Sebuah syarikat bumiputera, Ifcon Technology Sdn. Bhd. telah memperkenalkan perkhidmatan online SCRUT.

Perkhidmatan itu membolehkan orang ramai mendapat laporan asal dari Auction Japan terutamanya berkaitan kenderaan terpakai yang dieksport keluar dari negara Jepun.

SCRUT datang dari perkataan “scrutiny”, yang bermaksud kajian terperinci. Auction Japan pula ialah syarikat yang mengendalikan proses bidaan kenderaan terpakai Jepun dan ia memang menghasilkan laporan keadaan fikizal kenderaan sebelum ianya dibida.

Pembeli luar sukar dapat laporan asal

Untuk pembeli kenderaan recond, cara untuk mendapatkan laporan keadaan berkaitan kenderaan itu sukar untuk didapatkan dan hanya boleh dilakukan di Jepun, oleh agensi-agensi pembida.

Selalunya pembeli terpaksa percaya kepada jurujual, dan jurujual sendiri mengaku jumlah perbatuan yang ada pada kenderaan-kenderaan recond ini tidak begitu tepat.

Laporan kenderaan seperti Puspakom itu hanya mampu diakses oleh syarikat pembida berdaftar ketika sesi bidaan sahaja.

IKLAN

Laporan itu juga akan membantu klasifikasi tak rasmi kenderaan terpakai itu mengikut gred kesempurnaan – dari Gred A sehingga Gred E.

Pembeli Malaysia berpotensi ditipu

Masalah mula timbul apabila di Malaysia, pembeli tidak tahu status gred kenderaan secara rasmi dan tidak adil jika kenderaan Gred E dijual mengikut harga kenderaan Gred A.

Laporan yang dihasilkan oleh Auction Japan sangat lengkap – dari kedudukan calar pada badan kenderaan, dan keadaan kemalangan yang pernah berlaku pada kenderaan tersebut.

Dari apa yang kami lihat, di bawah ialah antara informasi yang akan anda terima berkaitan kenderaan recond Jepun yang diperiksa:

IKLAN

• Bulan dan tahun pendaftaran
• Nombor model dan varian
• Jarak perbatuan ketika dijual
• Pernah terbabit di dalam kemalangan atau tidak
• Jenis kemalangan (terbalik, terguling dan sebagainya)
• Enjin boleh dihidupkan atau tidak
• Tombol gear boleh digerakkan atau tidak
• Jenis kerosakan luaran akibat kemalangan
• Beg udara yang sudah meletup dan perlu diganti
• Puluhan gambar kenderaan
• Tempat terakhir kenderaan diservis

Untuk rakyat Malaysia yang mahu membeli laporan keadaan kenderaan terpakai Jepun ini, anda cuma perlu ke laman web SCRUT.my dan daftarkan diri anda.

Semakan jadi lebih mudah

Setiap laporan berharga 50 kredit dan kredit boleh dibeli menggunakan kad kredit atau debit (1 kredit bersamaan dengan RM1).

IKLAN

Masukkan nombor chasis kenderaan anda dan laporan akan dihantar melalu email kepada anda dalam tempoh 24 jam.

Versi SCRUT dalam bentuk aplikasi mobil untuk telefon pintar akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Ifcon Technology percaya perkhidmatan ini akan mampu membantu industri recond negara untuk menjual kenderaan-kenderaan yang lebih bermutu tinggi dengan harga yang berpadanan.

Dari segi pengguna, mereka akan mendapat nilai yang setimpal dengan harga yang dibayar.

Sumber : Careta

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI