Sebelum kita menunding jari dan menjeling ke arah orang sebelah cuba lihat diri sendiri dahulu. Perhatikan sama ada anda berdepan masalah perut boroi atau tidak. Ini kerana ramai rakyat Malaysia seolah-olah berada dalam keadaan ‘in denial’ untuk menerima hakikat bahawa mereka mempunyai masalah berat badan.
Orang yang perut boroi tidak semestinya mempunyai badan yang besar. Tetapi jangan sangka badan yang nampak normal tapi sedangkan perut semakin memboroi.
Tahukah anda kajian terbaru daripada National Health and Morbidity (NHMS) mendapati bahawa satu daripada dua orang rakyat Malaysia berdepan masalah perut boroi?
Masalah perut boroi atau dikenali sebagai abdominal obesiti merupakan satu kondisi fixikal berlaku apabila lemak berlebihan berkumpul di sekliling perut dan abdomen. Ia jika dibiarkan lama-kelamaan boleh memberikan kesan negatif.
Ia juga turut dikenali sebagai central oebesiti dan truncal obesiti boleh mendatangkan komplikasi buruk seperti penyakit jantung, lelah dan strok.
Pengumpulan lemak di perut ini adalah lemak viceral yang menyelaputi bahagian beberapa organ di abdomen seperti hati, jantung ,buah pinggang dan pankreas.
Jika semakin banyak terkumpul lemak di bahagian perut ini akan mengganggu hormon dan metabolik lalu menyebabkan risiko kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi.
Bagi anda yang berusia 20 hingga 30 an memiliki perut boroi dan masih belum mendapat penyakit, masih tidak terlambat untuk berubah.
Sekarang adalah masa untuk berubah dan menghapuskan lemak degil itu untuk mencegah penyakit apabila anda semakin berusia.
PUNCA UTAMA
- Makan makanan dan minuman tinggi kadar gula
- Pengambilan kalori berlebihan
- Kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kelebihan Melakukan Senaman Menggunakan ‘Spin Bike’
Isi Kandungan
ToggleTidak perlu diperkatakan lagi sekarang sememangnya ‘demam’ aktiviti berbasikal cukup meluas sekali di negara kita. Saban minggu lihat sahaja lokasi rekreasi pasti penuh dengan penunggang basikal. Kelebihan melakukan senaman berbasikal semakin menjadi pilihan aktiviti senaman.
Namun di sebalik keseronokan berbasikal di jalan raya, anda sebenarnya terdedah dengan risiko kemalangan. Jadi buat anda yang tidak mahu berdepan risiko itu dan tapi mahu mengayuh basikal bagaimana pula?
Usah risau kerana ada solusinya yang tidak kurang menarik. Basikal senaman untuk kegunaan indoor atau popular dengan gelaran spin bike menawarkan anda aktiviti kayuhan yang bukan sahaja selamat tetapi juga efektif.
Berbanding dengan peralatan senaman kardio yang lain, spin bike tidak memberikan stres yang tinggi kepada sendi dan anggota badan. Tapi dalam masa sama, ia mampu menjadi alat untuk senaman aerobik yang baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi kelebihan melakukan senaman menggunakan spin bike.
1. TINGKATKAN KECERGASAN KARDIO
Mengayuh spin bike merupakan antara cara terbaik untuk membuatkan jantung berdegup pantas ketika melakukan aktiviti. Senaman kardio seperti kayuhan ini membantu menguatkan bukan sahaja jantung tetapi paru-paru dan otot.
Ia juga membantu pengaliran darah dan oksigen lebih baik ke seluruh anggota badan. Selain itu, terdapat banyak lagi manfaatnya seperti;
- memperbaiki ingatan dan otak
- merendahkan tekanan darah
- tidur lebih baik
- memperbaiki kadar gula dalam darah
- sistem imuni lebih kuat
- mood lebih baik
- kadar stres menjadi lebih rendah
- lebih bertenaga
2. TURUN BERAT BADAN
Tidak dinafikan ramai melakukan aktviti senaman spin bike bertujuan untuk menurunkan berat badan. Bergantung kepada tahap intensity senaman, anda boleh membakar sehingga 600 kalori dalam masa satu jam aktiviti kayuhan.
