Saya bermula seni bina badan pada usia 20 tahun. Ketika itu berat saya mencecah 120kg dari 70kg sejak tamat sekolah
KEJAYAAN?
Pada tahun 2014 saya pernah bertanding dua pertandingan badan cantik namun tewas. Tahun 2017 saya bertanding semula di “Battle Of Freaks” dan dalam berjaya mendapat tempat ke-3.
TRANSFORMASI?
Terdetik untuk berubah ini adalah kerana saya sendiri rasa berat badan naik terlalu mendadak, Rasa tidak selesa dan keyakinan diri juga semakin menurun. Jadi saya perlu lakukan sesuatu ketika itu. Teguran orang sekeliling memang ada, tambahan dahulu saya seorang yang sangat aktif dalam sukan hoki, apabila melihat bentuk fizikal menjadi gemuk, ramai yang rasa pelik dan dari itu saya cuba lakukan transformasi sedikit demi sedikit.
DIET
Ads
Menu diet saya setiap hari adalah sama kuantitinya, saya perlu pastikan setiap hidangan mempunyai cukup protein dan sayuran. Menu selepas latihan pula saya akan ambil protein dari ayam dan karbohidrat kompleks dari brown rice.
Manakala makanan paling saya gemari adalah semua jenis manisan, tetapi itulah makanan yang harus saya elakkan jika ada pertandingan. Kalau saya tidak bertanding, saya tetapkan “cheat meal” selepas setiap 14 hari berdiet. Bukan “cheat day” ya.
LATIHAN
Walaupun saya tahu betapa pentingnya “rest day”. Tetapi saya cuma ada “rest day” apabila perlu sahaja. Kalau terlalu sibuk atau sakit baru saya akan ada rest day. Saya juga akan mulakan rutin harian saya dengan warm up samada jogging atau dynamic stretching sahaja. Kemudian terus ke weight training. Rutin training saya sentiasa betukar tukar. Tapi rutin kegemaran saya adalah “stop set”. Contoh drop set adalah mulakan dengan beban yang berat dengan ulangan yang rendah, kemudian ringankan beban dan naikkan repetition tanpa rehat.
KEPENTINGAN NUTRISI
Nutrisi sangat sangat penting. Walaupun anda cukup latihan, supplement banyak, kalau kita tidak utamakan nutrisi, akibatnya keputusannya akan menjadi lambat, sesetengah kes ada yang tidak dapat langsung result. Jadi utamakan nutrisi dalam menu anda.
QOUTES KEGEMARAN ANDA?
Ads
Earned. Not given.
BAHAGIAN BADAN PALING MENARIK?
Bodypart kegemaran saya untuk train adalah shoulder. Shoulder muscle adalah sangat kecil dan lemah pada asalnya. Tetapi disebabkan itu jugalah saya gemar buat latihan shoulders, ia lebih berikan cabaran.
RUTIN MAHAL?
Tidak dinafikan, sukan bina badan memang satu hobi yang mahal. Anggaran duit yang telah saya keluarkan setiap bulan untuk makanan sahaja dalam RM2500 dan RM1000 untuk Supplement. Dari segi masa pula saya luangkan dalam satu jam hingga satu jam setengah setiap hari untuk berlatih. Walaupun tiada untung dalam sukan ni malah rugi, tapi bagi saya ia adalah pelaburan dalam kesihatan yang sangat berbaloi.
Ads
KESILAPAN DI GIMNASIUM?
Selalu saya ternampak adalah kesilapan ketika melakukan squat dan deadlift kerana sangat technical.
GOAL?
Untuk tahun ini, goal saya dalah untuk mendapatkan pro card dari international competitions.
NASIHAT?
Nasihat saya yang paling penting adalah tambahkan ilmu mengenai nutrition sebelum berjinak-jinak di dalam arena bina badan ini. Walaupun anda bukan seorang atlet, personal trainer, mahu pun doktor ia ialah perkara asas wajib anda jadikan panduan.
Selain itu, bersama kita amalkan gaya hidup sihat mulai saat ini, tidak semestinya anda perlu ke gimnasium setiap hari, anda boleh mulakan dengan memilih satu sukan yang boleh mengeluarkan peluh. Jaga pemakanan dan cari kawan untuk cipta cabaran dan raikan bila anda semua berjaya.
