Masalah kaki terseliuh memang lumrah bagi orang yang aktif bersukan. Bila tersilap langkah dan tidak melakukan regangan, masalah kaki terseliuh ini mudah terjadi.
Apabila terjadinya kaki teseliuh, rata-rata daripada kita akan mengambil langkah sendiri dengan menyapu minyak panas atau mengurutnya bagi mengurangkan kesakitan.
Rupanya menyapu minyak panas ketika kaki terseliuh adalah salah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk.
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
1. JANGAN URUT
Ads
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Ads
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka (mungkin open fracture).
Perkara yang anda PERLU buat sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
Ads
3. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hampir semua kebanyakkan daripada kita pasti pernah dengar & menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah kulit muka, iaitu dengan menyapukan ubat gigi di kawasan kulit yang berjerawat.
Walaupun ianya mampu mengurangkan kulit muka berminyak, adakah ubat gigi ini merupakan suatu cara yang berkesan demi mendapatkan kulit muka yang licin, cantik dan bersih? Dan apakah kesan sampingannya?
MENGERINGKAN JERAWAT
Menurut, seorang pakar dermatologi di New York, Amerika, ubat gigi mengandungi bahan bahan seperti hidrogen peroksida, soda penaik, alcohol, minyak pati, menthol serta triklosan yang berfungsi mengeringkan jerawat dan anti-bacteria.
Walaubagaimanapun, beliau berkata bahawa kandungan bahan tersebut tidak dapat membuatkan penggunaan ubat gigi lebih berkesan berbanding dengan cara hilangkan jerawat yang konvensional.
GLYCOLIC ACID & SALICYLIC ACID
Pengeringan kulit muka yang dilakukan oleh ubat gigi selalu dilihat sebagai suatu yang baik. Sebenarnya, kesan tersebut mengakibatkan keradangan kulit yang melibatkan kemerahan merahan dan pengelupasan tidak normal disebabkan oleh kulit muka yang terlebih kering.
Mungkin ada di antara kita yang boleh menghilangkan jerawat dengan cara sebegini, tetapi ubat gigi bukanlah rawatan yang tepat & betul untuk kulit muka yang berjerawat. Bahan bahan yang sebenarnya boleh mengatasi masalah kulit muka adalah GLYCOLIC ACID & SALICYLIC ACID
Glycolic acid & Salicylic Acid ini adalah dua bahan yang sangat sesuai untuk kulit muka anda untuk menghilangkan jerawat di muka anda tanpa mengeringkan permukaan kulit anda dan juga dapat mengawal liang pori kulit muka anda dengan baik. Sumber Glycolic Acid & Salicylic Acid ini adalah daripada tumbuh tumbuhan.
Ubat gigi serta garam sodium bermanfaat untuk proses pengelupasan (eksfoliasi) yang boleh bikin jeragat menyusut.
Selain itu, garam bermanfaat juga untuk menghaluskan kulit. Dengan demikian, anda bakal memperoleh 2 manfaat sekaligus.
Cara pemakaian :
Campur 1 sudu teh garam serta 1 sudu teh ubat gigi mint
Kacau sampai sekata
Sapukan adukan tadi ke bahagian yang ada jeragat
Biarkan selama 5 minit
Tekan-tekan lembut dengan jari yang bersih
Basuh dengan air hingga bersih
Terakhir, tekan-tekan hidung anda dengan sudu dingin (sudu yang sudah dimasukkan dalam peti ais) bermanfaat menutup pori-pori kulit
Kulit bakal terasa lebih lembut serta jeragat berkurangan
Ubat Gigi Dengan Putih Telur
Putih telur mengandungi tinggi protein, vitamin A, vitamin E, serta mineral. Putih telur sangat bermanfaat dalam mengurangkan jeragat yang melekat di hidung.
Langkah pemakaian :
Pecahkan 1 buah telur, serta ambil putih telurnya
Masukkan putih telur dalam mangkuk serta tambahkan ubat gigi mint secukupnya
Kacau sampai sekata
Sapukan dibagian hidung yang berjeragat
Tempatkan tisu diatas hidung yang sudah disapu kombinasi ubat gigi dan putih telur
Biarkan selama 15 minit
Cabut tisu dengan cara perlahan
Basuh dengan air sampai bersih
Ubat Gigi dengan Limau Nipis
Limau nipis kaya kandungan vitamin C yang dapat masuk ke pori-pori dan menolak keluar jeragat yang merosakkan kulit muka anda. Vitamin C juga bermanfaat dalam memperkecil pori-pori, mengurangkan penghasilan minyak berlebihan, dan mencerahkan kulit.
Langkah pemakaiannya :
Campur 1 sudu teh air perahan limau nipis dengan ubat gigi
Kacau sampai sekata
Sapukan dibagian hidung yang berjeragat
Biarkan selama 15 minit
Tekan-tekan lembut dengan jari yang bersih
Bilas dengan air hingga bersih
Terakhir, tekan-tekan hidung anda dengan sudu dingin (sudu yang sudah dimasukkan dalam peti ais) bermanfaat menutup pori-pori kulit
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin hari semakin menipis. Semakin hari semakin gusar hati anda!
Masalah rambut yang menjadi semakin jarang dan bakal menjadi botak merupakan fenomena yang menghantui golongan lelaki sejak sekian lama.
Siapa kata wanita saja yang sayangkan rambut mereka? Dalam diam ramai lelaki rasa cukup kecewa bila perkara ini berlaku. Mungkin anda berteka-teki apakah sebab utama rambut gugur.
Usah gundah dan gulana. Ini 5 penyebab utama mengapa rambut anda yang pernah bersinar bak mentari pagi menjadi semakin suram.
Perubahan rambut beginilah yang menjadi mimpi ngeri buat ramai lelaki.
Kurang Nutrisi
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel atau akar rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Stres
Emosi yang tak sihat akan menggangu fizikal kita. Dan inilah antara kesannya. Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Produk Bahan Kimia Berlebihan
Di pasaran sekarang terdapat pelbagi jenis produk rambut. Dan tahukah anda jika menggunakan produk mempunyai bahan kimia ia juga menjadi salah satu faktor melambatkan pertumbuhan rambut. Apabila melakukan bleaching, rebonding, atau mengerinting, ia boleh menyebabkan rambut rosak dan mati.
Rehatlah dengan secukupnya! Bila anda kurang tidur badan juga akan menjadi lemah. Selok-eloknya tidurlah di antara tujuh hingga lapan jam sehari. Rehat yang cukup menggalakkan sel-sel rambut aktif ketika tidur.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut. Jadi bila adan ingin mengambil ubat rujuklah dengan doktor terlebih dahulu. Ambil tahu kesan sampingannya sama ada ia boleh menjejaskan rambut atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang mungkin tak berapa tahu, crossfit merupakan jenis senaman yang efektif bagi menghasilkan badan yang fit. Sesiapa sahaja tak kira peringkat umur dan jantina boleh melakukannya. Cuma apa yang membezakan iaah kemampuan fizikal serta tahap kesukarannya.
Crossfit juga merupakan program senaman yang menggabungkan pelbagai pergerakan dalam tempoh masa tertentu. Kali ini MASKULIN ingin kongsi empat jenias teknik senaman crossfit yang boleh anda lakukan di rumah atau gimnasium.
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.