga. Tak lah ralat sangat.
- Burpees
Senaman ini berfungsi sama seperti High Knee. Ia dapat meningkatkan metabolisme di samping membakar lemak secara berpanjangan. Jadi jika anda tengah makan rendang pun, lemak anda masih terbakar.
- Squats
Senaman ini anda boleh lakukan masa mandi. Ataupun masa tunggu mak atau isteri nak hidangkan ketupat rendang. Ambil masa sikit untuk anda bersenam. Tak banyak pun dalam 30 rap dah cukup.
Senang kan senaman-senaman ni! Selamat mencuba. Makan tu baik-baik ye, jangan makan banyak sangat. Kata nak kurus!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Esoklah Aku Diet!


2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.
5. Ambil sarapan setiap hari.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
7. Makan malam dengan tenang.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerap Makan Menggunakan Pelapik Plastik, Punca Kanser Semakin Menjadi-Jadi

Plastik adalah polimer organik yang mempunyai jisim molar (molar mass) yang tinggi. Biasanya plastik diperbuat secara sintetik daripada bahan petrokimia.
Penggunaan plastik kini adalah sangat meluas bagi menggantikan bahan yang diperbuat daripada kayu, batu, kulit, metal, kaca dan seramik terutamanya perabot (kerusi, meja plastik), bekas makanan dan minuman, paip air, alat tulis dan sebagainya disebabkan kos pengeluaran yang lebih murah dan sifatnya yang tidak mudah pecah/retak/patah. Antara jenis-jenis plastik yang digunakan secara meluas adalah polycarbonate (PC), polyester(PES), polyethylene (PE), polyvinyl chloride (PVC) dan polystyrene (PS).
Pembungkus plastik, botol air pakai-buang (disposable), botol susu bayi dan cawan (rujuk Gambar 1) biasanya mengandungi bisphenol A (BPA), sejenis bahan kimia berbahaya yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik seperti polycarbonate dan epoxy resins seperti glu/gam dan saduran (coating).
BPA mampu bertindak sebagai oestrogen yang berpaut pada reseptor yang sama di dalam badan dan memberi kesan buruk kepada hormon dan sistem reproduksi (reproductive system) dan kesuburan (fertility) [1]. BPA mampu ‘larut’ (leach) dari plastik ke dalam makanan dan minuman melalui air.
Dah ada negara yang haramkan penggunaannya tak?
Disebabkan bahaya dan kesan buruk BPA kepada kesihatan dan susulan daripada tekanan masyarakat awam (public pressure), beberapa negara telah mengharamkan penggunaan BPA dalam pembuatan plastik seperti negara-negara Kesatuan Eropah (European Union) bermula pada tahun 2011. Tambahan lagi, meskipun tiada kajian sains mendapati BPA sebagai penyebab kanser, tetapi ia telah diklasifikasikan sebagai bahan yang berisiko tinggi yang menyebabkan kanser (high risk to be carcinogen).
Gambar 1. Botol air dan botol susu yang biasanya mengandungi BPA
Ada tak pengganti kepada BPA?
Susulan daripada pengharaman BPA (rujuk Gambar 2) di beberapa buah negara, kajian telah dilakukan untuk menggantikan BPA dengan bahan lain. Salah satu pengganti BPA adalah fluorene-9-bisphenol (BHPF). Tetapi malangnya, kajian juga mendapati BHPF juga bertindak sama seperti BPA – iaitu berpaut pada reseptor oestrogen dalam badan.
Jianying Hu (Peking University, Beijing) mendapati dalam 100 orang pelajar kolej yang minum air daripada botol plastik, 7 orang pelajar mempunyai BHPF yang dikesan di dalam darah mereka
Hu juga menasihatkan agar mengurangkan penggunaan bekas makanan dan minuman plastik seboleh mungkin dan mengelakkan meletak bekas plastik di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan alat pembasuh pinggan mangkuk (dishwasher) kerana bekas plastik bertindak balas (degrade) apabila dikenakan haba.
Walaupun terdapat pelbagai jenis plastik dan bukan semua plastik berbahaya, produk plastik mengandungi pelbagai jenis bahan tambahan (additives) yang digunakan untuk mengukuhkan dan memberi spesifikasi pada plastik. Maka, langkah pencegahan untuk mengurangkan penggunaan plastik wajar digalakkan.
Meskipun produk plastik itu dikatakan selamat, tetapi masih berpontesi memberi bahaya dan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya, vinyl chloride yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik polyvinylchloride(PVC) dan styrene sebagai monomer untuk plastik polystyrene. Vinyl chloride dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser otak, paru-paru dalam limpa manakala sytrene dikenali sebagai bahan bersifat neurotoxic.
Tindakan Masyarakat Awam
- Mengurangkan penggunaan plastik seminimum mungkin. Beg plastik yang digunakan untuk ke pasar, supermarket boleh digantikan dengan beg kain untuk mengisi buah-buahan atau makanan.
- Menggunakan pinggan dan gelas / cawan kaca atau seramik semasa makan bagi menggantikan pinggan dan cawan plastik.
- Kurangkan membungkus makanan menggunakan bekas plastik. Boleh gunakan kertas pembalut makanan untuk membalut makanan. Atau bagi yang lebih tradisional, boleh menggunakan daun pisang seperti membalut nasi lemak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
11 Idea Resepi Air Detoks Untuk Buang Toksin , Kesannya Pasti Kempis & ‘Flat’ Punya Perut Tu Dalam Seminggu!

