Sarawak kini dalam perancangan untuk membina sebuah litar lumba bertaraf dunia, yang bakal menjadi kedua terbesar di Malaysia selepas Litar Antarabangsa Sepang.
Projek ini bukan sahaja bertujuan untuk mengangkat sukan permotoran di negeri ini, tetapi juga dijangka memberi impak besar kepada ekonomi dan sektor pelancongan tempatan.
Pembinaan litar di Gedong, Serian ini dijangka mampu menampung kapasiti sehingga 100,000 penonton.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan bahawa litar ini, yang bakal menjadi kedua terbesar di Malaysia selepas Litar Antarabangsa Sepang, akan dibangunkan di kawasan Gedong Ithmus seluas 600 ekar.
Gedong dipilih sebagai lokasi untuk litar tersebut kerana kawasan tersebut sesuai dengan pembangunan skala besar ini selain bakal dijadikan sebagai hab sukan permotoran antarabangsa.
Ads
“Trek sebegini tidak boleh dibina di kawasan bandar seperti di Litar Antarabangsa Sepang maka kawasan yang paling dekat dengan bandar adalah di Gedong.
“Hal ini kelak membolehkan Gedong menjadi kawasan antarabangsa bagi sukan permotoran,” kata Abang Johari.
Menurut laporan, laluan jalan raya baharu sepanjang 19 km akan menghubungkan Serian ke Gedong, manakala satu lagi jalan sepanjang 74 km ke Samarahan turut dirancang.
Ads
Gedong Ithmus akan dibangunkan sebagai kawasan moden yang meliputi perumahan mampu milik, kompleks sukan, pusat pentadbiran, sekolah, dan hotel.
Pembinaan litar baharu ini dijangka memacu pembangunan ekonomi dan menarik pelancong yang meminati sukan permotoran ke negeri tersebut.
Ads
Presiden Persatuan Permotoran Sarawak, Senator Datuk Ahmad Ibrahim juga mengesahkan rancangan untuk membina satu lagi litar di Sibuti, di bahagian utara Sarawak, yang masih dalam peringkat awal perancangan.
Gedong Ithmus mendapat inspirasi daripada pembangunan Kuching Ithmus yang menempatkan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bateri kereta adalah komponen yang paling penting. Walaupun minyak kereta anda penuh setangki tapi kalau bateri kereta dah kong atau flat, ia tetap tak boleh bergerak.
Selalunya kalau bateri kereta kong atau flat, kita pasang kabel jumpstart dengan kereta lain. Tapi bagaimana kalau ketika kejadian itu tiada kereta lain?
Tak perlu panik kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk menghidupkan bateri kereta yang kong atau flat itu menggunakan battery charger portable. Cara mudah ini telah dikongsikan Salehudin Hawari di laman Facebooknya.
Tesla sudah menjadi jenama kenderaan elektrik yang terulung dan cukup disegani di dunia. Namun, jenama kenderaan elektrik (EV) pelbagai ciri keselamatan canggih ini telah dinobatkan sebagai jenama kereta paling bahaya di Amerika Syarikat.
Tesla Model 2018-2022
Kajian oleh iSeeCars, ini menggunakan data kemalangan maut daripada Sistem Pelaporan Analisis Kemalangan Maut (FARS) oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional AS (NHTSA).
Data ini melibatkan model kereta tahun 2018-2022 dengan kemalangan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian penumpang.
Hasil kajian menunjukkan bahawa Tesla mencatatkan kadar kemalangan maut tertinggi berbanding jenama lain di Amerika Syarikat, dengan kadar 5.6 kemalangan maut bagi setiap bilion batu perjalanan.
Dua Model TESLA Paling Bahaya
Dalam senarai lain, dua model Tesla turut berada dalam senarai model kereta paling berbahaya di Amerika Syarikat ialah Tesla Model Y dan Tesla Model S.
Selain Tesla, beberapa jenama lain seperti Kia, Buick, Dodge, dan Hyundai turut mencatatkan kadar kemalangan maut yang tinggi.
Walaupun Tesla sering mempromosikan teknologi bantuan pemandu canggih seperti Autopilot, data ini menunjukkan bahawa teknologi tersebut mungkin tidak cukup untuk mengurangkan risiko kemalangan maut.
Beberapa faktor yang mungkin menyumbang termasuk, kecepatan tinggi yang mampu dicapai oleh kereta Tesla dan pengguna yang terlalu bergantung kepada sistem bantuan pemandu tanpa perhatian penuh.
Komitmen BMW Group Malaysia dalam inovasi berterusannya dengan membayangkan ketibaan kenderaan elektrik tulen, BMW i generasi yang baharu di Malaysia. Paling menarik ia turut membawakan rangkaian pemacu elektrik yang bersofistikasi tinggi, bahan-bahan yang inovatif lagi lestari, serta teknologi masa hadapan, pada hari ini.