TIADA NOKTAH
Saya akan berlatih selagi saya mampu, mungkin selepas ini saya akan kurangkan sedikit mengikut komitmen dan kerja. Tetapi bab diet, saya akan jaga dan amalkan pemakanan sihat selamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Populariti bintang-bintang K-pop dan K-drama kini semakin luar biasa di peringkat global. Jika suatu ketika dahulu anak-anak muda menghafal wajah dan nama-nama selebriti Hollywood atau Bollywood, kini artis-artis Korea menjadi tumpuan mereka.
Maka tidak hairanlah apabila seorang pemuda mendapati perniagaannya menjadi tular dan laku keras dek kerana wajahnya dikatakan mirip aktor popular Korea, Lee Min Ho.
Doddy Angga Andrianto penjual nasi kuning berasal dari Samarinda, Kalimantan Timur menjadi terkenal dan tular secara mendadak kerana wajahnya yang dikatakan mirip aktor Korea tersebut.
Ternnyata ia membawa tuah dan secara tidak langsung membantu melariskan jualannya. Doody yang merupakan graduan dari Universiti Mulawarman dalam bidang ekonomi nekad membantu ibunya dalam perniagaan menjual hidangan popular nasi kuning selepas menganggur.
Jelasnya, dalam satu jam sahaja nasi kuningnya mampu dijual kira-kira 15 kilogram untuk sekali masak. Berbeza dengan jualan pada suatu ketika dahulu yang agak suram.
Menurut Doddy, ramai juga mengatakan wajahnya seakan artis Korea yang lain, Siwon, selain artis China, Andi Lau dan artis Indonesia, Boy William.
“Bila bertemu, ramai kata saya seperti mereka tetapi saya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak gemar dibandingkan dengan artis terkenal.
Dia juga mengakui bahawa ada pelanggannya yang pernah merayu untuk keluar bersamanya. Malah ada yang memegang dan merangkul tangannya.
“Tapi saya profesional, tetap saja teruskan berniaga seperti biasa,” jelas pria yang lahir pada tahun 1993 ini.
Doddy merupakan jurulatih kecergasan turut menyertai pertandingan bina badan berikutan kesukaran mendapatkan pekerjaan sesuai.
“Ketika ini sukar mendapat pekerjaan. Jadi saya membantu ibu bapa mengusahakan nasi kuning. Pada masa sama menyertai pertandingan bina badan.
“Buat masa ini saya belum peroleh kejayaan tetapi saya akan berusaha sehingga berjaya,” katanya.
Doddy sebelum ini ditamatkan kontrak perkhidmatan pekerja dalam bidang pelancongan pada tahun 2009.
Sumber: Kompas
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Satu pasukan doktor Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan pemindahan alat sulit dan skrotum pertama di dunia. Pakar bedah di Hospital Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, melakukan pembedahan itu ke atas seorang askar yang cedera dibom di Afghanistan.
Mereka menggunakan zakar, skrotum dan dinding perut separa yang dipindahkan daripada penderma yang meninggal dunia. Dengan pembedahan itu, askar berkenaan dapat mengembalikan fungsi seksual, yang mustahil dapat dilakukan dengan rawatan pemulihan semula zakar. Pasukan 11 pakar bedah melakukan pemindahan lebih 14 jam pada 26 Mac lalu.
Ini adalah pembedahan pertama dilakukan kepada askar tempur yang cedera semasa bertugas dan yang pertama untuk memindahkan sekumpulan tisu lengkap termasuk skrotum dan di sekitar abdomennya.
Doktor berkata, testis tidak dipindahkan kerana pertimbangan etika.
“Walaupun amputasi ekstrem boleh dilihat dan kecacatan jelas,” kata Dr WP Andrew Lee, ketua Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif di Universiti Johns Hopkins, semasa taklimat.
Dr Lee menyifatkan kecederaan alat kelamin yang dialami oleh askar itu sebagai “kecederaan perang yang tidak terucap”.
Dr Lee berkata, pembedahan itu dilakukan susulan pertemuannya dengan keluarga-keluarga askar semasa Hospital Johns Hopkins menganjurkan simposium pada tahun 2014.
Keluarga-keluarga askar telah berkongsi cerita tentang kecederaan oleh askar-askar sehingga menyebabkan mereka hilang identiti, harga diri dan masalah dalam hubungan seksual.