Membakar kalori dengan efisien adalah penting untuk mencapai misi menurunkan berat badan.
3. MEMBAKAR LEMAK BADAN
Melakukan semanan dan kayuhan instensity tinggi boleh membantu badan membakar lemak badan dan membina kekuatan dalaman. Jika dilakukan secara konsisten ia akan membakar lemak badan dengan banyak.
Satu kajian oleh National Institutes of Health US mendapati aktiviti kayuhan juga sangat efektif untuk menurunkan kadar kolesterol dan triglyceride.
4. SENAMAN BERIMPAK RENDAH
Berimpak rendah di sini bermaksud senaman spin bike kurang mendedahkan anda kepada kecederaan di bahagian sendi atau tulang. Ini kerana kayuhan ini tidak memberikan banyak tekanan kepada anggota badan. Lalu ia menjadi pilihan senaman yang sangat baik buat mereka berdepan kecederaan sendi.
5. MENGUATKAN KAKI DAN OTOT PAHA
Melakukan kayuhan spin bike membantu anda membina kekuatan di bahagian kaki dan paha. Aktiviti kayuhan membantu anda menguatkan bahagian betis, hamstrings dan quadriceps. Ia juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang.
Jika anda ingin mencari spin bike berharga menarik, sila kunjungi laman sesawang ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dapatkan Six Pack Tanpa Alatan Gym, 5 Teknik Senaman Ini Caranya!
Isi Kandungan
ToggleAnda masih boleh dapatkan six pack tanpa menggunakan sebarang alatan gym dengan menjadikan rumah sebagai gym peribadi. Bila lakukan di rumah pasti anda rasa lebih selesa, malah hasilnya juga setanding dengan mereka yang pergi ke gym.
Lakukan 5 teknik senaman mudah dan pantas ini untuk anda dapatkan perut six pack. Jom mula!
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
- Ambil posisi baring.
- Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
- Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
- Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.
Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
- Ambil posisi baring.
- Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
- Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
- Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.
3. PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
- Ambil posisi seperti push-up.
- Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
- Luruskan punggung.
- Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
Tahan hingga beberapa minit.
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.
Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Kesan Buruk Steroid, Salah Satunya Abang Sado Boleh Lumpuh!
Isi Kandungan
ToggleMasih ramai lagi yang suka-suka hendak mengambil steroid. Tak sabar hendak kelihatan besar dan cantik luaran. Dengan steroid yang kini seolah-olah gula-gula di pasaran, mudah didapati. Mungkin ramai yang tidak tahu, di Malaysia sendiri pun banyak kes yang dilaporkan disebabkan penggunaan steroid. Antara kes yang rasanya ramai tahu, seorang meninggal di dalam kereta di sekitar Kuala Lumpur, atau mungkin seorang lagi yang agak bernama, meninggal selepas balik daripada latihan, dengar cerita urat berdekatan dengan kepala meletup kerana tekanan. Terlalu banyak kes tekanan darah tinggi dilaporkan disebabkan steroid anabolik. Kes saraf, dan jantung, rasanya ramai yang tahu siapa dan sebagainya.
Steroid yang dimaksudkan di sini bukanlah prednisolone, corticosteroid, dexamethasone atau calamine lotion, tetapi ianya merupakan Anabolic Steroid, seperti nandrolone, deca-duraboline, equipose, testosteron dan lain-lain untuk mensadokan lagi seseorang itu.
Adakah steroid berkesan?
Pertamanya, adakah steroid ini berkesan?
Ianya memang berkesan, dengan cara mempercepatkan pemulihan muscle microfibre yang putus, meningkatkan lagi keagresifan seseorang dan menaikkan semangat dan motivasi untuk menjadi lebih gila dan kuat di gim ibarat Hulk. Ianya berkesan, dan saintis telah berbalah antara satu sama lain sama ada ubat ini baik ataupun tidak. Bagaimanapun, apa-apa treatment pasti ada kesan sampingannya, walaupun ianya sangat berkesan untuk mensadokan seseorang, namun adakah ianya berbaloi untuk ditanggung?
