Sebagai Lelaki Ini Beberapa Jenis Servis Kereta DIY Perlu Anda Tahu

Share

Sudah berapa lama anda belajar bawa kereta? Dan sudah berapa lama anda memiliki kereta.

Cuba tanya diri sendiri berapa banyak jenis servis kereta yang andaboleh lakukan sendiri?

Tidak semua orang tahu secara mendalam tentang apa yang terkandung di bawah bonet hadapan kereta namun stidak-tidaknya sebagai pemilik kereta, pengguna, pemandu atau lelaki anda perlu tahu asas beberapa tip servis kereta.

Ya, tidak semua orang mahir tentang kereta tetapi untuk kesenangan anda dan juga mengelakkan diri daripada ditipu eloklah anda tahu asas servis kereta.

Jangan pula nanti anda mengeluh bila sudah kena ‘ketuk’ dengan bengkel yang cuba ambil kesempatan mengenakan harga yang tak masuk akal.

Berikut MASKULIN kongsi 12 tip servis asas yang perlu anda tahu!

SPARK PLUG

Satu perkara anda perlu tahu ialah menukar spark plug tidak sekerap minyak hitam. Mengikut jadual buku selenggaraan, ia harus ditukar selepas setiap 20,000km perjalanan. Tetapi, jika tak tukar bila mencecah 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark

plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera.

MINYAK HITAM

Perkara yang simple tapi sangat penting iaitu minyak hitam. Jika minyak hitam jenis bukan sintetik, anda perlu ditukar pada setiap 5,000km ataupun selama tiga bulan. Jika anda guna minyak sintetik, waktu untuk ditukar adalah di antara 7,500km hingga 10,000km.

BACA: 7 Tip Nak Bagi Aircond Sejuk & Tahan Lama, Start Dengan ‘Low’ Antaranya!

BATERI KERETA

Jangka hayat sebuah bateri kereta bergantung kepada cara penggunaan. Jika pakai bateri jenis free maintenance, anda tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya sedikit mahal daripada yang biasa. Jika bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. Tapi jika asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun boleh rosak.

Car photo created by standret – www.freepik.com

TIMING BELT

Jadual menukar timing belt berbeza mengikut jenis kereta. Kereta sedan yang besar biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV pula sehingga 160,000km. Jadi, anda hanya perlu menukar timing belt

mengikut kenderaan. Ramai yang tersilap menukarnya bila sudah mencecah 60,000km sedangkanbesar kemungkinan ia masih elok lagi. Namun haruslah diperiksa dari semasa ke semasa.

PENAPIS MINYAK

Oil filter atau penapis minyak biasa perlu ditukar selepas 5,000km manakala oil filter sintetik ditukar apabila menjangkau 10,000km. Biasanya bila menukar minyak enjin, korang disyorkan juga tukar oil filter.

AIR FILTER

Penapis udara atau air filter pula perlu ditukar setiap perjalanan mencecah 20,000km.

Car photo created by jcomp – www.freepik.com

ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu. Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.

GEAR OIL (KERETA MANUAL)

Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

BRAKE FLUID & POWER STEERING FLUID

Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.

RADIATOR COOLANT

Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.

WATER PUMP

Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekali gus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan.

MINYAK GEAR

Kalau kereta manual, setiap 40,000km atau kurang 5 tahun, bolehlah tukar minyak gear ini. Juga boleh ditukar apabila saat menukar gear rasanya seperti agak ketat. Untuk kereta auto, minyak gear ATF perlu ditukar setiap 20,000km perjalanan.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim