Tidak semua orang tahu secara mendalam tentang apa yang terkandung di bawah bonet hadapan kereta namun stidak-tidaknya sebagai pemilik kereta, pengguna, pemandu atau lelaki anda perlu tahu asas beberapa tip servis kereta.
Ya, tidak semua orang mahir tentang kereta tetapi untuk kesenangan anda dan juga mengelakkan diri daripada ditipu eloklah anda tahu asas servis kereta.
Jangan pula nanti anda mengeluh bila sudah kena ‘ketuk’ dengan bengkel yang cuba ambil kesempatan mengenakan harga yang tak masuk akal. Jadi sebagai lelaki ambillah tahu serba sedikit tentang hal penjagaan asas tentang komponen dan servis kereta. Untuk kesenangan anda juga di masa akan datang.
TIMING BELT
Jadual menukar timing belt berbeza mengikut jenis kereta. Kereta sedan yang besar biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV pula sehingga 160,000km. Jadi, anda hanya perlu menukar timing belt mengikut kenderaan.
Ramai yang tersilap menukarnya bila sudah mencecah 60,000km sedangkanbesar kemungkinan ia masih elok lagi. Namun haruslah diperiksa dari semasa ke semasa.
MINYAK HITAM
Perkara yang simple tapi sangat penting iaitu minyak hitam. Jika minyak hitam jenis bukan sintetik, anda perlu ditukar pada setiap 5,000km ataupun selama tiga bulan. Jika anda guna minyak sintetik, waktu untuk ditukar adalah di antara 7,500km hingga 10,000km.
Oil filter atau penapis minyak biasa perlu ditukar selepas 5,000km manakala oil filter sintetik ditukar apabila menjangkau 10,000km. Biasanya bila menukar minyak enjin, korang disyorkan juga tukar oil filter.
Ads
SPARK PLUG
Satu perkara anda perlu tahu ialah menukar spark plug tidak sekerap minyak hitam. Mengikut jadual buku selenggaraan, ia harus ditukar selepas setiap 20,000km perjalanan.
Tetapi, jika tak tukar bila mencecah 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera.
BATERI KERETA
Jangka hayat sebuah bateri kereta bergantung kepada cara penggunaan. Jika pakai bateri jenis free maintenance, anda tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya sedikit mahal daripada yang biasa.
Jika bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. Tapi jika asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun boleh rosak.
Ads
AIR FILTER
Penapis udara atau air filter pula perlu ditukar setiap perjalanan mencecah 20,000km.
ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu. Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.
GEAR OIL (KERETA MANUAL)
Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.
Ads
MINYAK GEAR
Kalau kereta manual, setiap 40,000km atau kurang 5 tahun, bolehlah tukar minyak gear ini. Juga boleh ditukar apabila saat menukar gear rasanya seperti agak ketat. Untuk kereta auto, minyak gear ATF perlu ditukar setiap 20,000km perjalanan.
BRAKE FLUID & POWER STEERING FLUID
Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.
RADIATOR COOLANT
Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.
WATER PUMP
Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekali gus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi antara punca Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz dan motosikal Honda CB350RS keluaran 2024.
Panggilan semula itu dibuat kerana tidak mematuhi peraturan spesifikasi ditetapkan yang melibatkan sebanyak 3,722 buah kenderaan.
2,518 kereta Perodua Alza 1500 x (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT), 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV mempunyai masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi
Sementara 65 motosikal Honda CB35ORS pula berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), ‘traction control‘ dan meter had laju tidak tepat.
Difahamkan mana-mana komponen terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos ditanggung pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.
Pemilik-pemilik kenderaan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan Perodua dan Boon Siew Honda berdekatan berhubung proses pemanggilan semula.
Tiada angin, tiada ribut kereta anda tiba-tiba ada bau hangit dan kemudian berasap. Lampu suhu indikator pula menyala merah. Enjin kereta rupanya berasap dan bermasalah!
Ya, sebenarnya enjin kereta anda sudah overheat! Tapi tahukah anda sebenarnya kondisi kereta atau enjin kereta menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Foto: emanualonline.com
JADI APA MASALAHNYA?
Berikut merupakan beberapa masalah enjin kereta yang boleh anda kenal pasti.
Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
Motor kipas rosak atau bermasalah
Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch
Radiator bocor
Radiator tersumbat
Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
Masalah termostat
Drive belt kendur, rosak atau putus
Pam air bocor, rosak atau tidak berfungsi
Core plugs bocor
Laluan air atayu coolant di dalamnya tersumbat
PERKARA PENTING
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Foto: reliableautomotive.com
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat.
Dalam kesimpulannya, masalah enjin overheat bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Ia boleh mengakibatkan kerosakan serius kepada komponen enjin dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Oleh itu, pemilik kenderaan perlu sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal masalah ini, seperti jarum suhu yang meningkat, asap putih dari ekzos, atau bau terbakar.
Penyelenggaraan berkala, seperti menukar cecair penyejuk dan memastikan sistem penyejukan berfungsi dengan baik, adalah langkah-langkah pencegahan yang penting.
Dengan cara ini, kita dapat memastikan kenderaan beroperasi dengan lancar dan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai pemandu, sudah semestinya anda ingin lakukan apa yang terbaik bagi melindungi kereta daripada berdepan kersoakan terutamanya pada bahagian enjin. Ia sekali gus boleh mengelakkan anda berdepan masalah untuk membaikinya yang daripada mengeluarkan belanja yang mungkin jumlahnya boleh buat poket anda kering.
Jika anda tidak mahu gear kereta auto anda rosak, ada beberapa tabiat pemanduan perlu anda elak.
ENJIN DIHIDUPKAN DENGAN BETUL
Kebiasaannya kereta AUTO ada enam ‘step’ gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,
a) ON suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke ‘N’, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di ‘N’ sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
TIP ‘STEP 2’
Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau ‘satu nafas’ sahaja.
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.
ELAK JALAN BERBUKIT
Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland). Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakannya seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
JANGAN AGRESIF & KASAR
Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.