Tidak dinafikan sarapan oat memang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Selain rahsia untuk menurunkan berat badan, sarapan oat juga boleh membuatkan perut anda kenyang sampai tengah hari.
Bagi yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, anda boleh ikut cara Harith Faisal buat sarapan oat yang mudah hanya guna 3 bahan utama. Yang best, dengan mengamalkan sarapan oat ini dia berjaya menurunkan berat 10kg dalam masa 2 bulan.
Nak cuba? Jom ikuti perkongsiannya.
SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMEN
Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN:
– 300 ml susu segar rendah lemak
– 4-6 sudu besar oat
– 2 sudu Nestum
Ads
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
Bagi peminat oat organik dan makanan organik yang lain, boleh dapatkan di sini:
Ads
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
#harithfaisal
SHARE jika bermanfaat.
TAG kawan korang yang konon tengah diet.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Body weight exercise merupakan sejenis senaman yang hanya menggunakan berat badan sebagai beban. Ia mudah kerana memerlukan sebarang peralatan tambahan.
Kelebihan senaman jenis ini :
• Boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
• Berkesan kepada pelbagai jenis otot di tubuh kita
• Memberikan peluang untuk bersenam sambil melakukan kerja harian di rumah seperti mencuci lantai,menyental dinding, mencuci kereta dan lain-lain
KAEDAH SENAMAN
Senaman Dari Bahagian Pinggang ke Kepala (Upper Body Exercise)
Senaman Tekan Tubi (Push-Up)
Tekan Tubi atau lebih dikenali sebagai Push-Up adalah senaman yang sinonim bagi kebanyakan masyarakat daripada semua peringkat umur. Latihan ini adalah untuk melatih otot di bahagian tangan (Otot Bicep, Otot Tricep dan Otot Deltoid) dan termasuk juga otot dada (Otot Pectoralis Major).
Aktiviti Tekan Tubi adalah seperti gambar di bawah. Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps)
Tekan tubi untuk permulaan
Tekan tubi Pertengahan
Tekan tubi bagi Lanjutan (Advance)
Senaman Tricep Dips
Senaman ini adalah senaman khusus bagi otot belakang lengan (Tricep). Senaman ini boleh dilakukan dengan bantuan kerusi, meja ataupun katil. Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps). Aktiviti senaman adalah seperti berikut :
Tricep Dips bagi Awalan (Beginner)
Tricep Dips bagi Lanjutan (Advance)
Senaman Bahagian Perut (Core Muscle Exercise)
Semua aktiviti seperti berjalan, berlari ataupun duduk akan melibatkan otot perut dan otot pinggang kerana bahagian ini adalah bahagian tengah (Center) bagi semua pergerakan.
OLEH YANG DEMIKIAN, SENAMAN UNTUK MENGUATKAN OTOT INI DAPAT MEMBANTU DALAM MELANCARKAN PERGERAKAN INDIVIDU.
Bangkit Tubi Separuh (Partial Curl Up)
Bangkit Tubi atau Curl Up adalah senaman bagi menguatkan otot perut. Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps). Senaman bagi bahagian perut (Ractus Abdominus) adalah seperti gambar berikut :
Bangkit tubi bagi Awalan (Beginner)
Bangkit tubi bagi Pertengahan
Back Arch
Back Arch adalah senaman bagi menguatkan otot di bahagian belakang (Lower Back). Senaman ini melibatkan otot belakang (External Oblique dan Latisimus Dorsi) serta otot di bahagian punggung (Gluteus Maximus). Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps).
Back Arch bagi Awalan (Beginner)
Plank
Plank juga adalah senaman bagi menguatkan otot di bahagian belakang (Lower Back). Senaman ini melibatkan otot belakang (External Oblique dan Latisimus Dorsi) serta otot di bahagian punggung (Gluteus Maximus). Cadangan latihan 1 minit aktiviti untuk 3 set (1min x 3 set).
Plank bagi Awalan (Beginner)
Side Plank bagi Lanjutan (Advance)
Senaman Dari Bahagian Pinggang ke Kaki (Lower Body Exercise)
Stepper
Senaman Stepper adalah senaman yang dapat meningkatkan kekuatan otot di bahagian kaki serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan kekuatan otot jantung. Senaman Stepper adalah senaman yang menyerupai aktiviti naik tangga.
Lunges
Senaman lunges membantu dalam menguatkan peha hadapan (otot Quadriceps), otot peha belakang (otot Hamstring) serta otot betis (otot Gastrcnemius) yang memainkan peranan yang besar dalam sistem pergerakan badan. Senaman ini boleh dilakukan secara setempat (Statik) atau bergerak kehadapan (Dinamik). Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps).
