Setiap tahun sering kita dengar tentang berita kemalangan yang menyayat hati melibatkan seluruh keluarga dalam kemalangan jalan raya. Ada antara kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dan tifak kurang juga disebabkan berlakunya kerosakan pada komponen kenderaan.

Antara yang selalu kita dengar ialah kegagalan brek berfungsi. Sedang memandu laju dan berada di kawasan selekoh tiba-tiba brek yang ditekan sekuat hati langsung tak makan. Pastinya sesiapapun akan panik jika perkara tersebut berlaku.

Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?

Sayangi Diri Anda & Famili, Ini Petanda Brek Kereta Perlu Ditukar Segera!

Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.

IKLAN

Bunyi yang dikeluarkan

Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).

Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada nahagian yang rosak.

IKLAN

Sayangi Diri Anda & Famili, Ini Petanda Brek Kereta Perlu Ditukar Segera!

Perlu ditekan dengan lebih kuat

Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.

IKLAN

Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.

Lampu peringatan

Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.

Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI