saringan kanser prostat awal
Foto: wavebreakmedia_micro - www.freepik.com

Jika anda tahu tentang statistik berikut mungkin anda akan lebih mengambil serius tentang kanser prostat. Di Amerika Syarikat sahaja dianggarkan kira-kira 1 daripada 41 orang lelaki meninggal dunia akibat kanser prostat. Ini akibat tiada kesungguhan melakukan saringan kesihatan.

Malah ia merupakan jenis kanser yang kedua menjadi penyumbang kematian tertinggi di kalangan lelaki menurut laporan American Cancer Society.

Mudah sahaja jika anda ingin tahu adakah anda atau rakan-rakan lain tahu atau tidak tentang kanser prostat. Cuba tanya mereka sama ada adakah mereka pernah berbicara dengan sesiapa sahaja tentang penyakit ini?

Besar kemungkinan mungkin mereka tidak pernah. Dan inilah yang menjadi punca mengapa angka kematian akibat kanser ini agak tinggi.

Dari sini kita semua sebagai lelaki perlu sedar bahawa pemeriksaan kesihatan yang dilakukan dari semasa ke semasa memainkan peranan sangat penting. Pengesanan awal terhadap kasner prostat boleh dilakukan dan ia dapat menyelamatkan nyawa.

Sebelum itu, MASKULIN ingin kongsi dengan pemahaman ringkas tentang apakah itu sebenarnya prostat dan apakah yang boleh menyebabkan kanser.

Ketika pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, MASKULIN sempat mendapatkan komen beliau tentang kanser prostat.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

“Kanser prostat banyak berlaku selepas lelaki berusia 60 tahun ke atas. Namun kita hendaklah sentiasa memantau kesihatan diri dengan menjalani saringan kesihatan dari semasa ke semasa.

“Bagi lelaki berusia 60 tahun ke atas, wajib jalani saringan ini dengan kerap,” ujarnya kepada MASKULIN ketika sesi penggambaran eksklusif untuk keluaran Oktober 2020.

Bersempena kempen NI Fight Against Cancer Campaign sepanjang November ini, ikuti perkongsian di bawah bagi kesedaran tentang bahaya penyakit ini.

KENALI PROSTAT

Secara asasnya, Prostat merupakan sejenis kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Ia ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.

IKLAN
Foto: Info Kanser

Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.

Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.

saringan dengan kerap
Foto: pressfoto – www.freepik.com

KANSER PROSTAT

Tidak dinafikan walaupun segan melakukan pemeriksaan, ramai lelaki sebenarnya cukup risau akan ancaman kanser prostat. Jadi apakah itu kanser prostat?

Secara ringkas ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.

Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.

PUNCA UTAMA

Sehingga kini masih banyak penyelidikan dan kajian sedang dilakukan oleh pelbagai pihak. Malah hingga kini punca utamanya masih lagi tidak diketahui. Selain itu keaedah untuk benar-benar boleh mengelakkannya berlaku juga masih samar.

Tapi apa yang kita semua lakukan ialah mengenal pasti kemunculannya dengan lebih awal.
Ini agar dapat diberikan rawatan secepat mungkin bagi mengelakkannya menjadi semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.

Pertama peningkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain.

Kedua faktor genetik keluarga

Ketiga faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

saringan prostat
Foto: ijeab – www.freepik.com

SIMPTOM KANSER PROSTAT

Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, kanser prostat mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom pada peringkat awalnya. Namun jika munculnya sipmtom seperti di bawah, segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan secepat mungkin.

  • Masalah buang air kecil
  • Kerap buang air kecil
  • Kurang tekanan ketika membuang air kecil
  • Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
  • Kaki menjadi bengkak
  • Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
  • Sakit ketika mengalami ejakulasi
  • ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
info grafik kanser prostat
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

JENIS RAWATAN

Bagi mereka yang menghidapi kanser prostat, terdapat tiga jenis rawatan yang boleh diberikan kepada mereka.

1. Pembedahan

Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapi.

2. Terapi radiasi

Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.

3. Kimoterapi

Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.

Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.

Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan lebih kesedaran kepada kita semua akan risiko dan bahaya kanser prostat. Lakukanlah saringan kesihatan dari semasa ke semasa.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk video menarik.