Perut Buncit Tu Seksi? Emmm…tidak semua berpendapat macam tu kot. Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten.
Tips paling mudah untuk mendapatkan perut yang lansing dan sistem penghadaman yang lancar ialah dengan pengambilan air kosong yang mencukupi. Air kosong atau air putih punya ‘kuasa’ untuk mengeluarkan segala sisa toksik dan paling hebat ia juga punca hidrasi paling selamat dan menyerap segala nutrisi hasil dari makanan. Tapi bosan bukan kalau asyik kerap minum air kosong sahaja? Untuk menambah rasa atau menyedapkan lagi pengambilan air, Maskulin kongsikan 11 idea menarik nak buat air detoks ni
RESEPI AIR DETOX
Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:
1. GRAPEFRUIT + TIMUN + LEMON + LIMAU NIPIS + DAUN PUDINA
Campurkan ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.
Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.
2. KIWI + STRAWBERI

Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.
3. EPAL MERAH / HIJAU + KULIT KAYU MANIS
Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.
Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia.
4. STRAWBERI + TEMBIKAI
Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.
Sejukkan antara 4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.
5. CUKA EPAL + LEMON + KAYU MANIS
Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera makan.
6. GEL ALOE + LEMON
Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu memudahkan penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.
7. HALIA + LEMON
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air.
Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.
8. LEMON + LIMAU NIPIS, OREN + TIMUN + HALI + DAUN PUDINA
Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½ biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.
9. STRAWBERI + NANAS + CUKA EPAL + DAUN BASIL
Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.
Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa stress.
10. TEMBIKAI
Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan disimpan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan minum apabila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.
11. LEMON
Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.
Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.
Masukkan air terlebih dahulu dalam jag, diikuti dengan bahan yang ingin digunakan. Gabungan bahan akan cepat sebati.
Apabila disejukkan dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama, rasanya lebih sedap dan tanpa sedar anda telah pun menghabiskan satu jag!
Tidak semestinya anda perlu mengguna gabungan bahan yang telah disenaraikan di atas. Pilihlah mengikut cita rasa dan kesesuaian diet serta bajet anda. Yang penting amalkannya berterusan bersama senaman yang betul dan in shaa Allah, bukan anda sahaja merasai perubahan malah orang sekeliling akan memuji bila buncit diperut tu hilang.
Pastinya, air detox ini tidak mengandungi kalori apatah lagi menggemukkan. Jadi, ucapkan Selamat Tinggal pada air berkarbonat!
Sumber : Siraplimau
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI