Gaya Hidup

Sanggup Ketepikan Keperluan Demi Anak, Ini 10 Pengorbanan Yang Seorang Bapa Pernah Lalui

Share

Kita pernah kecil dan dibesarkan dengan kasih sayang oleh kedua-dua ibu dan bapa. Mungkin ada yang kurang bernasib baik tetapi pasti kita ada merasainya.

Kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sepanjang hayat. Suatu masa dahulu mungkin kita tidak memahami namun setelah menginjak dewasa, kita berada di situ.

Masihkah anda ingat apa pengorbanan bapa kepada anda? Atau sebagai bapa, apa yang anda korbankan untuk anak anda sekarang?

Maskulin menyenaraikan 10 pengorbanan bapa yang rata-rata pernah melaluinya :

1. ‘Tipu’ isteri yang dia masih ada duit

Duit adalah perkara penting dalam menjalankan kehidupan sesebuah keluarga. Oleh sebab itu seorang lelaki yang bergelar suami dan juga bapa harus bekerja mencari rezeki.

Paling perit bagi lelaki, setelah membayar semua komitmen, baki yang tinggal dalam akaun tinggal nyawa-nyawa ikan. Apabila isteri tanya ada tak duit nak beli susu anak, si suami pasti akan berkata, “Abang masih ada duit untuk beli susu anak”.

2. Pentingkan anak berbanding rakan

Tidak dinafikan lelaki hidupnya memang mudah dan sangat enjoy. Namun apabila sudah bergelar bapa, kehidupan itu ditinggalkan perlahan-lahan.

Bukan bermaksud membuang rakan-rakan tetapi anak menjadi keutamaan dan pengorbanan itu adalah demi keluarga yang tercinta.

3. Ketepikan kehendak bapa

Setiap lelaki mempunyai hobi, cita-cita dan idaman yang tersendiri. Apabila sudah memiliki anak, keperluan anak-anaklah menjadi keutamaan si bapa.

Meski pun ada segelintir bapa kaki mengumpul mainan sebagai koleksi atau kaki games, semua itu diketepikan agar dapat membeli susu, pampers serta perut anak tidak berlapar.

4. Kurang tidur

Anak-anak yang semakin membesar, semakin aktif. Mereka yang memiliki anak pasti merasai pengalaman ini. Kita sudahlah penat bekerja seharian namun anak pula, aktif lain macam pada sebelah malam.

Suka atau tidak, ada bapa akan take over shift pada sebelah malam dan membiarkan isteri berehat terlebih dahulu demi menjaga keselamatan anak. Bukan apa, risau dia terjatuh kalau panjat sana dan sini.

5. Kena rancang untuk travel

Kalau dulu masa honeymoon, memang boleh pergi travel sana-sini dengan bebas dan cuba segala aktiviti yang mencabar.

Namun selepas ada anak, para bapa cuma boleh perhatikan sahaja segala aktiviti yang menyeronokkan itu.

Takkan nak tinggalkan isteri dengan anak berdua semata-mata nak puaskan kehendak kita. Lainlah kalau anak tu pun dah besar, boleh buat geng.

Lagi satu kalau hendak travel, segala keperluan baby harus lengkap dan tak boleh ada satu pun yang tertinggal.

6. Gambar anak semakin banyak

Masa bercinta, dalam phone penuh dengan gambar awek (isteri). Tetapi sekarang, gambar berdua pun dah jarang-jarang. Kalau ada banyak pun semua gambar selfie bertiga. Tak pun semua gambar anak. Kalau phone hilang, derita batin tu!

7. Rindu suara anak

Bapa yang selalu travel atas urusan kerja pasti rindu nak dengar suara anak. Kalau isteri call, tak dengar suara anak.. boleh jadi tak puas. Sebabnya suara anak memang boleh hilangkan rasa stress.

8. Makan berkongsi

Dulu sepinggan, boleh balun makan sorang-sorang. Sekarang ini.. apa yang kita makan, itulah yang anak-anak pun nak makan sama. Maka, bapa akan suap anak berdasarkan apa yang dimakan.

9. Ubah selera

Selain berkongsi makan, bapa juga perlu ubah selera. Misalnya dulu si bapa jenis suka makan pedas-pedas, masin dan masam melampau, selera itu kena neutralkan. Bukan apa, rasa tak syok kalau ada perhatikan saja apa yang kita makan tetapi tak boleh rasa sama.

10. Kurang masa bersama isteri

Bagi yang ada anak kecil, bapa biasanya sudah kurang masa untuk bermanja dengan isteri. Mana tidaknya, dua-dua penat. Jadi selepas anak tidur, ibu dan bapa pun tidur bersama sampaikan tak sempat untuk ‘bersama’.

Apa-apa pun, anak itu adalah kurniaan yang terindah bagi pasangan yang berkahwin. Bagi yang belum ada, usah risau.. Tuhan janjikan sesuatu yang lebih indah. Insya’Allah..

Published by
Akyem Samad