Jika anda pengguna tegar laman media Instagram, MASKULIN rasa anda pasti sudah terdegar tentang kontroversi melibatkan ikon fesyen popular tempatan, Wak Doyok yang dikatakan telah menggunakan lambang peribadi institusi diraja Johor.
Sebelum itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim telah menegur dan meminta penjelasan daripada Wak Doyok menerusi satu hantaran yang di muat naik di Instagram.
View this post on Instagram
@wakdoyok care to explain? This is against the law. Goodluck @carozofficial
Menerusi hantaran tersebut, Tunku Idris berkongsi foto sebentuk cincin yang menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor. Dan cincin tersebut dikatakan telah ditempah oleh Wak Doyok.
Buat pengetahuan semua, Johor telah mula menguatkuasakan Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaaan Tidak Wajar) Johor 2017.
Menerusi enakmen tersebut tindakan undang-undang terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah milik Diraja untuk tujuan pekerjaan, persendirian atau perdagangan boleh dikenakan.
Susulan daripada itu, Wak Doyok telah tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan.
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak sembah takzim dan mohon ampun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.
“Salam kemaafan saya panjatkan juga kepada bangsa Johor yang saya muliakan.
“Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta usrah Diraja,” jelasnya menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram kendaliannya.
Semoga selebriti dan sesiapa sahaja lebih berhati-hatio di masa akan datang agar tidak melakukan kesilapan sama.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI