“Takkan pandai bawa je kereta tu bro”
Itu benda biasa yang kita dengar dari mulut rakan-rakan yang suka menyakat seseorang yang ‘buta kayu’ dalam hal penjagaan dan servis kereta.
Tapi…
Tidak semua orang tahu secara mendalam tentang apa yang terkandung di bawah bonet hadapan kereta namun stidak-tidaknya sebagai pemilik kereta, pengguna, pemandu atau lelaki anda perlu tahu asas beberapa tip servis kereta.
Ya, tidak semua orang mahir tentang kereta tetapi untuk kesenangan anda dan juga mengelakkan diri daripada ditipu eloklah anda tahu asas servis kereta.
Jangan pula nanti anda mengeluh bila sudah kena ‘ketuk’ dengan bengkel yang cuba ambil kesempatan mengenakan harga yang tak masuk akal.
Berikut MASKULIN kongsi 12 tip servis asas yang perlu anda tahu!
Satu perkara anda perlu tahu ialah menukar spark plug
tidak sekerap minyak hitam. Mengikut jadual buku selenggaraan, ia harus ditukar selepas setiap 20,000km perjalanan. Tetapi, jika tak tukar bila mencecah 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera.Perkara yang simple tapi sangat penting iaitu minyak hitam. Jika minyak hitam jenis bukan sintetik, anda perlu ditukar pada setiap 5,000km ataupun selama tiga bulan. Jika anda guna minyak sintetik, waktu untuk ditukar adalah di antara 7,500km hingga 10,000km.
BACA: 7 Tip Nak Bagi Aircond Sejuk & Tahan Lama, Start Dengan ‘Low’ Antaranya!
Jangka hayat sebuah bateri kereta bergantung kepada cara penggunaan. Jika pakai bateri jenis free maintenance, anda tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya sedikit mahal daripada yang biasa. Jika bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. Tapi jika asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun boleh rosak.
Jadual menukar timing belt berbeza mengikut jenis kereta. Kereta sedan yang besar biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV pula sehingga 160,000km. Jadi, anda hanya perlu menukar timing belt
mengikut kenderaan. Ramai yang tersilap menukarnya bila sudah mencecah 60,000km sedangkanbesar kemungkinan ia masih elok lagi. Namun haruslah diperiksa dari semasa ke semasa.Oil filter atau penapis minyak biasa perlu ditukar selepas 5,000km manakala oil filter sintetik ditukar apabila menjangkau 10,000km. Biasanya bila menukar minyak enjin, korang disyorkan juga tukar oil filter.
Penapis udara atau air filter pula perlu ditukar setiap perjalanan mencecah 20,000km.
Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu. Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.
Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.
Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.
Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.
Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekali gus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan.
Kalau kereta manual, setiap 40,000km atau kurang 5 tahun, bolehlah tukar minyak gear ini. Juga boleh ditukar apabila saat menukar gear rasanya seperti agak ketat. Untuk kereta auto, minyak gear ATF perlu ditukar setiap 20,000km perjalanan.