Askar berkenaan, dalam satu kenyataan berkata: “Ketika mula-mula tersedar dan bangun, saya rasa kembali normal. Saya dalam keadaan baik sekarang”.
Mangsa mengalami kecederaan selepas terpijak bom ketika bertempur di Afghanistan.
Sumber : Sinar harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“The best time to start a business is 7 years ago. The second best time in now! Kata-kata inilah yang sering dia ungkapkan tatkala pertama kali kami bersua muka. Cukup tinggi motivasi, dikelilingi pula pejuang spiritual juga usahawan penuh ilmu sepertinya membuatkan sesiapa sahaja akan teruja untuk mendekati dan mengenali individu berkarisma ini. Merendah diri, Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai Sifu Jamal, sangat optimis dalam usahanya memperluaskan perkongsian mengenai pemasaran secara online juga memperjuangkan peningkatan taraf hidup usahawan yang benar-benar fokus untuk berjaya.
FOKUS
“Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ apabila anda melabelkan diri anda sebagai seorang usahawan, perkara utama yang perlu anda terapkan ialah menjadi fokus. Faham apa produk anda, siapa lapangan pelanggan anda dan tidak perlu terlalu mengikut apa yang orang lain lakukan. Kenali diri anda terlebih dahulu dan buatlah perniagaan yang anda benar-benar minat dan boleh mendatangkan keuntungan.
Dalam bisnes internet, pelbagai peluang akan muncul dan menjanjikan pulangan yang besar sekaligus membuatkan anda kabur untuk memilih. Apabila melihat orang menjual tudung, anda pun mahu menjual tudung, orang membuka restoran, anda pun turut mahu membuka restoran. Apa yang terjadi, bila kurangnya pengalaman juga ilmu membuatkan perniagaan tadi lingkup disebabkan persaingan yang semakin sengit.”
JANGAN PUTUS ASA
“Saya juga sering didatangi mereka yang gagal dalam berniaga dan mereka mahukan suatu anjakan baru apabila masuk ke seminar saya, namun apa yang mendukacitakan setelah beberapa kali bersama mencari ilmu, mereka masih tidak menjumpai jalan keluar dan menyalahkan kami. Sikap putus asa seperti ini juga adalah virus yang harus usahawan elakkan. Mudah mengalah adalah pembunuh nombor satu kejayaan. Ada juga yang menganggap ilmu yang kami sampaikan di SifuFBads terlalu teknikal dan menyukarkan mereka.
Anda tidak akan gagal selagi tidak berhenti mencuba, buat sehingga jadi! Jika masih juga gagal, anggap anda masih ada peluang selagi punya keyakinan dan anda perlu tahu apa kelemahan yang harus diatasi. Apa strategi yang perlu anda lakukan dan cari jalan keluar. Selain itu sasaran anda juga harus relevan dan bersesuaian dengan kredibiliti juga perniagaan anda.”
JANGAN LETAK SASARAN TERLALU TINGGI
“Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi kelak anda yang akan berasa cepat mengalah. Buat secara berperingkat agar ianya nampak mudah untuk dicapai. Mendapatkan semangat selepas terasa diri ini tewas juga saya galakkan anda dengan membaca semula kisah-kisah mereka yang berjaya. Fahami resepi kejayaan dan jadikan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan perniagaan.
“Antara tokoh hebat yang telah berkolaborasi dengan kami ialah Prof Muhaya, Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), dan juga Dr Ary Ginanjar (pengasas ESQ). Terbaru, Datuk Seri Vida turut mendapatkan konsultasi dan latihan dari SifuFBads. Mereka adalah individu berpengaruh yang punya empayar gergasi yang harus anda semua contohi. Tidak sekalipun gentar dan mengalah walau dilanda masalah, putus asa tiada dalam kamus hidup mereka.”
KONGSI ILMU
“Saya seronok berkongsi ilmu ini, melihat kejayaan demi kejayaan, saya tidak mahukan duit mereka, sebaliknya kepuasan itu yang saya dambakan. Saya gembira apabila mengetahui ada peserta yang mampu menjana pendapatan lima kali ganda. Ada juga yang sudah hampir gagal tetapi perniagaan meningkat semula apabila menggunakan pengiklanan di laman sosial. Ingatlah rezeki itu milik Allah, kita tidak boleh menyangkal mahupun mempersoalkan, kita hambanya perlu sentiasa berusaha dan terus berikhtiar untuk terus berjaya.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.