Aktiviti Lunges bagi Awalan
Aktiviti lunges bagi Lanjutan (Advance)
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Usahlah berfikiran sempit sangat. Kadang-kadang mungkin lelaki rasa perempuan ni makhluk yang rumit dan banyak suka perbesarkan perkara yang remeh. Tapi 4 perkara ni lelaki perlu buat disebabkan benda-benda remeh yang lelaki malas ambil pusing inilah buatkan wanita kekal sihat dan positif . Mana yang baik kita ambil dan jadikan amalan. Senang kan!
1. Bersihkan Muka Sebelum Tidur
Mengikut kajian Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah mereka berbanding wanita. Tabiat ini menyebabkan mudahnya penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malamuntuk mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria daripada menutup liang pori pada wajah.
2. Timbang Berat Badan Setiap Hari
Menurut kajian oleh Minnesota University pula, mereka yang menimbang berat badan setiap hari lebib banyak menurunkan berat badan berbanding mereka yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!
3. Bawa Gel Antibakteria
Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria. Hendak gunakan gel antibakteria bukannya susah. Hanya perlu disapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah diamalkan golongan lelaki!
4. Mandi Air Panas/Suam
Bunyi macam mengada-ngada atau bahasa sekarang ‘acah-acah jadi diva’ bila nak mandi guna air panas. Tetapi, tahukah anda air suam dan air panas dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh? Malah, mencampurkan air mandian dengan garam laut juga dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti kita pernah alami rasa kebas atau sakit pada tapak tangan. Namun percayalah, ramai yang tidak mengendahkan rasa sakit pada tapak tangan itu kononnya ia hanyalah sakit biasa atau salah urat.
Namun dalam tak sedar, sebenarnya ada beberapa signal pada tapak tangan yang boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan.
Jadi, jangan sesekali mengabaikan apa jua signal pada tapak tangan anda. Bimbang jika dibiarkan, ia boleh mengganggu masalah kesihatan anda di kemudian hari.
Ini merupakan tujuh signal pada tapak tangan yang boleh dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan.
1. Keletihan
Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang terletak berdekatan dengan permukaan kulit. Kesannya boleh menyebabkan berlakunya denyutan pada kesemua jari.
Apa yang perlu dilakukan: Pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya, selain melakukan urutan untuk melegakan keletihan.
2. Kekurangan vitamin
Apabila badan kekurangan vitamin tertentu seperti vitamin E, B1, B6, dan B12 boleh menyebabkan berlakunya denyutan pada jari tangan kiri atau jari kaki kiri.
Apa yang perlu dilakukan: Ambil sumber makanan yang mengandungi vitamin-vitamin ini untuk keperluan tubuh badan. Jika anda ingin mengambil vitamin tambahan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi menentukan dos yang betul.
3. Masalah tulang belakang
Masalah tulang belakang boleh dikaitkan dengan jari manis dan anak jari pada tangan kiri. Ini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.
Apa yang perlu dilakukan: Regangkan bahagian belakang anda sebanyak yang mungkin dengan melakukan beberapa aktiviti sihat seperti yoga, gimnastik, berenang atau senaman ringan. Elakkan daripada duduk yang terlalu lama tanpa sebarang regangan badan.
4. Sindrom Carpal Tunnel
Sindrom Carpal Tunnel boleh dikenalpasti melalui ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada himpitan saraf median pada pergelangan tangan yang berlaku berulang-kali dalam tempoh yang lama disebabkan oleh pekerjaan atau gaya hidup seseorang.
Apa yang perlu dilakukan: Lakukan senaman regangan yang mudah pada tangan untuk mencegah penularan sindrom Carpal Tunnel.
5. Masalah aliran darah dalam badan
Rasa kebas pada jari tangan kanan boleh berpunca daripada tekanan pada permukaan urat saraf atau trauma pada tangan atau sendi bahu. Denyutan pada tangan kanan boleh juga disebabkan oleh penyakit kardiovaskular tertentu, yang mempunyai kesan ke atas aliran darah ke bahagian kaki.
Apa yang perlu dilakukan: Lakukan aktiviti berjalan kaki pada kadar yang sederhana atau lakukan senaman gimnastik untuk memperbaiki kesihatan pada saluran darah kaki anda.
6. Penyakit Buerger
Penyakit ini sering terjadi kepada perokok tegar. Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya membawa kepada kekurangan mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas yang dimulai dengan jari seterusnya pada keseluruhan lengan.
Apa yang perlu dilakukan: Tidak ada cara untuk menyembuhkan penyakit ini secara sepenuhnya.
7. Diabetes
Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa denyutan yang bermula dari bahagian tapak kaki sehingga ke bahagian lengan. Ini terjadi kerana berlakunya pengurangan aliran darah pada beberapa bahagian badan, selain kerosakan pada hujung saraf.
Apa yang perlu dilakukan: Diabetes tahap 1 boleh dirawat dengan bantuan suntikan insulin. Manakala diabetes tahap 2 pula sering dikaitkan dengan amalan diet yang tidak sihat. Sebaiknya lakukan ujian darah dan berjumpalah dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Sumber: Brightside
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.