“Saya Kotor Busuk, Ustaz Pakai Jubah” Ustaz Ebit Lew Kongsi Realiti Pemuda Gelandangan

Share

Kadangkala kita sering terlupa akan nikmat dan kesenangan hidup yang dikurniakan Allah. Setiap hari ramai antara kita tak perlu bersusah payah untuk makan dan tinggal di bawah bumbung yang selesa.

Namun hakikatnya masih ramai yang tidak bernasib baik. Hari demi hari dilalui diharungi dengan cukup sukar walapun untuk sekadar mengisi perut yang kosong. Apatah lagi tempat tinggal dan berteduh yang selsa dan selamat.

Jika anda merupakan seorang pengguna laman media sosial dan juga sering megikuti program keagamaan dan kemanusian pastinya nama Ustaz Ebit Lew cukup mesra di ingatan. Sering muncul dan berkongsi pengalamannya menyantuni pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan yang sering disishkan masyarakat merupakan kelebihan yang sering buat ramai orang kagum dengannya.

Ustaz Ebit Lew sering mengajak masyarakat untuk mengikuti cara hidup mengikut Nabi Muhammad SAW. Dengan sikap merendah diri dan sering turun padang menyantuni pelbagai lapisan dan golongan masyarakat membuatkan Ustaz Ebit Lew disegani ramai.

Foto hiasan

BACA: Wajibkah Pakaian Bundle Dibasuh Terlebih Dulu Sebelum Dipakai? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Terbaru beliau berkongsi tentang pertemuannya dengan seorang lelaki berusia 20 tahn yang tinggal seorang diri di bawah jambatan. Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini mendapat perkongsian yang cukup banyak dan cukup menginsafkan. Malah ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak muda yang diceritakan Ustaz Ebit Lew ini.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

TERUS SALAM CIUM TANGAN

Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu. Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia akan marah nanti.

Sekali dia tak marah. Bangun tidur terus salam cium tangan saya. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz. Saya tanya berapa lama kat sini. Dah 2 bulan. Dulu masa 2 tahun ikut ayah merantau kl ni. Sekarang duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah. Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun umurnya. Selalu jumpa anak muda dari kecil tiada siapa sangat dalam hidupnya. Tiada mak ayah. Tiada adik beradik. Takde sesiapa. Mula hidup di jalan dan lorong-lorong.

“BERDOSA RASA PADA ADIK”

Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini. Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah…Takper ustaz. Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa.

Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ.

TAK HENTI CAKAP TERIMA KASIH

Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya hadiahkan sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya. Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis

Antara reaksi warganet di perkongsian Ustaz Lew


Terima kasih Ustaz Ebit Lew di atas usahanya yang tak pernah kenal erti penat. Bertuah masyarakat kita mempunyai seseorang sepertinya yang sentiasa memperjuangkan mereka yang kurang bernasib baik.

Semoga perkongsian ini menginsafkan kita.

Published by
Farizul Izwany