Butiran mengenai jentera BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive40 Sport, BMW iX xDrive50 Sport yang sulung telah dirungkaikan, dan kemunculan jentera BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40 yang sulung juga telah dibayangkan. Portfolio kenderaan elektrik baharu yang diperkenalkan ini mengetengahkan Strategi Mobiliti Lestari oleh mereka.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Fasa ini merupakan pencapaian yang penting bagi BMW Group, lebih-lebih lagi buat BMW Group Malaysia. Kami telah menerajui usaha untuk menggiatkan inovasi, memupuk kesedaran mengenai teknologi yang baharu dan lestari untuk industri automotif, serta membentuk infrastruktur bagi kenderaan berelektrik bertaraf premium di Malaysia sejak tahun 2015.
“Kejayaan kami di Malaysia pada hari ini telah diperkukuh oleh kedudukan kami sebagai peneraju dalam mobiliti berelektrik, yang turut dibuktikan menerusi lebih 2,200 unit kenderaan berelektrik yang berjaya diserahkan pada tahun lalu.”
Beliau turut menyatakan bahawa barisan kenderaan elektrik yang bakal dirungkaikan daripada BMW i akan menjamin “Sheer Electric Driving Pleasure” buat para pelanggan BMW serta peminat EV di Malaysia, tanpa sebarang kompromi. Lebih penting lagi, ia juga bakal mendorong Strategi Kelestarian yang baharu bagi BMW Group di Malaysia.
BMW iX
Konsep perintis, Shy Tech yang pertama seumpamanya turut dimuatkan dalam BMW iX. Ketika tidak digunakan, teknologi moden dan inovasi dalam kenderaan ini akan disamari dengan latar interiornya.
Tambahan lagi, kenderaan ini menampilkan BMW IconicSounds Electric yang turut diperkenalkan buat pertama kali – dibangunkan menerusi kerjasama yang dijalin dengan komposer terkemuka dunia dan pemenang Anugerah Akademi, Hans Zimmer, maka para pemilik dapat menikmati pengalaman pemanduan serba emotif dengan bunyi yang unik bagi model-model BMW dan BMW M.
BMW iX yang sulung melangkaui jangkaan. Jarak operasi WLTP yang mengagumkan, iaitu setinggi 630 kilometer bagi varian BMW iX ini juga telah dirumus agar pengguna tidak lagi perlu bimbang tentang jarak operasi kenderaan elektrik milik mereka. Kenderaan elektrik tulen ini turut menarik perhatian dengan ruang serba minimalis di bahagian dalam, justeru pengguna dapat menikmati pemanduan yang benar-benar menyelesakan.
Perwatakan utama yang jelas berbeza dapat dilihat pada lampu hadapan LED, manakala BMW Laserlights melengkapi BMW iX xDrive40 Sport dan BMW iX xDrive50 Sport. Fungsi Bantuan Memandu (Driving Assistant) dan Bantuan Parkir (Parking Assistant) juga ditawarkan secara standard bagi BMW iX xDrive40, manakala BMW iX xDrive40 Sport dan BMW iX xDrive50 Sport didatangkan dengan Driving Assistant Professional serta Parking Assistant Plus. Kedua-dua variasi Sport ini juga termasuk sistem bunyi keliling Harman Kardon dan Interior Applications Clear & Bold, yang terdiri daripada panel kawalan pada konsol tengah yang diperbuat daripada kayu yang diperakui dan dihasilkan secara lestari. Eksklusif bagi BMW iX xDrive50 Sport yang sulung ialah Stering Aktif Integral (Integral Active Steering) dan suspensi udara 2 gandar yang berciri adaptif.
BMW iX3
Jentera Sports Activity Vehicle (SAV) yang dipacu oleh kuasa elektrik ini menggandingkan dua ciri utama SAV premium saiz pertengahan yang paling laris di dunia, BMW X3, iaitu dinamik pemanduan dan kualiti bertaraf premium, yang antara lainnya turut membawakan tahap prestasi dan kecekapan yang lebih tinggi menerusi teknologi BMW eDrive generasi kelima, lantas menjadikan BMW iX3 jentera yang paling dinanti-nantikan dalam segmennya.
BMW i4
Gran coupé empat pintu yang melambangkan jentera sport bersifat lestari, ia dibangunkan menerusi tumpuan yang khas diberikan ke atas dinamik pemanduan elektrik, BMW i4 merupakan ahli baharu dalam segmen sedan saiz pertengahan bertaraf premium. Sedan sport yang futuristik ini membekalkan output kuasa elektrik setinggi 340 kk, pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat dan jarak operasi elektrik WLTP mencecah 590 kilometer setelah dicas sekali sahaja.
Pratempahan dan pendaftaran juga dibuka bagi mereka yang berminat untuk memiliki kenderaan BMW i generasi baharu. BMW iX xDrive40 serta BMW iX xDrive40 Sport yang sulung kini sedia untuk dipratempah di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran RM 5,000. Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran sekarang untuk memiliki BMW iX xDrive50, BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40 melalui pautan yang disertakan ke laman web rasmi BMW.
Pemilik kenderaan elektrik dari portfolio BMW i juga dapat menikmati jaminan bateri sehingga 8 tahun atau 160,000km, mana yang lebih dahulu. 50 pelanggan terawal yang menempah BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport yang sulung juga dapat menikmati tawaran eksklusif yang meliputi pemasangan kemudahan pengecasan secara percuma serta Public Charging Access bertempoh satu tahun secara percuma. Tawaran ini terhad sehingga 22 September 2021, tertakluk kepada terma dan syarat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.