Kesihatan

Santan Tiada Kolestrol, Selama Ini Ia ‘Difitnah’

Share

Makanan berkolestrol pastinya menjadi sesuatu yang ditakuti oleh ramai orang, terutamanya bagi golongan yang teliti menjaga kesihatan diri melalui pemakanan harian.

Disebabkan itulah banyak produk-produk makanan di pasaran meletakkan label seperti “Bebas Kolestrol” bagi meyakinkan serta mengurangkan kebimbangan masyarakat.

Antara makanan yang sering dikatakan memgandungi kolestrol tinggi adalah santan, namun tahukah anda yang sebenarnya santan tidak mengandungi sebarang kolestrol?

Doktor dan pempengaruh kesihatan, Dr Malar Santhi menjelaskan menerusi satu hantaran video di media sosialnya yang perkara itu adalah ‘fitnah’ yang telah berlaku sejak sekian lama terhadap santan.

@drmalarss Jangan fitnah santan !! 😤😤 Saya mewakili Santan SeMalaya – siapa fitnah, saya shaman nanti !!! 😚😚 #celotehdrmalar
#santan #fypシ #fyppage ♬ original sound – CelotehDrMalar

“Kalaulah santan itu manusia, dah lama dah dia saman kita semua sebab dia kena fitnah,” selorohnya.

“Saya nak buat pengakuan bagi pihak santan di sini, santan tiada kolestrol ya”.

Makanan Dari Tumbuh-Tumbuhan Tiada Kolestrol

Menurut Dr Malar, semua makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan tidak mengandingi sebarang kolestrol.

“Santan datang daripada pokok, kan? Pokok itu tumbuh-tumbuhan, kan? Jadi dia tiada kolestrol ya”.

Bagaimanapun, santan mengandungi lemak tepu yang jika diambil berlebihan boleh menyebabkan tubuh manusia sendiri menghasilkan kolestrol secara berlebihan, jelas Dr Malar dalam video berasingan.

@drmalarss Replying to @Jamiewhi🍉 #shouldbeme Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan 😚 #celotehdrmalar #fypmalaysia #fypppppppppppppp ♬ original sound – CelotehDrMalar

“Tubuh kita yang menghasilkan kolestrol, bukannya daripada makanan. Daripada makanan dalam 15 ke 20 peratus sahaja, dan hanya makanan berasaskan haiwan yang ada kolestrol,” jelasnya

Tambah Dr Malar, antara makanan lain yang turut mengandungi lemak tepu adalah makanan seperti mentega, keju, biskut, pastri dan aiskrim

Selain lemak tepu, perkara yang menyebabkan penghasilan kolestrol di dalam badan ialah lemak trans yang biasanya ada pada makanan diproses seperti burger, nuget, sosej dan lain-lain.

Tak Salah Pun Makan Sekali-Sekala

Sungguhpun begitu, Dr Malar menganggap bukanlah suatu kesalahan untuk menikmati makanan sedemikian sekali-sekala.

Yang penting, anda perlu memerhatikan jumlah pengambilan kalori dan lemak tepu secara keseluruhan, jelasnya.

Foto: Gambar sekadar hiasan.

“Tidak salah pun sekali-sekala nak makan nasi lemak, tidak salah pun sekali-sekala nak makan kari yang bersantan.

“Ataupun raya nanti nak makan rendang, nak makan lemak cilia pi. Bagi saya tak salah pun, yang penting kurangkan pengambilan kalori secara keseluruhan dan yang kedua, kurangkan pengambilan lemak tepu secara keseluruhan.

Saranan pengambilan lemak tepu dalam pengambilan kalori harian adalah kurang daripada 10 peratus, demikian menurut Dr Malar.

“Jadi kalau ambil 2000 kcal dalam sehari, 200 sahaja daripada lemak tepu,” jelasnya lagi.

Namun terdapat juga sesetengah individu yang mempunyai genetik penghasilan kolestrol tinggi, dikenali sebagai familial hypercholesterolemia.

“Dia ini tak makan banyak lemak pun, tak makan banyak santan, tak makan banyak lemak tepu pun tetapi masih kolestrolnya tinggi dan memerlukan bantuan,” ujar Dr Malar.

BACA: Minyak Sawit Sama Sihat Seperti Minyak Zaitun

Published by
Ruszaini Ruslan