Melawat orang sakit adalah satu amalan yang cukup diharuskan oleh agama Islam. Selain mengeratkan silatulrahim, ia juga boleh memberi semangat kepada orang yang sakit bahawa ada orang yang ambil berat tentang mereka.
Melawat pesakit juga boleh memberikan motivasi yang baik untuk mereka cepat sembuh dan menempuhi apa jua jenis rawatan.
Namun jika anda perasan boleh dikatakan semua hospital tak membenarkan kanak-kanak masuk ke wad untuk turut sama melawat pesakit.
Mungkin anda tertanya-tanaya mengapakan pihak hospital begitu tegas melarang kanak-kanak memasuki ke wad. Sebuah posting yang dikongsi oleh Public Healh Malaysia di Facebook menerangkan sebab-sebab yang mungkin selama ini anda tak tahu.
Jadi mengapa kanak-kanak tak dibenarkan melawat orang sakit di hospital? Ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah;
Seorang pesakit yang terlantar sekian lama, di label “MRSA”, yang membawa maksud – kuman yang tidak boleh dirawat dengan pelbagai jenis antibiotik.
Satu pesakit yang diletakkan di katil belakang wad merupakan pesakit TB yang rintang dengan ubat anti TB.
JANGAN CARI PENYAKIT
Bayangkan dengan persekitaran sebegini, anak anda berlari lari, menyentuh barangan yang tercemar dan masukkan tangan ke mulut.
Ini namanya, “mencari penyakit”
LANGKAH KESELAMATAN DIRI
Sekiranya anda bercadang untuk membawa anak anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit, fikirkan semula.
Hospital merupakan tempat rawatan untuk pesakit dengan pelbagai jenis penyakit. Anda tidak tahu apa kuman yang ada di persekitaran hospital.
Sekiranya anda sendiri melawat pesakit ke hospital, pastikan tangan anda di cuci sebelum meninggalkan hospital.
Mandi dan basuh pakaian anda sebaik tiba di rumah.
SEBAB MENGAPA KANAK-KANAK DILARANG LAWAT PESAKIT DI HOSPITAL
- Kanak-kanak mempunyai ketahanan badan yang lebih rendah daripada kita orang dewasa. Jadi amat berisiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit.
- Hospital itu sendiri dipenuhi dengan pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai jenis jangkitan dan komplikasi.
- Kanak-kanak juga mudah terdedah untuk mendapat pelbagai jenis jangkitan.
- Jika tidak dikawal kanak-kanak boleh menggangu ketenteraman pesakit yang ingin mendapatkan rehat secukupnya.
BACA: “Luar Nampak Sihat Tapi Dalaman Lain Cerita”, 10 Petanda Awal Anda Sebenarnya Ada Penyakit
Jadi sekarang anda sudah tahu bukan mengapa pihak hospital begitu tegas melakukan larangan ini. Jadi sebaiknya jika ingin melawat orang sakit, anda bergilir-gilirnya dengan pasangan atau rakan yang turut sama pergi.
Atau lebih baik jangan bawa langsung kanak-kanak ke hospital semasa ingin melawat. Jangan biarkan mereka terdedah dengan pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI