Demam bola sepak kini kian melanda negara kita dengan kejayaan skuad Harimau Malaya melangkah ke final Piala AFF 2018. Rata-rata topik perbualan di kedai kopi, kafe hipster malah kantin sekolah pun pasti akan berlegar kepada keputusan dramatik yang berjaya diraih oleh skuad negara di Bangkok dua hari yang lalu.
BACA: “Video Itu Bukan Nak Perli Thailand, Tapi Sekadar Meraikan Kejayaan” -Safawi Rasid
Dan semalam, MASKULIN turut serta bersama media lain menyambut kepulangan wira-wira negara ini di KLIA untuk mendapatkan pendangan peribadi mereka tentang kejayaan ini.
Antara watak penting yang memainkan peranan cukup besar membawa skuad negara ke final bagi meraih piala paling berprestij di Asia Tenggara ialah Farizal Marlias.
Walaupun tidak diturunkan dalam beberapa perlawanan awal peringkat kumpulan namun Farizal menunjukkan prestasi cukup membanggakan. Perlawanan dramatik yang menyaksikan Thailand mendapat tendangan penalti pada saat-saat akhir masa kecederaan tidak sekalipun menggentarkan Farizal.
Ketika berdepan penalti itu, terpampang di kaca televisyen wajah penuh tenang Farizal sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. Bila MASKULIN bertanyakan hal itu Farizal menjelaskan ia adalah bacaan doa yang biasa dilakukan. Tambahnya lagi sebagai penjaga gol dia harus memberikan fokus dan tidak mempedulikan keadaan di dalam stadioum terutamanya bila bermain di tempat lawan.
“Perasaan memang agak kecewa juga sebab kita berikan sepakan penatlti saat akhir. Tpai itu perkara biasa dalam bola sepak. Penalti ini memang kadangkala hanya nasiblah. Mungkin sudah ditakdirkan Malaysia akan mara ke final. Alhamdulillah,” jelas penjaga gawang yang turut menjadi pemain JDT.
Untuk perlawanan akhir pula, Farizal memilih untuk bertemu dengan pasukan Vietnam yang sebelum ini menewaskan skuad negara ketika perlawanan peringkat kumpulan.
“Saya nak jumpa Vietnam. Sebab ini misi untuk revenge. Antara faktor kemenangan kami ialah kehadiran ‘ekor’ Harimau Malaya yang memberikan sokongan luar biasa kepada kami. Jujur saya katakan sokongan mereka memberikan suntikan semangat kepada kami. Kita jumpa lagi di Bukit Jalil!”
Nampaknya hasrat Farizal untuk bertemu dengan pasukan Vietnam telah menjadi kenyataan selepas pasukan itu mara ke final dengan menewaskan Filipina 2-1 dengan aggregat 4-2.
All the best buat Farizal dan Harimau Malaya! Ayuh, kita takluk Asia Tenggara!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI