Sebab-Sebab Utama Mengapa Rutin Senaman Anda Jadi Gagal

Share

Sebenarnya kondisi seperti ini banyak berlaku kepada ramai orang. Walaupun ia tidfaklah banyak namun jika ia berlaku pasti boleh meruntuhkan motivasi anda yang berpenat lelah melakukan senaman.

Tapi bila berdiri di atas mesin penimbang langsung tiada perubahan. Atau bila lihat keadaan otot tiada sebarang perkembangan. Begitu juga dengan tahap stamina badan yang langsung tak berubah.

Ya, ia akan benar-benar memberikan kesan terhadap mental anda!

Bayangkan anda melakukan latihan senaman bagai nak rak tapi badan masih sama tiada sebarang perubahan! Ya, jika perkara ini berlaku memang boleh buat sesiapa sahaja sakit hati. Dan secara tak langsung boleh menjejaskan motivasi untuk terus melakukan latihan senaman.

Tapi anda tahu mungkin tak tahu sebenarnya ia berlaku di atas kesilapan anda sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan senaman anda tidak berkesan. Anda nak tahu apakah yang boleh menyebabkan perkara seperti itu berlaku?

Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!

REHAT MENCUKUPI

Tahukah anda, manusia memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bergantung kepada aktiviti harian anda. Bagi mereka yang sangat aktif pasti memerlukan rehat yang cukup. Hampir 90 peratus tubuh badan kita akan mengalami proses pemulihan otot semasa kita dalam keadaan tidur. Mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan merencatkan tumbesaran otot dan sebagainya.

NUTRISI

Pemakanan yang sihat membantu dalam meningkatkan prestasi anda. Anda perlu bijak merancang pemakanan anda secara seimbang. Walaupun anda bukanlah seorang atlit profesional, anda perlu mengamalkan rentak pemakanan yang seimbang dan berkualiti.

BACA: Kembalikan Bentuk Six-Pack Selepas Raya Dengan Senaman Plank Efektif

ATUR PROGRAM

Anda perlu juga bijak mengatur latihan anda. Di samping itu, anda perlu mempelbagaikan bentuk latihan dari segala aspek termasuklah latihan kardiovaskular dan latihan regangan. Sekiranya anda hanya fokus hanya pada satu bentuk latihan, anda telah meninggalkan aspek penting untuk kekal cergas.

Kemungkinan anda mempunyai badan yang sasa tetapi anda tidak cergas dari aspek kardiovaskular. Anda juga perlu menyeimbangkan latihan anda dengan melatih kesemua otot anda. Ketidakseimbangan otot boleh mengakibatkan kecederaan pada jangka masa panjang.

GUNA STRATEGI

Latihan anda perlu ada peningkatan dari segi bebanan dan pengulangan. Latihan anda perlu diubah setiap 6 hingga 8 minggu bagi memberi keserasian dan menambah impak yang lebih efektif kepada tubuh badan anda.

PROSES REGANGAN

Aktiviti regangan penting bagi mempercepatkan pemulihan otot dan sendi di samping meningkatkan julat pergerakan (ROM). Secara amnya, kita tahu bahawa mereka yang mempunyai otot yang begitu sasa, sukar untuk melakukan regangan. Hal ini kerana mereka jarang melakukan aktiviti regangan. Dari masa ke masa, mereka yang kurang melakukan aktiviti regangan ini akan terdedah kepada kecederaan otot dan sendi.

SENAMAN KARDIO

Latihan ini sangat penting bagi menyokong latihan bebanan tetapi tidak diperlukan dengan kerap kerana ini akan melambatkan tumbesaran otot anda. Cukup sekadar melakukan latihan kardiovaskular 2 hingga 3 kali seminggu selama 30 minit. Selain itu juga, anda boleh menerapkan latihan ini ke dalam latihan circuit dan crossfit.

Published by
Farizul Izwany