Pengguna boleh berubah tingkah laku menjadi sangat agresif. Seorang pengguna steroid yang tidak boleh mengawal dirinya, cenderung untuk bertindak luar biasa seperti memukul isteri, anak-anak. Mudah naik angin. Menjadi seorang yang panas baran. Keagresifan seseorang mungkin berguna jika digunakan dalam latihan atau kerja seharian tetapi berapa ramai yang dapat mengawalnya?
Kesan sampingan
1. Lumpuh
Perlu anda tahu bahawa steroid di ambil secara intramuscular injection (ada juga yang oral), iaitu tusukan jarum di bahagian punggung. Kebanyakan pengguna steroid mengambilnya secara rahsia, jadi mereka mempunyai kecenderungan untuk mencucuk sendiri di punggung mereka.
Selain itu turut membawa kesan kerosakan pada buah pinggang paling mungkin berlaku apabila pengguna steroid ada tekanan darah tinggi.
2. Testosteron
Bila seseorang itu mengambil testosteron, dan kadar testosteronnya terlalu tinggi dalam badan, badan kita akan ada dua reaksi; pertama, testosteron terlebih itu akan di metabolisma oleh hati kita menjadi estrogen, dan yang kedua, testikel seseorang itu akan mengecil (boleh diubati) kerana fungsi testikel adalah menghasilkan testosteron, dah bila terlalu tinggi testosteron yang berada dalam badan, ia akan berhenti berfungsi.
Estrogen yang tinggi menyebabkan seorang lelaki itu bersifat lebih feminin, seperti mudah sensitif dan agak lembut. Bahagian payudaranya juga akan membesar, bukan kerana otot, kerana stimulasi tisu payudara oleh estrogen – silap-silap boleh menyusukan anak lagi.
Mereka pandai untuk mengambil tamoxifen, iaitu ubat anti-estrogen selepas mengambil steroid, namun, tanpa garis panduan yang sebetulnya, dos yang diambil selalunya tidak cukup untuk menangkis kesan testosteron yang tinggi.
Dan yang lebih teruk adalaha roid-rage, iaitu sikap terlalu agresif, biasanya akan menjejaskan hubungan suami isteri atau dengan kawan-kawan akibat terlalu agresif.
3. Peningkatan LDL
Peningkatan LDL secara mendadak, iaitu kolesterol berbahaya dan HDL menurun. Itulah sebabnya anda lihat ramai peninju mat salleh, mahupun ahli bina badan mati pada waktu muda akibat serangan jantung.
Selain itu, amaran kotak hitam untuk deca-durabolin ialah ianya boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, dan menukar hati kepada sista berdarah, iaitu nanah yang dipenuhi darah dalamnya, kadar kematian adalah 100%.
4. Depresi
Selepas seorang itu berhenti mengambil steroid, (steroid biasanya satu pusingan 10 minggu, dan rehat beberapa minggu, kemudian diteruskan lagi 10 minggu dan seterusnya), kadar testosteron akan turun mendadak. Ini menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami depresi.
Contoh terbaik adalah seorang pelajar di Amerika Syarikat yang star lah dalam sukan besball, tapi orang tak tahu dia ambil steroid. Setelah dia berhenti, dia membunuh diri taktala kerjayanya berada di waktu kemuncak.
5. Benarkah itu steroid?
Jika anda nak menjadi pelari pecut, cucuk, dan berlatih seperti pelari pecut, badan anda akan mengadaptasi untuk menjadi pelari pecut. Begitulah sekiranya anda ingin menjadi ahli bina badan, pemain ragbi dan lain-lain (bukan untuk anda yang ingin menjadi juara catur, mahupun dam haji).
Senang kata, tiada satu pun garis panduan bagaimana untuk mengambil steroid, yang ada di internet hanyalah berdasarkan pengalaman orang yang pernah menggunakannya.
Dan ubat ini dicipta untuk menolong pesakit yang mempunyai kekurangan hormon, kandungan yang diambil sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan rejim yang tertulis di internet.
Fikir-fikirkanlah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI