Sarapan merupakan amalan penting bagi memenuhi keperluan nutrien setelah tubuh tidak mendapat bekalan makanan sepanjang waktu anda tidur.
Pengambilan sarapan tidak boleh dipandang remeh kerana ia merupakan satu gaya hidup sihat yang wajar diamalkan untuk menjaga kesihatan.
Jika anda sering bersenam pada waktu pagi, tentu anda menghadapi dilema sama ada anda perlu mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum bersenam ataupun tidak.
Bagi menjawab persoalan ini, Dr Rizal Abu Bakar kongsikan jawapannya.
Menurutnya, kalau kita ingin menghilangkan lemak-lemak yang tersembunyi, tersimpan atau yang kita ‘sayang’ dahulu, jawapan terbaiknya adalah bersenam tanpa sarapan.
Sebabnya, badan akan menggunakan lemak-lemak tersembunyi, terselit dan yang berada di celah-celah tempat yang kita tidak mahu lihat itu sebagai bahan bakar yang akan memberikan kita tenaga sama ada untuk kita berjalan, berlari, mengangkat weight (bebanan) dan sebagainya.
Itu merupakan antara benda yang sangat baik untuk tubuh berikan kepada kita secara alami ataupun merupakan bahan bakar secara alami.
Lemak merupakan enviromental friendly apabila digunakan sebagai bahan bakar. Jadi kalau kita ingin bersenam adalah lebih baik jika kita bersenam tanpa mengambil sarapan.